Pengikut

Isnin, 4 Ogos 2014

Penipu Juga Tidak Suka Di Tipu


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Siapa ada pengalaman di tipu oleh orang di percayai ?

Pada zaman sekarang ini orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang di ingini. Sanggup tipu mak ayah, adik beradik, kawan-kawan dan orang sekeliling. Lagi-lagi soal duit. Soal status diri, soal pelajaran, jual beli dan pelbagai lagi. Siapa pun dalam dunia ini tidak suka di tipu. Walhal penipu sendiri tidak suka di tipu.

Tahu tak , menjadi orang yang ditipu tu menyakitkan tetapi hakikatnya , orang yang menipu tu sebenarnya lagi merana jiwa . Hidup tak tenang sebab takut rahsia terbongkar.Setiap waktu otak perlu berjalan untuk mencipta penipuan baru . Kat sinilah kita nampak setakat mana daya kreativiti individu tersebut . Kalau tahap kreativitinya excellent , akan mengambil masa yang lama untuk kantoi .Ditambah pulak dengan pengalaman dan kebiasaan .Belajarlah untuk jadi jujur . Awalnya mungkin payah tapi pengakhirannya kita juga yang senang.

Akibat dari menipu amat besar kesannya. Bukan sahaja terhadap kita tetapi orang sekeliling juga. Jika kanak-kanak pula jangan pula di ajarkan menipu dan membiarkan anak terus menipu. 

Berdasarkan pengalaman diri sendiri pernah di tipu dan hasil permerhatian ini untuk mengenalpasti orang yang menipu.

Percakapan – orang yang menipu akan mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan atau menjawab dengan segera sebelum soalan tamat. Mereka juga akan meminta soalan diulang atau mengulangi soalan tersebut sendiri. Kalis dengan ayat yang lain. 

 Sikap – orang yang sedang menipu selalunya nampak tidak selesa, cemas, marah dan cuba mengelak. 

Postur badan – orang yang menipu menunjukkan pergerakan kaku dan sering menyilang kaki atau tangan. .

Perilakuan dan pergerakkan tangan – sekiranya individu tersebut menggaru dahi, memicit muka, menyentuh leher dan menyapu belakang kepala sendiri, dia mungkin sedang menipu.

 Pandangan mata – arah pandangan mata seseorang boleh menunjukkan apa yang difikirkan olehnya. Sekiranya dia melihat ke atas dan ke kiri, maka dia sedang mengingat kembali tetapi sekiranya arah pandangannya ke atas dan ke kanan dia sedang mencipta sesuatu yang baru. Oleh tiu, berwaspadalah jika pandangan matanya ke atas dan ke kanan, mungkin dia sedang menipu. Perlu ditekankan bahawa, arah pandangan adalah berlawanan bagi mereka yang kidal.

Matlamat tak menghalalkan cara, apa pun tindak tanduk kita harus di perhalusi dan memikirkan akibatnya.

Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu:

 “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar- benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”

 (Surah Al- Munafiqun, Ayat 1) Ayat-ayat Al-Quran serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu: ….

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta. (Surah Ghaffir, Ayat 28) Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim).






Share This!


18 ulasan:

Cik Itah@RRP berkata...

salam acik..orang selalu kata..bila menipu lama+ boleh mencuri..apapun menipu ni tak baik..berdosa..

p.s nak tanya..ada ke tipu sunat cik?? tipu macam nak selamatkan diri dari sesuatu yg bahaya ke kiranya..bolehkah??

Jari Manis berkata...

penipu juga manusia biasa..tapi kalau dah suka sgt menipu akan menjadi kebiasaan yan tak ada rasa bersalah lagi dalam diri..ya Allah..minta di jauhkan sikap begini aminnn

Ainim Suju berkata...

akak pernah kena tipu juga achik tapi takpe la, akak dah maafkan orang menipu tu.

RDZ Z berkata...

Mintak dijauhkan Allah sifat munafik dan suak menipu..

Ayuni Rafilah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ayuni Rafilah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sylarius Yusof berkata...

Menipu ni memang banyak menyusahkan hidup dari memudahkan. Bagi jangka pendek, memang untung, tapi lama kelamaan, ianya akan memakan diri kita kembali.

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

SALAM LEBARAN 2014

Engku Muzahadin berkata...

Tak ada sesiapapun yg suka dirinya ditipu, tapi itulah, penipu tak pernah fikirkan hakikat itu, kalau dia terfikir bahawa dirinya juga tak mahu ditipu pasti dia takkan tipu orang lain kan...

junainah mohamed berkata...

Sekali kena tipu pasti serik nak mempercayai insan yang menipu tu lagi...bukan mudah nak melupakan betul tak...

Ismi Ana berkata...

Ade org terpaksa menipu sebab keadaan. Bergantung jugak pd individu. Tp seeloknye jgn menipu. Org cepat ilang percaya pd kita kemudian hari.

Khir Khalid berkata...

Menipu ni boleh ketagih... sifat yg patut kita semua hindari. Namun kita ttp kena berjaga2 agar jngn mudah ditipu...

Bin Muhammad berkata...

Kalau tak suka di tipu...jangan sesekali menipu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan baik akan dibalas baik...begitu juga sebaliknya.

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum... achik,

tak mahu lah tipu2 .. kalau kita tak nak ditipu jadi jangan tipu orang yer tak...

mselim3

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

blogwalking...

memmet lenggeng berkata...

Orang yang suka menipu biasanya tiada keyakinan diri dengan orang lain...Selamat hari raya, maaf zahir dan batin...

acik idah berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Acik... Mohon maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa... :) kosong2 yer…

Maria Firdz berkata...

Hmm... Mmg x suka penipu... Tpi mgkin pnipu terpksa menipu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails