Pengikut

Jumaat, 27 Mac 2015

Menjadi Hak Anak Dan Kewajipan Ibubapa Memberikan Nama Yang Baik Kepada Anak

gambar hiasan

Assalamualaikum

Bertahun acik, nama aku di jadikan bahan oleh orang ramai. Walaupun mereka main-main tapi rasa seperti di perlekehkan. 

Itulah luahan antara mereka yang mengalami nasib yang sama. Semuanya kerana sebuah nama yang membuatkan mereka di persendakan.Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu.

Dalam satu majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”

Sebab itu setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut.

Yelah kadang ada sesetengah ibu bapa memberikan nama yang pelik-pelik kepada anak-anaknya. Sebagai contoh Sapu binti Buang, Petir bin Keras dan macam-macam lagi.

Kadang kesian pada anak-anak mereka di jadikan ejekkan oleh kawan-kawannya kerana namanya yang di anggap pelik. Dari kecil hingga besar namanya di permainkan di hina oleh orang ramai.

Pernah acik alami sendiri sewaktu kerja dulu ada seorang pekerja itu HALHITAM. Kalau tengok dia kemain handsome orangnya, dia malu namanya seperti itu dan meminta kami memanggil nama samarannya.

Sebab itu Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.Jangan di lupakan nama tersebut haruslah mempunyai nama yang baik maksudnya.Ada ketika sedap di dengar namanya tetapi tidak elok maksudnya.
.
Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.

Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;
.
a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
.
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.

i)  Sabda Baginda SAW;

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
.
ii)  Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab;

“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu.”   (Riwayat Imam Muslim)

Jika kamu tertekan dengan keadaan tersebut, kamu boleh pergi ke JPN untuk tukar nama. Maka berikanlah nama yang baik sama ada nama sebenar atau pun nama panggilan bagi anak.



Share This!


15 ulasan:

  1. Besyukur dgn nama yg d beri oleh kedua org tua Ku..

    BalasPadam
  2. kalau dah bagi nama yang tak sesuai dan susah pula nak tukar di JPN..panggillah atau beri nama gelaran anak dengan nama yang baik. wallahua'lam

    BalasPadam
  3. selalu sangat dengar orang ejek nama kawan2 yang dekat dengan kita T_T

    BalasPadam
  4. Artikel ni mengingatkan sy kata2 seorg pegawai semasa sy berada di matrik.
    kata beliau, kalau kamu dah ada ank nnt berikanlah nama yg baik.
    seorg drpd kami bertanya, rasionalnya?
    jawab beliau, kelak dibimbangi di akhirat nanti, si anak akan menyoal ibu bapanya. kenapa dia diberi nama yang teruk (makna yang tidak baik) sedangkan orang lain boleh sahaja mendapat nama yang baik?

    since that day, bla sy bc / dgr apa2 artikel / news ttg org beri nama ank, bilamana nama ank tu mcm pelik (tak ada makna) sy bersimpati dgn ank tu...

    BalasPadam
  5. Memang wajib berikan nama yang baik untuk anak-anak kerna itu la nama yang akan dipanggil di'sana' nanti...

    BalasPadam
  6. Betul tu, dalam memberi nama anak ni barlah senonoh kan acik, agar tak memalukan dia dewasa nanti. By the way, pada akak, panggilan acik ni lebih mesra

    BalasPadam
  7. zaman sekarang tak ada alasan nak menamakan ank dgn nama yg indah2, banyak buku rujukan dan tafsiran nama berada di pasaran, awal 80-an dahulu acik memang agak sukar.

    BalasPadam
  8. ANAK2 NI WALAU DIBERI NAMA YG ELOK PUN TETAP MRK PERSOALKN TMBH LETAK NAMA YG PELIK2..

    BalasPadam
  9. Zaman skrg nama dah mcam org putih...ejaan pun susah nak disebut. Tapi harap ada makna yg baik....

    BalasPadam
  10. Nama yang baik insya Allah akan membentuk peribadi yang baik :)

    BalasPadam
  11. tapi sekarang banyak yang taruk naam cantik-cantik tapi tak tahu pula maksud apa...dan ada juga yang pandai2 reka nama dalam bahasa arab tapi buat gabungan perkataan yang tak kena..hu3

    BalasPadam
  12. Hai nama saya Faizal... HeheeHehee (^_^)y

    BalasPadam
  13. Hai nama saya Faizal... HeheeHehee (^_^)y

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails