kemaja lelaki


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah bersyukur atas nikmat yang di berikan olehNya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ramai orang kata susah nak faham lelaki,  tapi sebenarnya tidak sesukar jika di amati dengan hati yang ikhlas. Lelaki juga mempunyai citarasa dan minat tersendiri. Jadi salah satu darinya adalah melalui warna. Warna memainkan peranan amat penting di dalam kehidupan. Umum mengetahui, warna dapat mempengaruhi mood seseorang dan ini boleh direalisasikan menerusi pilihan warna dari segi pemakaian dan sebagainya. Jadi mari kita lihat antara warna dan lelaki. Ini hanya berdasarkan dari pemerhatian diri sendiri dan pada rakan-rakan. 

Ungu

Dia seorang yang kuat memburu kejayaan. Pemikirannya lebih banyak positif daripada negatif. Oleh itu jangan terlalu curiga kalau dia berjauhan dengan anda. Mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegatalan.


Biru Tua

Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. Terlampau mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.


Merah

Dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Usah dicabar emosinya, nanti dia berani berbuat sesuatu yang tidak terduga oleh anda.


Hijau

Dia seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap di gangu. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.


Kuning

Dia seorang yang ceria. Dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi. Anda perlu tahan hati dan perasaan ketika berurusan dengannya kerana sikap cerianya itu mengundang cinta di hati orang lain.


Hitam


Dia seorang yang amat protokol, tetapi emosional dan mudah menangis. Dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.


Coklat


Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.


Putih


Dia seorang yang amanah. Tak usah menyakitkan hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.