Pengikut

Rabu, 22 April 2015

Kehebatan Memberi Dan Belajar Dari Kesusahan

hidup susah

Assalamualaikum

Sudah berada di Shah Alam, duduk keseorangan tiba-tiba di datangi oleh seorang wanita kelihatan dari air mukanya begitu sedih sekali. Dia minta sedekah katanya dah 3 hari sudah tidak makan. Lihat di kocek seluar betul-betul tinggal RM 10. Mahu keluarkan di ATM nampaknya jauh .Niat di hati tak apalah bagi pada mereka memerlukan. Acik bawa wanita itu ke kedai makan.

Dalam otak memikir mana mesin ATM ini, nak keluarkan duit. Tiba-tiba datang seorang wanita dari sebuah syarikat meminta untuk menjawab survey habis dari survey itu dia keluarkan RM 50 sebagai tanda penghargaan.

SubhanaAllah indahnya berkongsi kebahgiaan pada yang memerlukan.Tidaklah untuk menunjuk hanya ingin berkongsi kisah yang di lalui. Bila sebut pasal susah terkenang pula ketika zaman kecil, menunggu mak pulang dari kerja setiap pada pukul 3.30 pagi. Dari jauh dah dengar pun bunyi bus.

Kalau balik itu mesti ada sahaja yang di belikan, ingat saja dia pada anak-anaknya. Mak kerja kilang hampir 30 tahun sehingga di pencen. Kerja mengikut shift 7 Pagi sampai 7 malam dan 2.30 petang sampailah pukul 3.30 pagi.

Kerja 12 jam berdiri demi anak-anak yang dia cintai.Gajinya ketika itu hanya RM 350 membesarkan 6 orang anak. Makan cukup, keperluan cukup pernah orang tanya ?

Tetapi semangat mak tak pernah padam untuk kami. Malam-malam melihat dirinya menangis seorang diri mengenangkan nasib diri.Yelah RM 350 itulah yang terpaksa digunakan untuk sekolah dan makan minum.

Dulu mak bagi acik duit RM 1 untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Itulah setiap hari menahan lapar hingga pulang nanti. Kalau dulu ikan kering pun sudah cukup sedap. Makan telur dengan nasi itu pun enak sekali. Kasut , baju seluar tidak pernah bertukar-tukar , pakai selagi boleh. Pernah itu, sekolah menengah tali leher kami berkongsi . Abang sekolah pagi jadi acik tunggu dekat pagar untuk dapatkan tali leher dan pakai untuk sekolah petang.

Hidup kami susah, tapi mak tak pernah mengalah membesarkan kami .Pekara penting yang di utamakan adalah pendidikan sama segi soal agama dan pembelajaran.

Ramai anak sekarang di manjakan dengan kesenangan , minta apa sahaja pasti dapat. Tetapi kesenangan itu di salah gunakan , di ambil mudah malas nak belajar dan asyik merunggut apabila tidak dapat sesuatu yang di ingini.

Cubalah jadi anak yang berdikari bila ingini usaha sendiri. Mak selalu nasihat kami kemiskinan bukan penghalang untuk kita berjaya. Kerajaan sediakan pelbagai kemudahan dan selebihnya terpulang pada kita antara nak atau tidak sahaja.

Share This!


19 ulasan:

anajingga berkata...

hikmahnya tak semesti pertolongan kita akan dibalas oleh orang yang sama, itulah moral of the story yang kak ana dapat ambil dari kisah acik ni :)

ahkak gojes berkata...

bantu dgn ikhlas juga kan acik..jgn nak menunjuk...
KG juga pernah rasa hidup susah...untung anak2 sekarang..pergi sekolah siap bawak henpon..tablet...duit pun ada juga yg bawa rm10..paling mewah rm50..masa KG dulu mak bapa bagi 30 sen...paling banyak kena bagi 50 sen

Aku Penghibur berkata...

betul tu kak.. acik sharekan nie hanya untuk bercerita tidak niat menunjuk2

paridah berkata...

di masakini pun msh ramai yg bergelut dgn kemiskinan tapi mrk tetap tabah n redha xmengadu kpd media r sesiapa...jika kita berlebihan rezeki membantulah. Allah melihat perbuatan kita n akn membalasnya...subhanallah.

Siti Aisya Ibrahim berkata...

betul kata achik ni...budak2 zaman dulu susah, bersabar jer...kalau mampu, usahakan sendiri...berbeza dengan budak2 zaman skrg ni, yang dimewahkan dengan mcm2 benda... tulah kan...zaman dah berubah, mak2 ayah2 dah makin senang, sebab tuh buleh bagi kemewahan pada anak kan....

Khir Khalid berkata...

Belajar dari kesusahan membuatkan kita bersyukur dan ikhlas dlm membantu. Dng membantu dgn ikhlas, in shaa Allah akan beroleh kurniaan yg lebih baik lagi... aamiin.

DRAMATIC UNIQ berkata...

Waalaikumsalam warahmatullah Acik..

touching ceritanya.. tapi sangat terkesan..
anak-anak yang dibesarkan dalam kesusahan, biasanya bila dah besar-kahwin-ada-anak-sendiri, mereka akan manjakan anak2 mereka dengan kemewahan.. alasannya sebab tak nak anak2 rasa susah macam mereka dulu..

itu lah silapnya kita kadang2 gagal memahami hikmah yang Allah s.w.t. nak tunjuk..
bukan tak boleh bagi kesenangan dan kemewahan pada anak2.. tapi ada cara dan batasnya... :)

apapun.. selamat datang ke #EFG #Bukan Sembang Kosong....
semoga kita dapat menjadi keluarga besar di EFG... :)

aima berkata...

Niat yang murni dipermudahkan,
Iktibar dari sebuah kesusahan,

careno berkata...

Dulu g skolah mak bg 30sen skolah pg... 30 sen skolah ptg... naik basikal g skolah... zaman skrg lgsung berbeza dgn zaman dulu kann...

Ija Rased berkata...

alhamdulilah..berkat niat dan pertolongan acik.allah balas dengan ganjaran yang cukup manis kan. allah tak pernah mungkir janji. betul acik,duit mak dngn ayah tu cukup aje kan. itulah berkatnya titik peluh mereka.

Salmiah Mz berkata...

sangat terkesan di hati.
Kadang2 rezeki kita tu mungkin juga menjadi rezeki orang len. Bukan semua ape yang kita dapat akan menjadi milik kita semua kan. Semoga kita lebih banyak memberi kerana ganjarannya sangat banyak.
#efg

Cikgu Norazimah berkata...

betul tu, kemiskinan bukan penghalang utk berjaya

khaty aiman berkata...

betul tue..khaty pun merasai pengalaman macam KG..good sharing acik..pertolongan yang ikhlas hikmahnya tiada siapa yang tahu..hanya Allah s.w.t

kisah_hearty berkata...

Janji ALLAH..'tidak akan jatuh miskin bg org yg mengeluarkan sedekah'.. :)

peace289 berkata...

Terima kasih ats kisah yang menjadi peringatan kpd diri ini.. "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti
Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Muhammad Syazwan Norhalik berkata...

sekarang ni bukan senang nak membesarkan anak anak. satu kisah seribu pengajaran

Papaglamz berkata...

Tak ade emoticon menangis mcam kt wassap la.. Sob sob sob. :-(

aRz MoHa berkata...

Perkongsian yang menarik achik. Benar sedekah banyak kelebihannya.

Setiap orang ada kisahnya yang tersendiri kan?
Semoga kisah achik memberi pengajaran buat anak-anak masa kini yang terdedah dengan berbagai kemudahan

aRz MoHa berkata...

Perkongsian yang menarik achik. Benar sedekah banyak kelebihannya.

Setiap orang ada kisahnya yang tersendiri kan?
Semoga kisah achik memberi pengajaran buat anak-anak masa kini yang terdedah dengan berbagai kemudahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails