Pengikut

Selasa, 1 Julai 2014

Kerana Agamamu Aku Jatuh Cinta Padamu

gambar hiasan 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dah lama rasanya tak bercerita dengan pembaca acik semua. Barulah dapat kemaskini blog ini kerana ada sedikit jarak untuk peperiksaan yang seterusnya. Hari ini acik bersama seorang penghantar email di akupenghibur14@yahoo.com untuk berkongsi cerita dan hayati di bawah ini.

Penghantar email : assalamualaikum acik, saya Fatimah dah lama rasanya nak hantar email kepada acik tapi baru berkesempatan untuk bercerita dengan semua pembaca acik.Saya sudi bagitahu kisah hidup saya bukan apa tapi untuk tauladan kita bersama untuk wanita di luar sana.


Acik : Walaikumusalam, terima kasih Fatimah kerana percaya dan sudi berkongsi cerita bersama blog akupenghibur, cerita apa yang ingin di sampaikan ? 

Fatimah : Bila tengok acik post di facebook soal kematangan seorang wanita dalam memilih pasangan itu buatkan saya ingin berkongsi cerita. Ceritanya bergini, saya merupakan wanita berkerjaya dan mempunyai Master di usia muda, lelaki memang agak takut untuk mendekati saya mungkin kerana kedudukan saya di tempat kerja saya.

Saya lebih percaya pada jodoh dari Allah, tetapi saya perlu berusaha. Tetapi belum lagi berjodoh dan saya agak tertekan kerana sanak saudara dok bertanya sahaja bila nak kawin. Umur saya pun semakin tua masa itu berganjak ke 30 an. Setiap hari saya dapat mesej yang mengatakan saya perempuan andartu dan sebagainya. Sedihnya hati ini tatkala saya sering di sakiti padahal saya tiada buat jahat pada orang. Memang benar banyak yang masuk meminang tetapi mereka tak pas setiap kali ujian yang saya berikan . Ujiannya hanya lelaki itu perlu membaca al quran depan saya untuk menjadi bakal pemimpin saya.


Tapi malangnya semua yang hadir itu tidak dapat berbuat sedemikian dan ramai yang mengelak. Saya tak pernah fikirkan soal status mereka tetapi saya lebih pentingkan agama seorang lelaki itu.

Acik : alhamdulilah jika bergitu, jadi bagaimana seterusnya ? 

Fatimah : Pada mulanya saya menyerah juga , sebab saya pernah bertunang dengan seorang lelaki yang saya terima dia seadanya tetapi pertunangan kami di putuskan kerana lelaki tersebut rupanya telah berkahwin tiga. Saya minta tolong kepada rakan-rakan dan ustazah saya untuk mencarikan seseorang yang bersederhana tetapi mementingkan agamanya. Alhamdulilah saya dapat berkenal dengan seorang guru sekolah rendah. Saya tak kisah soal gajinya, saya tak kisah siapa dia pun janji dia dapat membimbing saya ke jalan Allah. Alhamdulilah sekarang kami sudah 5 tahun bersama, dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab. Dia jaga saya dengan baik,dia menjadi imam yang baik untuk saya. 

Acik : alhamdulilah Fatimah buat pilihan yang betul, boleh Fatimah berikan sedikit nasihat kepada pembaca blog akupenghibur ? 

Fatimah : Kepada, wanita dan  adik-adik di luar sana pilihlah seseorang itu kerana agamanya, Jika dia bertanggungjwab pada agamanya tentu dia tahu tugasnya sebagai ketua keluarga. Memang harta itu penting tapi ianya boleh di cari tetapi ianya tak boleh beri kebahgian dan ianya bukan segalanya. Kerana rupa paras ? maka rugilah kerana rupa paras  akan pergi di bawa waktu. Jadilah pilihlah kerana agamanya insha ALLAH kebahgian pasti ada. Bila kita bersama di jalan Allah maka insha ALLAH ada rezeki untuk kita.

Acik : terima kasih nasihatnya Fatimah , kalau kamu terlanjur mencintai seseorang itu bagaimana ? adakah harus meninggalkannya ? tentulah tidak jika kamu lelaki baiki diri dan bawalah dia ke jalan Allah ,besar pahalanya. Jika kamu perempuan, tunjukkan peribadi yang baik, pasti yang baik-baik juga akan hadir dan dia juga ingin menjadi yang terbaik untuk kamu. Insha ALLAH. 

Rasulullah SAW bersabda :
“Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”
(HR. Bukhari Muslim)


Share This!


23 ulasan:

  1. salam acik..alhamdulillah kak Fatimah berjaya menemukan seorang yang baik dan layak untuk menjadi pemimpinnya.
    terima kasih atas nasihat kak Fatimah dan terima kasih acik sebab share :))

    renungan dan pengajaran untuk kita semua..

    BalasPadam
  2. Hikmah orang yang bersabar dan bersetuju dengan puan Fatimah, carilah pasangan kerana agamanya bukan paras rupa.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..setiap manusia berhak mendapat yang terbaik dalam hidup masing-masingka Acik...kena berusaha dan berdoa...In Shaa Allah.

    BalasPadam
  4. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik... :)

    BalasPadam
  5. Sabar itu besar hikmahnya. Iman yang teguh dapat membimbing kehidupan kita ke arah jalan yang diredhai.

    BalasPadam
  6. wanita itu berhak memilih jodoh utk pasangan hidupnya yg terbaik...Allah dh tentukannya...samaada cepat r lambat saja...perkongsian cerita yg baik utk diteladani........

    BalasPadam
  7. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya. Allah tahu yang mana terbaik untuk hambaNya. Insha Allah, saya yakin dengan ketentuan Allah tidak kira berapa ribu tahun lagi saya perlu mengembara. ^__^

    BalasPadam
  8. Kita merancang ..Allah merancang...Tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita....

    BalasPadam
  9. Bagus entry ni.. Kadang kala kita merancang tetapi Allah SWT yang menentukan.. Biar apa pun kekurang jodoh kita.. Bila dah jadi suami isteri.. Kita masing-masing perbaiki diri..Tak semestinya suami itu akan jahil tentang agama selamanya.. Begitu juga dengan isteri..

    BalasPadam
  10. Berkat sabar dan tabahnya ,alhamdulillah ^_^ semoga kekal bahagia Kak Fatimah

    BalasPadam
  11. Betul tu..yg penting kaum lelaki haruslah pandai baca quran. Senang nak berhujah ngan isteri. Ehheehe..

    BalasPadam
  12. Perkongsian yg menarik.Salam Ramadhan buat saudara Achik :)

    Jom ramai2 kita berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD


    BalasPadam
  13. emm,cari la seseorang krane agamanya...

    BalasPadam
  14. perkongsian yg baik, moga mnjadi tauladan utk kita semua, spya sntiasa memilih brdsarkan agamanya, bkn pras rupa shj.. sbab jodohkan ketentuan Allah, asalkan kita brusaha In Sha Allah sgala urusan akan dpermudahkannya..:)

    BalasPadam
  15. Agama didahulukan... pasti berkat & bahagia kehidupan... aamiin.

    BalasPadam
  16. sabarnya kak fatimah.. tentu dya yakin dan percaya jodoh dari Allah.. Alhamdulillah..:)

    BalasPadam
  17. perkongsian yang bagus,tq acik. alhamdulilah..aku mencintai suamiku kerana allah swt.

    BalasPadam
  18. akhirnya di jumpa jodoh yang sesuai.. memilih kerana mahukan calon yang mempunyai pegangan agama yang tinggi adalah sangat mulia.. Dia yakin akan jodoh itu drp Allah..

    BalasPadam
  19. wah...sharing yang bagus Acik! betul cakap Fatimah tu, pilihlah seseorang itu kerana agamanya, bukan rupa paras atau harta. tak salah memilih, jangan tersalah pilih.

    BalasPadam
  20. Agama yang paling penting :)
    Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    BalasPadam
  21. Betul tu... Pilihlah kerana agama kerana agamalah menntukan siapa kita di sisi Allah..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails