Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di
muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kepadanya atas nikmat yang tak
terhingga.Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad saw. Rasa kekok walhal baru beberapa hari tidak bertandang ke sini.Termanggu seorang diri ,merenungi apa yang ingin di madahkan .Kalau ikutkan hati terlalu banyak sorotan kehidupan yang ingin di hamparkan .Satu persatu episode dan sirah yang mahu di kupaskan. Ya memang terlalu banyak, kadang kala ianya menyesakkan fikiran dan minda.Tidak terluah dengan kata-kata , tidak tersembul dengan nada.
Aku teruskan hidupku, begitu juga kamu .Mereka juga perlu teruskan kehidupan mereka. Selagi kita hidup di dunia pilihan yang kita adalah untuk meneruskan kehidupan ini. Hidup terlalu kadang-kadang banyak pekara yang kompleks yang telah terjadi, eh bukan kadang-kadang tapi selalu berlaku pekara yang tanpa di duga. Pening memikirkan setiap masalah yang hadir tanpa di duga dan perginya tak di jangka.
Nak tak nak, suka tak suka dan bersedia atau tidak , aku perlu hadapinya. Kalau bukan aku ,siapa lagi ? Kerana ini adalah jalan cerita hidupku dan aku insan yang bertuah di uji olehNya. Maknanya Dia selalu ingat padaku, alhamdulilah. Hidup adalah sebuah pilihan. Semua orang tahu tentang cabang hidup ini.
Tetapi kadang-kadang untuk melayari hidup seharian, kita terperangkap
dan tidak menemui jalan. Kita memaksa diri mengharungi jalan di hadapan
dek kerana kita tidak punya hak dan dapat memilih. Natijahnya, matlamat
hidup goyah. Terumbang-ambing tidak bertepi. Andai bernasib baik,
semuanya akan baik-baik sahaja. Jika sebaliknya, stress akan menguasai
jiwa.
Kadang kala kaki ini goyah, badan ini rasa bagaikan mahu tumbang, mata ini bagaikan ingin di pejamkan untuk lupakan apa yang berlaku. Tarik nafas , hembus, lihat permandangan yang menghijau itu buatkan aku lebih tenang.Dedauan itu bertuip itu mengikut alunan angin, ia bergerak bebas mengikuti rentak yang telah di tetapkan oleh Pencipta.Begitu juga aku yang perlu melangkah dan terus melangkah mengharungi setiap yang berlaku.Berdoa dan terus berdoa.
Pilihan dalam hidup kita memang kadang kala menyesakkan kita. Tetapi Dia telah beri jalannya melalui istikarah .Manusia
adalah makluk yang dengan kesempurnaannya tetap memiliki kekurangan,
terutama dalam menentukan pilihan yang di luar kemampuan analisanya. Ia
tidak mampu melihat kegaiban masa depan apakah itu baik atau buruk
nantinya. Inilah hikmah dari disunnahkannya Istikharah, agar manusia
tetap menjalin hubungan dengan Tuhannya saat akan menentukan pilihan,
meminta pertolonganNya agar ia dapat memilih dengan baik dan tepat. Allah
berfirman:”Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan
memilihnya. Sekali-sekali tidak ada pilihan bagi mereka (apabila Allah
telah menentukan). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka
persekutukan. Dan Tuhammu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada
mereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, bagiNyalah segala puji di dunia
dan di akhirat, dan bagiNyalah segala penentuan dan hanya kepadaNyalah
kami dikembalikan (al-Qasas 68-70).
Istikarah. Buat pilihan. Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.
26 ulasan:
be strong! jauh lagi masa depan nak kejar :)
ok setuju!! kita rasa pilihan kita bukan terbaik, tpi disebalik pilihan kita itulah yang terbaik yang diatur olehNYA
Kalau bkn sebab kekuatan yg Allah bg, kita takkan mampu teruskan kehidupan. Sebab kita sendiri tahu, jalan dihadapan byk lagi duri2 yg perlu kita tempuhi.
kadang2 yg kita rasa tak elok tu lah yang terbaik buat kita kann
Be positive
Allah sudah mengatur segala..cuma kita cuba mendidik diri agar sentiasa bersedia dan redha..
Pilihan sentiasa ada...terpulang kpd kemahuan diri seraya beristikharah...insya Allah.
In Shaa Allah.. sgalanya krana Allah..pasti ada hikmah..
Beratnya bebanan hati awak yg menulis.... sabarlah...
sabdapelangi.blogspot.com
Senantiasalah bersangka baik kepadaNYA acik... InsyaAllah ada hikmah di hujung sana...
Jangan putus asa. Tarik nafas dalam2. Pergi keluar amik angin kejap
Blogwalking
pasti ada pilihan yang terbaik buat kita insyallah
Semoga Allah sentiasa memudahkan jalan kearah kejayaan & kecemerlangan.. aamiin..
salam jumaat
Redha Allah lah yang lebih penting dari segala nya ... Sama-sama kita mengejar redha Allah dalam sebarang keputusan yang kita akan buat dalam hidup kita.. Akak harap walau apa pon masalah , acik dapat hadapi dengan tenang ^_^
sbb tu sebelum buat keputusan.. fikir dulu.. and bila dh pikir baik2.. redha and tawakal dgn apa yg bakal dtg sbg resultnyer.. ain ske ada 1 quote ni.. "you never know how strong you are until being strong is the only choice you have"
buat pilihan yang terbaik..moga di redhai Allah..
Kalau dah istikharah, in Shaa Allah itu yang terbaik untuk kita Acik..Kena yakin k..
Salam acik. Allah knows well..kita percaya saja dengan perancanganNya..bersangka baik :)
Apapun kena yakin dengan setiap keputusan yang kita buat/pilih :)
Life must goes on..itulah yang selalu akak cakap, bila ada masalah
Bak kata ustaz zul ramli, apa pilihan yg kita ada? Jika tak ada...redhalah...
mungkin itulah pilihan yang terbaik...Allah lebih mengetahui
apa2 pun be positive, setiap yang berlaku ada hikmahnya ;)
Allah selalu memberi kita peluang...Teruskan berusaha ye acik..
Istikharah adalah jalan terbaik...
Catat Ulasan