![]() |
ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadratnya atas nikmat yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw. Selamat bercuti semua, cuti tetapi kerja yang berlambak perlu di selesaikan juga. Untuk hujung 5 dan bulan 6 ini nampaknya penuh dengan kawan yang bertunang dan berkahwin. Jadi acik mahu berikan saranan kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan menjadi tunangan orang mahupun kepada mereka yang telah berkahwin boleh gunakan juga cara untuk memikat hati ibu mertua.
Ketika sambutan hari ibu yang lepas acik di jemput untuk menghadiri hari ibu tersebut dan berbual dengan para ibu dan banyak pekara yang di ceritakan kepada acik. Jadi acik hanya ingin kongsikan kepada kamu semua sekurangnya dapat menambat hati mereka.
Pertama sekali apabila ingin berjumpa dengan bakal mertua adalah menjaga pakaian semasa ingin berjumpa dengannya. Jangan memakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolokkan mata bagi perempuan. Manakala bagi lelaki pula jangan memakai seluar pendek dan singlet , pakaian yang kemas dan sesuai dengan kamu.
Kedua semasa berjumpa dengan bakal mertua jangan lupa bawalah sedikit ole-ole atau buah tangan untuk mereka. Bawalah sedikit buah-buahan seperti epal dan boleh juga bawa makanan kenyalan seperti putu bambu , kuih muih dan sebagainya.
Kadang kala yang paling merunsingkan apabila pasangan kamu itu merupakan anak sulung atau anak tunggal.Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut rentak anda sahaja. Maklumlah, kita bukan sahaja berkahwin dengan anaknya sahaja, tetapi kita turut serta berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.
Ketiga ialah kenali rentak mertua kamu, bertanyalah kepada pasangan kamu apa yang ibu bapanya suka dan minat mereka. Risikkan apa yang mereka suka atau tidak. Jika ibu kepada pasangan kamu suka membeli belah cuba cadangkan tempat yang menarik untuk membeli belah dan luangkan masa untuk pergi bersamanya. Kalau ibunya suka memasak, jadi cubalah kongsi-kongsikan resepi yang kamu tahu.
Keempat satu cara yang paling bagus untuk kamu lakukan adalah ringankan tulang. Jika kamu pergi ke rumahnya rajinkan diri untuk tolongnya berkemas ataupun ketika di dapur tolongnya memasak seperti potong memotong bahan untuk masak dan sebagainya.
Kelima kamu boleh berkongsi minat yang sama dengannya, jika dia minat barang atnik , tunjukkan yang kamu minat juga walhal kamu tak berminat. Sekurang kamu ada modal untuk bercerita kepadanya.
Keenam ialah berkelakukan sopan ketika kamu dengan pasangan kamu , jangan menengkik dan tempeliak pasangan kamu depan mereka. Confirm kamu boleh di reject dengan mentah-mentah. Pastikan bahasa yang di gunakan juga sesuai janganlah kasar sangat.
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Muhammad ‘Abdullaah bin Yuusuf Al-Ashbahaaniy, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Sa’iid Ibnul A’raabiy, telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Ismaa’iil, telah mengkhabarkan kepada kami Yuunus bin Muhammad, telah mengkhabarkan kepada kami Mathar Al-A’naq, dari Tsaabit, dari Anas, ia berkata, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Wahai Anas, hormati yang lebih tua dan sayangi yang lebih muda, maka kau akan menemaniku di surga.”
[Syu'ab Al-Imaan no. 10979, Al-Arba'uun Ash-Shughraa no. 74; diriwayatkan pula oleh Al-Kharaa'ithiy dalam Makarim Al-Akhlaaq no. 352 dengan sanad yang dha'iif] – sanad Al-Baihaqiy hasan.
Okeylah sedikit dulu acik kongsikan kepada kamu, jika ada ilmu lagi acik akan kongsikan kepada kamu semua lagi. Semoga ianya bermanfaat kepada kamu semua.
45 ulasan:
suka entri ni...5 bintang dari saya..
boleh la guna tips ni..
tips yg baik ni..hehe
nnti mun cuba tips ni..hehe
bawa ole2 t selalu juga lah dipratikan..x semestinya nak p rumah bakal mertua je..lain2 tempat yang dikira sesuai bawa ole2 tersangat lah molek..huhu
nk share kt calon suami ah hehe
Ok..banyak yg ain kene perbaiki nih.. Huhuhu.. Good info acik :)
boleh try nanti >.<
terbaik acik.. inshaAllah boleh guna nanti..:)
selalunya lelaki ni krg kisah dgn ole - ole ... ermmm
nak ambil hati mertua nie bukan masa nak dapatkan anak mereka je acik.. selamanya.. >_<
akk iman smpai skrg bila iman gtau..bila ko dah kwin dgn anknya ko dah kwin skli dgn failynya.dia kata aku xkwin dgn family nya sambil mrh =(
haii acik ingat lagi tak? jumpa kat SBB haritu...huhu...ok xigt...
wahh acik nak kawen da ke ni...hehe..amik berkat mmbe2...mmbe2 saya pon ramai yg dah kawen T_________T
apa sekali pun..pandai2 lah bawa diri dalam keluarga,
Semoga kita dapat menyesuaikan diri sambil menumpang kasih sayang mereka.
Anggaplah iu mertua seperti mak sendiri. InshaAllah
Assalammualaikum acik..akak setuju..dan paling utama persediaan fizikal,mental dan emosi..sentiasa sabar dan berlapang dada..bukannya suka dedah dada..
amin tips yg sangat-sangat bagus.. persedian tu penting barulah cool n relex dpan bakal mak mertua
Tips yg bguna. Hihi. Nak praktik ah nanti. ^^
info menarik untuk semua..
Assalammualaikum...achik,
perkongsian yang menarik... agak2 sesiapa nak tambat 'hati' .. boleh guna tips2 ... nie,
mselim3
Entri yg menarik ni Acik.. tips memikat hati juga ni.. :)
Dah lelama kahwin ni kan, hanya pengalaman yang mengajar kita tentang mak pak mertua...Kenalah terima hakikat kekurangan dan kelebihan in law memasing..heheh
Memang bagi strait AAAAAA la nie hahahaa.. tips-tips yang memang cukup terbaik cuma nak apply kat diri sendiri tu susah sket but insyallah will try bila ada yg muncul nanti .. thanks share pape pun yang penting doa :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html
Good luck Acik...
sokong 100% ...
selamat mencuba tips nie ya..
semua info di atas memang sgt berguna
hihihihihhi.. bleh di amalkan ni in future.. mekaseh for the tips
lum kawin..boleh cedok ilmu dijadikan panduan..hihi
Nak jumpa bakal mertua, paling penting common sense kita sebagai bakal menantu. Ramah mesra dengan mertua tu bagus, cuma jangan over sangat sampai macam berborak dengan member-member pulak. Hahaha
walaupun belum ada calon tapi tips ni memang terbaik sebab dah mula untuk mengorak ke langkah tersebut
hehhe tips baik ni ..acik bila lagi ni ? hehehe...
salam. nice info cik..nanti kita amalkan sama+ :)
even yang single tupun rasanya kena bersedia jugak kan acik :)
Tips yang sngat dplukan..hehe
tips terbaik acik.. :) sangat2 membantu..hihi
bagus tips acik...lelaki n perempuan yg bakal jd anak menantu perlu ada sikap rendah diri xsombong n bermurah hati sedikit...org tua ni mmrhati tingkah laku bakal menantu mrk dlm diam...
nasihat yg sgt2 berguna. bkn sj bakal suami bertambah syg, bakal mertua pun bertambah kasih.
Kena lah bijak mengambil hati orang tua... Pikatlah ibu bapa mertua insyaallah pasti bahagia. Tapi jangan terlalu menipu sangat...terbaik jika mampu jadi diri sendiri kerana tidaklah terpaksa berlakon sepanjang masa kerana akhirnya pasti akan terdedah juga...
Mentua sporting sng nk pikat tpi bila yg cerewet tu kna kreatif la skit..
baru je baca entri pasal mentua ni kat blog kak paridah.. tapi kat situ kisah krisis je.. x de tips macam ni.. hehehe..
nasib baik selalunya menantu lelaki x de sangat masalah dengan mentua.. selalu dengar, kes menantu perempuan je.. heheh
saya suka... :)
Tentang ole2 tu betul. Teringat zaman kak anim remaja dulu. Cukup suka kalau bakal abg ipar mai rumah. Macam2 dia bawakan untuk kami. Namun...tak de jodoh juga. Hihi..
perkongsian yang menarik..memang mendebarkan kalau nak jumpa bakal mak mertua..
Tips yang baik dijadikan panduan..:)
Tips yang menarik..kalu kami kecik2 dulu kata tapak tangan kasar nnt mertua sayang sbb kononnya rajin & pandai buat kerja rumah, betul ke??
Benarkah Tangan Kasar Disayangi Mertua?
Alhamdulillah tips ni boleh diguna pakai...in sha Allah sy akan cuba utk pikat hati bakal mertua sy dengan izin Allah...semoga dipermudahkan oleh Allah...mohon share
Alhamdulillah tips ni boleh diguna pakai...in sha Allah sy akan cuba utk pikat hati bakal mertua sy dengan izin Allah...semoga dipermudahkan oleh Allah...mohon share
Alhamdulillah terime kasih..tips yg sngt bermanfaat
Catat Komen