Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Mesti pernah dengan "Dimana kemahuan di situ pasti jalannya ".Itulah ungkapan yang sering di gunakan untuk menghampus segala alasan yang ingin di berikan.
Jika kita di suruh berucap di hadapan 200 orang bagaimana reaksi kita ? berketar-ketar ? tak keruan dan hilang kata-kata. Tetapi itu sebenarnya kita boleh lakukan tapi sayangnya kita telah setkan di minda kita bahawa kita tak boleh lakukan, malu ,segan dan sebagainya.
Sebenarnya acik ingin kongsikan sesuatu kepada semua, betapa kagumnya acik dengan seorang kanak-kanak ini. Namanya ialah Zhang Junhao,dia baru berusia 3 tahun dari Shandong Province. Walaupun masih kecil tetapi semangat dan usahanya lebih besar dari umurnya.
Di usia ini dengan yakin dan semangat membuat persembahan yang begitu comel dan menghiburkan ramai orang. Suka acik melihat keletehnya dan tarian mengikut bit lagu-lagu yang di mainkan dan tariannya begitu melucukan. Paling acik tertawan adalah apabila dia membuat aksi robot, memang comel ,siap dengan gaya robot yang memukau.
Di tanya oleh juri : Adakah kamu takut ?
Jawabnya dengan yakin : tidak !
Ditanya lagi : Jika kamu tidak kisah, kenapa kamu suka menari ?
Dia menjawab : Kerana saya suka menari, bila saya menari ibu saya ketawa, ibu kata dengan saya ketawa itu adalah kebahgiaan
Impiannya adalah untuk buat orang gembira kerana saya gembira.Betapa berani anak ini, semoga membesar menjadi anak yang baik dan bantu keluarga. Jadi kita yang besar dan sudah matang ini, jika ingin buat sesuatu itu kena yakin dan percaya pada diri. Tetapi haruslah perkara yang baik ,jangalah pula pekara yang negatif. Allah telah merancangan sebaiknya untuk kita, tinggalkan kita memilih jalan yang mana yang kita mahukan.
Untuk lihat kelucuan anak comel ini boleh saksikan di video di bawah ini.
20 ulasan:
hehe...comelnya budak ni.bukan senang nak bina keberanian..akak(akak ke?) respect kau dik!
yer!! dengan membuat ibu kita ketawa itulah sinar kebahagian untuk dia
wow...awesome sangat.....ingat masa SA jadi pengacara dulu...mula2 memang kaku xde intonasi...tp bila dah lama2 dah ok dah..x yah bercakap guna kertas dah..hehehe
Terharu tngok video ni.. Comelnya..
Wah.. Bersemangat
ya..ya penah tgok kat tv 7..
apa tah nama rancangan ni chiness dream ke apa..
respect dgn kberanian bdak ni!
Daebak! Mmg terpegun dgn adik kecik nih
kak anim tengok sampai habis, acik..
aduh..pandainya dia bercakap
apatah lagi budak sekecil itu bercakap tentang happiness..huhu
Ya Allah comelnyee. Geramnye budak ni. ><
Ishhh nak tengok!!! tapi line slow, tak dapat nak buka.. Tapi melalui apa yang diceritakan oleh acik, kalau ena nk berckp depan beratus2 orang, memang kelaut la ena cakap. Tak payah cakap ratusan org la, nak cakap depan 5 orang pendengar pun ena dah ketaq kaki
anak comel yg sangat cerdik ni sentiasa menggembirakan hati ibu n mrk sekelilingnya...
selambe jer dia ...
usia 3 tahun dah boleh perform dengan baik..memang kalah lah bapak budak yang berusia 30 tahun
Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
anis pon xseberani dak kecik nie..hebat!
kalau sha sure da nak tercabut kepala lutut da ketaq atas tu.. adik tu steady jer..
Respect!!
Hebat budak ni... berani & juga berbakat..
akak pun tengok video ni. hebat sungguh budak cilik ini.
salam. wahh memang takda! so owesome budak ni kan cik..
so cute....budak sebesar ini,dah ada impian,
nak bg org lain happy dia pun happy juga..
sangat berani si comel ni..mesti ibu dia bangga dengan dia..berani dan suka buat orang happy :)
Catat Ulasan