Ticker

6/recent/ticker-posts

Kecantikan Itu Ujian Untuk Manusia

Gambar hiasan 

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah , ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Beberapa hari tanpa sebarang kemas kini blog rasa rindu pula ingin bercerita kepada kamu semua .

Setiap orang mahukan sesuatu benda yang cantik dan menarik perhatiannya, tentu sekali. Apa yang di pandang pertama padanya cantik itulah yang menjadi idaman dan ingin di miliki. Begitu jugalah kita manusia kita akan menilai luaran dahulu, kecantikan seseorang, kekacakkan seseorang barulah kita kenal hati budinya. 

Tak semua manusia bertuah memilikinya kecantikan yang sementara itu. Itulah yang di kejar-kejar oleh manusia untuk mendapatkan kecantikan yang adabi. Padahal di Mata Allah kita sama sahaja yang dapat membezakan kita adalah amalan kita. 

Cantik itu juga adalah ujian dari Allah untuk kita. Sebenarnya susah juga jadi orang cantik ataupun handsome. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif. Kerana setiap pandangan manusia adalah berbeza-beza. Jom ikuti temubual acik bersama seorang model kenalan acik.

Linda : Acik kenapalah orang pandang kerana paras rupa ? 
Acik : sebab itu yang di pandang pada penglihatan pertama.

Linda : ermm susahkan nak cari yang benar-benar suka kita dan terima kita seadanya. Kalau dia suka hanya paras rupa kita rugilah saya sebab bila nanti saya tua macam mane ? Dan sedih kadang kala orang manfaat kita untuk kepentingan mereka dan kerah kita untuk di komersialkan. Linda pernah di tuduh perampas suami orang dengan kata- kata kesat. Saya ini tidak sejahat tu, saya pun teringin nak orang benar-benar terima saya seadanya dan saya tak kisah dia handsome atau tidak.

Acik : Insha Allah linda akan jumpa selayaknya untuk Linda, jangna penat berdoa dan meminta kepadaNya . Dia akan temukan jodoh yang baik untuk Linda, insha Allah.

Itulah realiti sebenarnya si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Ada juga yang mempertikaikan kenapa aku tak cantik macam orang lain ? 

Pada acik tiada manusia yang hodoh atau tak cantik, semuanya sama  cuma kita yang selalu membuat perbandingan tersebut .Adalah lebih baik kita bersyukur dengan rupa paras yang di berikan oleh Allah. Tak kisah cantik atau tidak pastinya ada jodoh yang selayak untuk kita. Si cantik kadangkala di pasangkan yang kurang cantik , ianya seimbang.Kalau si kacak sama dengan si cantik itu rezeki namanya.  Itu semua aturan Allah, jadi kita sebagai manusia lakukan tanggungjawab kita untuk pastikan kita dekat denganNya dan seimbangkan dunia dan akhirat. 

Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah s.w.t yang bermaksud:  


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Catat Ulasan

30 Ulasan

Karya Mahirah berkata…
betul.. mana ada manusia tak cantik.. kita cakap tak cantik tu kan ciptaan Allah juga.. klu rupa cantik perangai buruk pun tak guna.. cantik tukan subjective huhu..
Unknown berkata…
Betul tu Acik. Kecantikan jugak merupakan satu ujian. Dan kecantikan jugak tidak akan kekal selamanya.
Maria Firdz berkata…
Cantik tu subjektif.. X guna cntik rupa paras tnp iman dan budi pekerti...
OmmaHussein berkata…
Cantik tu sume pinjaman je.. yang kekal, budi pekerti dan amalan mulia.. =)
Aimacomel berkata…
Moga cantik di luar, cantik jgk didalam.. dan mmg benar, cantik tu subjektif. Mata dan hati kita lain2, takkan pernah sama pandangannya..
Maria Firdz berkata…
Cantik tu subjektif.. X guna cntik rupa paras tnp iman dan budi pekerti...
Fiza Aizzawa berkata…
cantik pada pada orang berbeza2.. susah nk digambarkan.. cantik dalaman, cantiklah luaran..
ANIM berkata…
kawan2 kak zaman sekolah dulu, yg biasa2 cepat jodohnya acik. yang super lawa biasanya lambat sikit jodohnya. tak taulah, orang takut nak meminang agaknya. Allah tu maha mengetahui. DIA bagi lebih kat sini, kurang kat situ..Ujian jugalah kan:-))
Umie Amirain berkata…
semua orang cantik...yang membuatkan lebih cantik bila menurut syariat Allah...^_^
Yana Yani berkata…
yang pasti semua orang ada tak sempurna
tinggal kita sedar dengan tak
dalam cerita acik ni aje dah jelas dah =)
Anizz Annisa berkata…
cantik tu subjektif.. buat ape cantik luaran kalau dalaman xcantik.. kecantikan luaran adalah pinjaman je.. nice sharing acik
Etuza berkata…
asalamualaikum..apa yag kita ada kita syukuri tanda terima kasih kepada Allah. Yakin lah kita bahawa apa yg kita ada itu tidak kekal yag kekal adalah amal yang baik. Jadiu kejarlah amal ..itu yang abadi ke akhirat. Insha Allah
Unknown berkata…
sis pernah berkawan dgn org hansem tapi perangai x hensem . Jadi lbh baik cari org yg ibadahnya hensem maka dia akan jaga kita sebaiknya ...
Unknown berkata…
cantik itu yang manis-manis singgah di hati :)
tarmizi berkata…
tetapi manusia mesti nak yang cantik itukan lumrah. ^_^
Nadia Johari berkata…
Cantik hanya sementara...semuanya Allah yang pinjamkan,,Allah boleh tarik juga kecntikan tu kalau kita riak..
Unknown berkata…
kalau cantik dalaman nya InsyaAllah luaran pun orang nampak cantik..:)
Ismi Ana berkata…
Motivasi untuk diri ana sendiri. Yelahh..perempuankan? Gilakan kecantikan. Bg ana, seseorang tu pengemas dan baik peribadinye dah cukup cantik. Tak perlu cantik ala2 model. :)
Ibu Yusuf Maryam berkata…
Setiap ciptaan Allah itu cantik, cuma cantik pada pandangan manusia itu berbeza2. Tapi kak zefa setuju, cantik itu mmg ujian dari Allah. Dan dilahirkan tak cantik (pd pandangan manusia) pasti ada hikmahnya..
paridah berkata…
SEMUA KITA MILIKI KECANTIKAN YG BERBEZA...KITA NI DIJADIKAN ALLAH KAN...YAKIN DIRI MESTI TINGGI TAPI JGN RIAK.
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

cantik adalah amanah Allah yang perlu dijjaga .... kecantikan itu ujian buat manusia yang dianugerahu Allah.. bukan lah cantik itu untuk dibangga2 kan.. tapi untuk disyukuri atas nikmat2 nya kepada kita.. pape semua manusia itu cantik... ciptaan Allah semuanya cantik2..

mselim3
Khir Khalid berkata…
Kecantikan sememangnya ujian.. Biarlah kecantikan hati menjadi landasan yg lebih bernilai buat kita semua...
sobri yaacob berkata…
setuju acik.. setiap kejadian ada sebab tersendiri.. sbab kecantikan itu adalah subjektif..
Unknown berkata…
kak erin setuju dengan pendapat achik
Gee Lion berkata…
semuanya bergantung kpd bagaimana kita yakin pd diri sendiri. kalau rasa diri cantik, apa orang kata pd kita pun kita tak kisah..
SalbiahM berkata…
kadang-kadang bertuah ada rupa yang sederhana.mungkin dengan cantik itu kita akan jadi takbur da meupakan Allah.wallahu'alam
Tanpa Nama berkata…
Kathy tak cantik tapi kathy bersyukur apa adanya..
BinMuhammad berkata…
Setiap pemberian Allah itu satu ujian melainkan buat mereka yg beriman dan bertakwa yg mampu menjadikannya kpd suatu hikmah dan nikmat.
Blog Santai berkata…
Setiap dari kita dilahirkan dengan kecantikan yang tersendiri...Hakikat sebuah kecantikan terllau besar pengertian dia. bukan hanya pada rupa paras..jadi kalau kita kurang dari segi luaran, pastikan dalamn kita cantik. automatically kita akan nampak cantik..