Ticker

6/recent/ticker-posts

Sebenarnya Aku Mangsa Cinta

Gambar hiasan 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucpakan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari ini acik cuba luangkan sedikit masa untuk seseorang yang ingin berkongsi cerita dengan kita semua. 

Yana : Assalamualaikum acik, alhamdulilah akhirnya sudi jugak acik luangkan masa bersama yana, minta maaf acik kerana bertalu-talu emailkan pada acik. Sebenarnya yana nak sangat kongsikan cerita yana nie. Tak tahu kenapa dan mengapa, entahlah mungkin bila dengan acik yana rasa tenang dan selesa.

Acik :Waalaikumusalam, minta maaf yana beberapa hari nie acik agak buzy dengan kerja aktiviti dan sekarang baru ada masa. Terima kasih yana, sebab support blog acik dan jika tak keberatan kongsikan masalah kamu sekurangnya mampu meringinkan beban yang kamu rasa.

Yana : alhamdulilah acik, yana sekarang berumur 21 tahun, dan kehidupan yana tak seperti orang lain yang pernah rasa bahagia dan kenal apa itu kasih sayang. Yana adalah sebahgian dari mereka yang anak-anak terbuang dan tak pernah kenal ibu dan ayah . Apa salah yana acik ?? sampai mereka sanggup buang yana ?? Acik tahu tak selama hidup yana,yana asyik berperang dengan dendam dan kebencian kepada mereka yang sanggup melakukan pekara terkutuk hanya untuk memuaskan nafsu . Bila sudah ada hasilnya , kami sebagai zuriat mereka di buang bagaikan sampah tanpa beri belas kasihan. Orang lain bila ada  anak sendiri di belai, di berikan kasih sayang.. tapi yana tak pernah dapatkan. 

Acik : MasyaALLAH ermm sabar yana .macam mane yana tahu yang yana anak buang tu ? (minta maaf acik tanye)

Yana : tak masalah acik, masa yana berumur 10 tahun, yana rasa diri yana pelik , kenapa yana tak ada ibu,ayah, saudara mara ??? yana tak dapat sekolah seperti kanak-kanak lain. Yana tinggal di rumah anak yatim dan yana hanya bantu bonda di rumah anak yatim , yana hanya belajar di rumah saje. Yana rasa sangat pelik ,kenapa yana seorang saje di layan seperti ini ? Yana ada tanya sama bonda ,kenapa yana di lakukan macam gini dan yana merayu pada bonda untuk ceritakan kisah yana.. siapa ibu dan ayah yana ?? dan kenapa yana tak dapat sekolah.Lalu Bonda ceritakan pada yana, Bonda jumpa yana di tepi tong sampah di dalam sebuah beg, bayi kecil yang tak berdosa dan tak tahu apa-apa di tinggalkan begitu saje. Bonda sendiri tak tahu siapa ibu bapa yana, dan bonda ada simpan lagi kain yang membaluti yana masa kecil dan ada sepucuk surat yang di tinggalkan. Inilah dia isi kandungannya.
Sayang maafkan mama, mama bersalah pada kamu,mama terpaksa buang kamu kerana mama tak ada pilihan, ayah kamu tak mahu bertanggungjawab apa yang dia lakukan. Mama tak ada pilihan sayang, kalau keluarga mama dapat tahu tentang kewujudan kamu pasti keadaan makin teruk. Mama tak ada pilihan, mama tahu semua ini salah mama kerana terikutkan nafsu. tapi mama tak ada pilihan ... jika mama mampu jaga kamu ,mama akan jaga tapi mama masih tak mampu. Mama tak mahu sesiapa tahu kehadiran kamu dalam dunia ini. Mama sayang kama. Anak mama Norliayana. 
Sejak yana bace surat tu, yana terus menjadi pendiam dan rasa sedih kenapa ibu kandung sendiri sanggup buang yana . acik tahu tak betapa peritnya hidup ini, pergi kemana orang caci maki kita dan katakan anak haram ..Apa salah yana acik ?? Setiap malam yana menagis dan berdoa pada ALLAH supaya ringankan masalah yana hadapi dan berikan sedikit kasih sayang pada yana. Allah mendengar doa hamba yang terniaya dan semasa yana berumur 17 tahun yana mendapat bantuan dari sebuah komuniti yang membantu nasib seperti kami .Dan barulah yana dapatkan surat beranak dan kad pengenalan .Sebelum itu ,nak minta kerja di mana saje yana tak boleh dapatkan. Orang kata seperti anjing kotor di negara sendiri. 

Nak katakan puas kena caci maki dan bahan ejakan masyarakat ?? terlalu puas caci makian tu smpai tak mampu nak membahaskannya. Yana sampai sekarang tak tahu apa salah yana acik ? tapi yana juga selalu doakan supaya dapat berjumpa ibu dan ayah yana dan yana selalu doakan mereka agar sedar dan insaf serta ingat yana.

Jujur yana katakan dengan blog acik, yana dapat kembali semangat yana. Yana dapat tahu serba sedikit apa itu kasih sayang. Terima kasih acik sebab selama nie bagi kekuatan kepada kami. Sekarang yana sudah bekerja sebagai kerani hasil bantuan masyarakat yang prihatin dan yana mahu pastikan yana tak mahu ulangi sejarah.. biarlah cinta itu ALLAH yang tentukan , yana berserah pada ALLAH.

Acik : jujur katakan acik sebak bila dengar suara yana dan hasil kiriman e-mail yang di berikan kepada acik. Kadang acik rasakan ,acik ada masalah dan hidup susah, rupanya ada orang lagi susah dari acik ,Doakan semoga yana dirahmati ALLAH di murahkan rezeki . Ingat remaja sekalian, setiap perilakuan kita ada kesannya. Fikir dulu sebelum buat sesuatu ,jangan terburu-buru dan terlalu ikut nafsu. 

Catat Ulasan

19 Ulasan

paridah berkata…
kesian sungguh nasib yana...namun Allah yg takdirkan jln hidup yana begitu...redha n bersyukur dgn ketentuan-Nya sbb takdir hidup kita ini berbeza-beza harus tabah n kuat semangat mnghadapinya....yakin dgn diri sendiri.
aswaleyla berkata…
ya Allah . mcm mane dia dapat tanggung semua tu . sampai ke umur 21 thun . perit dia saje yang tanggung . sanggup nye seorang ibu buat macam tu dekat anak sndri .
Ismi Ana berkata…
Sedihnye dengar kisah Yana ni. Ana tumpang simpati. kat rumah anak yatim ana jaga ni pun ada sorang macam Yana. Semua orang panggil dia anak haram/anak luar nikah. Sebab? Dia takde dokumen diri. Dia juga diserah dari tangan ke tangan. Semua orang tak tahu siapa dia, yg kami tahu nama dia 'S'. Kadang2 malam2 dia duduk kat tingkap ngadap luar, nangis sorang2. Kesian sgt. Akhirnya ana pujuk rakan2 dia sekeliling juga masyarakat awam utk menerima dia. Alhamdulillah, sekarang bermacam2 tawaran keje dia dapat.
Khir Khalid berkata…
Kesiannya.. sedih pulak membacanya. Semoga Allah kurniakan ketabahan & pasti ada hikmah yg berterusan buatnya nanti... aamiin.
Lisa Nurulain berkata…
semoooga oneday yana dapat jumpa keluarga yana
Jari Manis berkata…
Sedihnya denga nasib Yana...kerana ibu Yana jadi begini..huhuhuh...
BinMuhammad berkata…
Besar sungguh dugaan Yana, semoga Allah beri kekuatan dan keimanan yg teguh kpd Yana. Kalau Acik sunting Yana menjadi pasangan hidup...alangkah bagusnya. Saya doakan...amiin
Gee Lion berkata…
masih ada yg menyayangi yana.
jangan putus asa.
pasti yana adalah dlm kalangan hambaNya yg Dia sangat sayang.
sebab tu lah Dia anugerahkan dengan ujian sebegini utk yana sentiasa mengingati Dia..

sedihnyer baca entri ni.. )':
kuchalana berkata…
kadang kala pandangan dan penerimaan masyarakat itu yang buatkan golongan seperti Yana ini jadi mangsa keadaan..orang kita terlalu suka menghukum
Suria Amanda berkata…
semoga allah bukakan pindu hati yana untuk menerima semua kenyataan dan berfikiran positif...memang kita x rasa apa yang yana rasa sebab kita bukan di tempat dia...tp Yana kena kuat....tunjukkan dan tepis segala kata2 nista tersebut dengan berjaya di masa hadapan..usaha...tawakal...insyaallah....allah permudahkan...
Tanpa Nama berkata…
sabarlah Yana.. Moga Allah melindungi mu selalu..
Nadia Johari berkata…
Semoga yana mendapat kebahagian yang dia impikan
Tanpa Nama berkata…
subhanallah. sedihnya.sebab akak bila baca tentang yana. untuk yana, moga menjadi insan yang taat disis allah swt. ingat allah sentiasa bersama kita
Ya Allah..
adik yana,kita hidup kat dunia ini semua sudah tertulis...
Allah maha mendengar
Allah maha pengampun
Allah maha melihat
Allah ada lah segala-galanya...
biarpun kita didunia ini dipandang hina,tapi Allah maha pengasih...
Ingat pada Allah,setiap kejadian pasti ada hikmahnya...
Biar hina di mata manusia ...
Di Akhirat nanti ada pembalasannya...
Semoga adik yana tabah menghadapi ujian Allah..
Bunda_nora berkata…
Kesiannya...semoga Allah kurniakan ganjaran atas ketabahannya..
Mar Mansor berkata…
cuma menyelami hati gadis itu..sebak..sedih..
Maria Firdz berkata…
Hmpir mnitik air mata... Sy juga ada kisah tersendiri psal ank buangan ni... Insha Allah.. Satu saya akn kongsikan...
Maria Firdz berkata…
Hmpir mnitik air mata... Sy juga ada kisah tersendiri psal ank buangan ni... Insha Allah.. Satu saya akn kongsikan...
Blog Santai berkata…
Ya Allah sedihnya..Syukur Alhamdulillah kita dikurniakan hidup yang berbeza...Moga Yana tabah kerana pasti Allah tau apa yang terbaik untuk yana...