Pengikut

Rabu, 28 Januari 2015

Jangan Lari Masalah Hadapinya Dengan Matang


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini,syukuelah atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Setiap hari pastinya ada sahaja masalah berlaku.Sehinggakan air mata mampu mengalir dik kerana masalah tersebut.

Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.


Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi.

“Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. (QS. Al Baqarah: 286).

Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi.
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb  hendaknya kamu berharap.” (QS. Al Insyirah: 7-8)
Setiap masalah haruslah di harungi dengan sikap matang dan sabar. Memang benar kadang kala kita rasa pedih, hiba ,terluka dan sakit.Sesulit bagaimana pun jua masalah itu kita kena hadapinya.
Hadapinya bukan lari dari masalah. Semakin kita lari dari masalah , semakin masalah itu akan membebankan kita. Mungkin akan muncul masalah-masalah lain yang tak di duga.
Cara yang terbaik adalah menangani masalah dengan sistematik. Contohnya , analisis masalah kita itu berpunca dari apa ? dan cara untuk mengatasinya.
Memang ada masalah yang sukar dan sangat memberi kesan dalam hidup kita.Apa pun masalah kita kena hadapi dan percaya pada Allah.
Ye cakap memang mudah tapi lari dari masalah bukan penyelesaiannya. Be positive!
Jika kita dah cuba hadapinya tetapi masalah masih tak selesai.Paling penting adalah kita sandarkan harapan pada Allah.Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “
 …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

Jangan lupa untuk minta pertolongan dari Allah.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

Yang selalu acik lakukan adalah Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

Akhir sekali, bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Share This!


9 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM ABG.
    BETUL TUE ABG, TANPA MASALAH BUKAN HIDUP NAMANYA.

    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. SETUJU DGN N3 ACIK..MASALAH PERLU DIHADAPI BUKN LARI DRPDNYA...DAYUS LARI DRPD MSLAH...

    BalasPadam
  3. Lari dari masalah ni, lebih kurang lari dari tanggungjawab jugak. Di usia muda ni, kadangkala kita terlupa bahawa usia kita ni sudah boleh digelar sebagai dewasa. Sebagai seorang dewasa, segala permasalahan perlu dipelajari dan dihadapi. Tiada sesiapa di dunia ini sempurna, justeru jika berlaku kekhilafan dalam usaha kita mengatasi masalah itu, anggaplah ia sebagai satu pengajaran supaya kita lebih berhati-hati di masa hadapan.

    BalasPadam
  4. Macam masalah cik akak hari tu....terlupa hadiah blogger....alhamdulillah sekarang dah cetel...walaupun cik akak tak suka cara blogger tu..tapi semua salah tu memihak datang dari cik akak...cik akak hadapi dengan kewarasan dan ketenangan...akhirnya selesai juga...buat apa nak lari kalau memang kita yang salah...biar malu kerana kebenaran...

    BalasPadam
  5. kalau lari dari masalah kita takkan dapat selesaikan masalah tu :)

    BalasPadam
  6. Btol tu acik..kita ni klau ada masalah dtg melanda jgn duk cbuk nk melarikan diri..sebaiknya berusaha utk menghadapi dan cuba utk menyelesaikan masalah tuu..klau slalu sgt lari dr masalah sampai bla2 pon msalah takkan slesai..

    BalasPadam
  7. selagi kita bernyawa selagi itu kita akan berhadapan dgn masalah . maka hadapinya dan selesaikannya wpun x suka , wpun perit ... pasti ada hikmahnya .

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails