Ticker

6/recent/ticker-posts

Ceramah & Zikir Perdana Hijrah Rohani


Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ,marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.

ceramah dan zikir hijrah rohani


Bersempena dengan itu, pihak Astro akan mengadakan JELAJAH ASTRO KASIH, Ceramah & Zikir Perdana Maal Hijrah bertema ‘HIJRAH ROHANI’. Program ini berlangsung pada 25 Oktober 2014 di Padang SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor. 

Ceramah & Zikir Perdana ini juga akan di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Antara barisan selebriti yang turut serta adalah:

·         Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz
1.    Ustaz Kazim Elias
2.    Ustaz Haslin Baharim
3.    Ustaz Amaluddin
4.    Ustaz Zulkifli Hamat
5.    IM Hizbur
6.    PU Rahmat
7.    PU Yeop
8.    PU Fakhrul
9.    PU Suffian
10.  PU Hafiz 
·         Artis:
1.    Mawi
2.    Fizo Omar
3.    Iwan Syahman
4.    Ayai Ilusi
5.    Daqmie
6.    Haziq AF
7.    Silah KE3


Sekiranya kamu berada di kawasan berdekatan da nada masa luang marilah datang beramai-ramai di majlis ilmu ini. 



Catat Ulasan

17 Ulasan

Anizz Annisa berkata…
dah share di fb.. nanti buat di blog esok kalau ade mase.. hihi.. :)
Zaza Iman berkata…
program yg sgt bagus.. semoga berjalan lancar :D
Nadia Johari berkata…
Program yang sangat baik..sama-sama kite mendapat ilmu
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Program TERBAIK untuk semua golongan ..Sama2 kita memeriahkannya .. Kalau kevbetulan berada di sana luangkan masa kita untuk sama2 mencari ilmu..
Ismi Ana berkata…
Johor? Emm..jauh sgt tu. Thanks share acik. Ana share kat group wsapp eh. Mane la tahu kengkawan ana nak pegi.
paridah berkata…
ramai2lah mnghadiri progrm yg ba ni ya
Khir Khalid berkata…
Bestnya.. klu dekat mmg seronok pergi sekeluarga ni.. best.. :)
Gee Lion berkata…
alhamdulillah.. Johor tu memang jauh, tapi berhampiran dgn tempat saya ada je.. cuma takdelah seleb-selebriti ni.. hehehe..
Mummy MM berkata…
Semoga meriah hendaknya.
alhamdulillah mcm nak pergi je kat sana..
sallallahu alaihi muhammad
sallallahu alaihi wasalam
Cik Matahariku berkata…
Terima kasih ya, saya juga sudah kongsikan dalam blog saya:)
Engku Muzahadin berkata…
Utsz Kazim ada mesti best!