![]() |
berdoa ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilahlah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Kita di uji dan terus di uji, hari ini di uji, esok di uji dan pastinya akan datang juga akan di uji lagi. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk, ada di uji dengan kehilangan orang yang di sayang, ada yang di uji dengan kehilangan harta benda dan ada di uji dengan bencana alam.
Ye, acik tahu kerugiaan yang besar di alami oleh mangsa banjir, rumah rosak, barangan elektrik risak, kereta hanyut dan perlu di perbetulkan. Dulu johor pernah alami banjir yang teruk dan mata ini menyaksikan segalanya.
Pertama : Apabila kita ditimpa musibah, berdoa dan mengadulah kepada Allah SWT. Jika dapat menitiskan air mata maka akan memberikan kelegaan pada jiwa. Allah SWT berfirman maksudnya :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Innalillahi Wainaailahi Rajiun' (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’)" (Surah Al Baqarah ayat 156)
Jika ia masih lagi belum dapat menenangkan jiwa dengan apa yang terjadi dalam hidup kita.
Kedua : Lakukan Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah
melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat
Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam
menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak
pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli
Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja
aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada
rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun &
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat
Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan
kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.Jika dirasakan berat
memadailah sekadar dua rakaat.Selepas itu berdoalah. Berdoalah
apa sahaja. Adukan masalah kita langsung kepada Allah. Mintalah
ketenangan hati.
Jika
anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم
اني اعوذ بك من الهم والحزن,
واعوذ
بك من العجز والكسل,
واعوذ
بك من الجبن والبخل,
واعوذ
بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma
innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal
ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu
bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya
Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku
berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung
kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari
perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan
manusia)
Ketiga
: Banyakkan
Istigfar Dan Berzikir
La
haula wala quwwata illa billah (Tiada
daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah SWT dengan menyerahkan diri kepadaNya. Setiap musibah, kesusahan dan penderitaan dalam hidup ada hikmah dan kebaikannya. Kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan dan setiap penderitaan akan ada kebahagian. Berdoa, berusaha dan bertawakal adalah senjata dan amalan orang mukmin. Kebaikan itu sentiasa menghiasi peribadi mukmin iaitu bila dikurniakan rezeki dia bersyukur dan jika ditimpa musibah dia bersabar kedua-duannya membawa kebaikan.
18 ulasan:
assalam....tenangkan diri bersyukur n reda segala ketentuan-Nya....
GOOD SHARING.
ALHAMDULILLAH...
http://jmbelog.blogspot.com/
salam bro :)
lama kan x lepak sini..
Alhamdulliah bro masih lagi kekal dgn entri2 berbentuk nasihat, ajaran, didikan dan dll..Tahniah..
Alhamdulillah...dengan sentiasa bersyukur, hati kita pasti tenang..in shaa Allah...
Berserah kepada Allah. Bila berlapang dada dan bebas dari keresahan dalam jiwa, insyaAllah kita akan ketemu jalan penyelesaiannya.
Redha adalah jalan terbaik.
Ujian yg diberi pasti terselit hikmah.
Positif!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya... Semoga mereka terus tabah dan kuat menempuh ujian ini. Yakin dan percayalah...Allah tidak menguji seseorang lebih dari kemampuannya... Yakinlah! Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya.
ada masa kita perlukan masa untuk pulih dan tenangkan jiwa..ia bergantung kepada kekuatan dalaman setiap orang
setiap kejadian ada hikmahnya..
Nice entry...
Thanks Acikk..Semoga jiwa kita lebih tenang menjelang tahun baru 2015..
semoga hidup kita diberkati hendaknya
Salam
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....
Hati akan tenang bila kite dekatkan diri kepadaNya
sabar...senang diucap, tapi susah nak buat..
Alhamdulillah, perkongsian yg amat baik acik.. in shaa Allah ianya boleh dimanfaatkan kepada sesiapa je walaupun bukan salah seorang mangsa banjir.. salam maulidur rasul :)
Perlukan kecekalan hati mempraktikkan sabar ini.
Betul cakap acik..zikir..istifar satu cara untuk tenangkan jiwa..Allah yang memberi Dia berhak mengambilnya kembali...kita hanya mampu berusaha untuk jadi lebih sempurna...bila musibah datang... Itu tanda Allah sayangkan kita...kerana musibah.dugaan dan kesedihkan mendekatkan lagi kita kepadanya...
Catat Ulasan