Pengikut

Isnin, 24 November 2014

Apabila Perempuan Melamar Lelaki





Assalamualaikum

SubhanaAllah, Allah Maha Besar, Hari nie penuh dengan kejutan yang sangat tak di sangka. Sangat terkejut sebenarnya serious. Acik sendiri tak pernah terfikir untuk semua ini berlaku,jika benar pekara nie terjadi tak sangka sebab ada juga mereka yang mengikuti perkembangan hidup acik. Mesti kamu semua nak tahu kan ? ataupon tak kisah langsung.. Tapi bila kamu semua baca nie mesti kamu juga terkejut.

Ini jujur dari acik, Aku tak pernah berjumpa dengan sarah, hanya 3 kali kami chatting. Dia ada comment di semua gambar acik. Dia like juga semua status acik. Dan dia memang selalu re tweet hampir semua apa yang acik tweet. Tak pernah acik terfikir untuk sampai ke tahap tu, sebab banyak lagi pekara yang perlu di pertimbangkan. Sebagai contoh :-
  • Aku nak abiskan degree dulu dan cari kerja 
  • Aku nak bahagiakan mak dan family
  • Kalau tercapai aku nak sambung master.
Dan banyak lagi, acik respect dengan apa yang sarah buat, tak salah dan acik hormati. Tapi banyak pekara yang perlu di pertimbangkan. Sedangkan sarah tak pernah tahukan tentang kehidupan acik, family acik dan perjalanan hidup ini. Mungkin sarah sekarang sedang di uji soal perasaan .Ini untuk hari ini mampu di luahkan di facebook . bagaimana pula jika hari seterusnya?? Cuba kamu baca yang di hantar di page facebook acik. 



Melamar seseorang lelaki itu tak salah malah satu penghormatan tapi mesti kena dengan caranya. Kalau duk post di facebook untuk semua orang baca adakah itu wajar ? Acik cuma terfikir jika sesebuah perasan itu mudah di luahkan bagimana pula jika ada masalah yer ?


Dalam agama Islam, tiada larangan untuk mana-mana jantina untuk melakukan lamaran.  Samada lelaki atau wanita, mereka layak dan boleh untuk menyatakan hasrat masing-masing untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang mereka berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.Malah di dalam sejarah Islam, seorang wanita yang mulia dan banyak berjasa dalam dakwah awal Islam telah melakukannya.  Beliau ialah Ummu al-Mukminin Khadijah radhiAllahu `anha binti Khuwailid.  Beliau telah melamar seorang lelaki mulia, lagi bijak, lagi amanah, lagi kacak, lagi jujur iaitu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam untuk dijadikan suami kepada beliau.

Betapa Khadijah tahu apa yang baik untuk dirinya.  Beliaulah yang memulakan lamaran apabila di sana terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan bisa membimbing beliau.  Dan ternyata perbuatannya itu menghasilkan keberuntungan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.


Aah, perbuatan melamar lelaki bukan sahaja boleh, malah telah dilakukan oleh seorang wanita yang mulia dan ahli Syurga, iaitu Khadijah radhiAllahu `anha.  Mencontohi perbuatan orang-orang yang mulia dalam agama, insyaALLAH akan menghasilkan natijah yang juga mulia.

Hahahhaa terkedu dan terkaku jadinya bila pekara nie berlaku, ini kali pertama berlaku dan acik anggap ini pekara yang indah pernah berlaku dalam hidup acik.


 Untuk sarah :-

InsyaALLAH jodoh tak kemana, kita baiki diri dulu banyakkan muhasabah diri dan biarlah mengikut syariat islam. Jika ada jodoh kita insyaAllah, Kita hanya manusia biasa yang mampu merancang bagaikan gunung yang tinggi tapi siapalah kita untuk memastikan semuanya tercapai .Allah itu sebaik- baik perancangan. 

Duhai ALLAH, mungkin ada silapku dalam tak sedar menyakiti hati orang lain dan pembaca blog akupenghibur. Sesungguhnya setiap kata-kata yang di taip di sini hanya sekadar nukilan dari hati untuk mereka . Tak pernah terlintas untukku di sanjung malah di kagumi. Semua darimu dan ku kembali kepadamu.





Share This!


19 ulasan:

  1. Erkk... Harap acik perlu perjelaskan kepada peminat acik ni... Ni kes bahaya ni sy rasa...sbb lihat dr syarat2 nya tu la... Apa2 pun... Acik perlu lebih berhati-hati... Kerana setiap hari ada yg memerhati...

    BalasPadam
  2. As salam. Blogwalking ni...

    erm..untuk kes di atas.. maybe dia peminat misteri. Mungkin ada juga jodoh dgn dia.

    Tapi mungkin kena kenal lagi rapat kot. Maksudnya kena saling kenal...

    tapi in my opinion.. sis ni mcm naive je lagi. Apapun berhati-hati zaman sekarang ni. Ramai yg ambil kesempatan. Wallahualam.. just my 2 kupang.. hehhehe

    jemput blogwalking n follow trus lah

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    BalasPadam
  3. wahhh ada yang melamar adik akak ni...he he he... tapi zaman sekarang ni memang ramai jer perempuan yang lamar lelaki...

    BalasPadam
  4. perghh,,. siap letak syarat lagi yerrr.... ^_^ berani jugak ye perempuan zaman sekrang... (p.s padahal kak dulu pon pernah gak melamar lelaki.. )

    BalasPadam
  5. Will you marry me ? Uhuk, jangan tersedak Acik. Rilex.
    Satu keistimewaan buat Acik kerana dilamar perempuan :-)

    BalasPadam
  6. Wah ! hebat nya si gadis itu .saya pernah sukakan someone tapi xde segagah nak luahkan .eheh biarkan saja sepi ,hanya angkat tgn berdoa .kalau dye jodoh kita .pasti lelaki tu dtg lamar kita .betul tak ? eheh .salute larh !

    BalasPadam
  7. Wahh untungnyaaa acik! InsyaAllah ena doakan yang terbaik dan mungkin dialah jodoh yang terbaik untuk acik. Ena segan nak melamar lelaki tapi teringin. Kah! :3

    BalasPadam
  8. Pernah melamar boyfriend.. muka masa tu tak malu sangat.. hehe.. tp masa tu budak-budak lagikan.. Emosi lebih..

    BalasPadam
  9. doa kak ija,moga ada sorang bidadari yang akan menghambat hatimu dik, pastinya dengan izin allah swt

    BalasPadam
  10. Bagus juga memberanikan diri melamar lelaki pilihan kita, tetapi untuk kes Acik ni mungkin perlu berkenalan dulu, dan betul la memperbaiki dan melengkapkan diri dahulu sebelum masuk alam perkahwinan

    BalasPadam
  11. peminat tu acik...terlalu minat kot..apapun memang cik sarah berani melamar acik walau hanya kenal dr chatting..blog twitter..fb...

    BalasPadam
  12. Tahniah.. apa pun, saya ttp mendoakan yg terbaik buat Acik... aamiin.

    BalasPadam
  13. hehehe
    eehemm...kalau boleh dptkan master, dulu ya acik
    utk masa depan juga tu.....4 org ank ya...eermm

    BalasPadam
  14. Lama x jalan kat sini boleh terlepas ceritaa menarik ni..amboi sarah beraninya!acik dah fikir masak-masak ke?tapi memang tak boleh main redah je .kawan2 dulu tengok cmane

    BalasPadam
  15. Bagus sekali bahasan blog ni ka.
    Mau visit blog aku ka? Download Apk Gratis

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails