Ticker

6/recent/ticker-posts

Banjir Di Pantai Timur, Mari Hulurkan Sumbangan Dan Bantuan



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Beberapa Negeri pantai timur sedang di uji  oleh Allah. Sebelum meneruskan cerita Marilah kita doakan semoga mangsa-mangsa banjir dalam keadaan selamat dan di permudahkan oleh ALLAH.

Ye memang risau jika kita terputus hubungan ahli keluarga dalam keadaan banjir ini. Banjir di pantai timur kali ini memang agak teruk. Eletrik terpaksa di putuskan kerana takut sebarang senjatan kemungkinan berlaku, bantuan lambat datang kerana arus deras, ada helikopter tetapi tiada tempat mendarat. Paling kesian adalah kanak-kanak dan orang tua. Tiada makanan dan ada dalam keadaan sakit.  Ya Allah permudahkan urusan mereka ya ALLAH, kuat hati mereka yang sedang di uji ini. 



Pandangan dari udara kawasan Manek Urai, Kelatan hari ini. - Foto Twitter Bomba
Kalau maklumat terkini dari sinar harian
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).Di Kelantan, jumlah mangsa terbaharu itu menyaksikan peningkatan 5,190 orang berbanding 27,153 mangsa malam tadi, menurut portal banjir kerajaan negeri.Di Terengganu, 28,991 mangsa daripada 6,975 keluarga kini berada di 124 pusat pemindahan setakat pagi ini, dengan Kemaman daerah paling teruk terjejas dengan 19,405 mangsa daripada 6,975 keluarga. 
Sejumlah 5,022 mangsa di Dungun dipindahkan ke 33 pusat pemindahan, diikuti Kuala Terengganu (3,203/14 pusat), Hulu Terengganu (640/11 pusat), Besut (562/lapan pusat), Marang (115/dua pusat) dan Setiu (44/tiga pusat).Di Pahang, jumlah mangsa banjir di Pahang yang membabitkan lapan daerah bertambah 8,372 orang kepada 24,316 orang pagi ini berbanding 15,944 orang daripada 4,015 keluarga malam tadi.Di Perak, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 4,335 orang daripada 1,079 keluarga.
Di kesempatan ini marilah sama-sama kita doakan mereka mangsa banjir agar dalam keadaan selamat dan di permudahkan urusan. JIka ada lebihan wang walaupun RM 1 bolehlah sumbangkan kepada mereka


Berikut adalah bentuk sumbangan mendesak (kritikal):


1. Cash

2. Selimut

3. Pampers

4. Susu formula

5. Botol susu

6. Beras
7. Gula
8. Garam
9. Telekung
10. Makanan dlm tin yg bole jd lauk
11. Biskut
12. Tuala wanita
13. mineral water

barang-barang  boleh dihantar ke:
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8, Shah Alam

Boleh hubungi Ameena: 0198601837(MUSLIM CARE)
JUGA BOLEH BUAT SUMBANGAN DI

MAYBANK : 564490413882(MUSLIMCARE)

Catat Ulasan

6 Ulasan

SalbiahM berkata…
memang kasihan..jom bantu apa yang termampu..
Khir Khalid berkata…
Marilah bersama kita semua terus berdoa & membantu apa yg termampu buat saudara2 kita, mangsa2 banjir semuanya..
Maria Firdz berkata…
Hulurkan semampu yg boleh..
Shahrul Yusof berkata…
Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan yang semampu boleh supaya dapat meringankan beban para mangsa bencana banjir kali ini.
Nadia Johari berkata…
alhamdulillah..sikit-sikit air mulai surut
Unknown berkata…
Alhamdulillah srmua ahli keluarga skak di pasir putih.kota baru dan gua nusang selamat.jiwa dan harta benda.cuma ketiaadaan bekalan air bersih.elektrik dan juga bekalan makanan kerana tetputus hubungan