Pengikut

Isnin, 25 Mac 2013

Perangai Tipikal Orang Malaysia Yang Kadang Kala Menjengkelkan




Assalamualaikum

Alhamdulilah hari nie masih lagi dapat bernafas... Fuhh perjalanan yang jauh dari ini , dari klang ke subang dan subang ke Shah Alam. Geram kadang kadang dengan tipikal perangai segelintir orang malaysia yang sangat "annoying" .Fuhh pagi pagi dah buat tangan nie mengigil., rasa dah lama tak tumbuk muka orang.Tarik nafas panjang panjang ...nasiblah mampu bersabar.


Pertama sekali , bila tima beratur nak beli tiket, kita nie kemainlah lama menunggu .Tunggu punya tunggu, ada manusia tak geti bahasa nie, dah lah lambat datang lepas tu buat muka seposen terus potong dan beli tiket. Tanpa mengiraukan kita nie yang berjam jam menunggu.


Kedua , Bila nak masuk ke seven eleven, dahlah lapar pagi pagi nie. Lepas tu adalah seorang awek melayu tu , pintu tu dah jelas jelas tulis "Push" tapi apa ke pandai sangat lepas tu tarik pintu tu, tak boleh bukak boleh pulak nak maki maki pintu tu. Apa lagi acik terus potong awek tu dan tolak pintu terus masuk sambil senyum pada awek .Muka awek tu terus berubah ,malu kot.

Ketiga dalam kedai , ada mak cik beli barang, tengok banyak juga yang di beli, dan siap mak cik tu cakap . Dik tak ada discount ehh beli kat sini . Tipikal malaysia yang suka tawar  menawar di mana saje.

Lepas tu melepak kejap kat kedai mamak, nak online sekejap sebab nak validate subjek untuk sem nie. Kebetulan ada juga seorang abang nie pon nak online juga. Dia panggil ane kenapa tak boleh nak "ko nek" internet nie.. Kang ada kena tampar laju laju nie. Dia sebenarnya nak cakap "Connect". Adehhh cakap melayu jelah.

Dan lastly, perangai yang menjadikan nyawa acik hampir melayang, apabila di atas lebuh raya, acik nak balik ke kolej jati dengan menaiki teksi. Motor tu kat tepi dan tanpa beri signal terus potong dan membelok. Naseb pak cik teksi dapat mengelak. Kalau tidak semesti dah terlibat kemalangan. Pak cik tu break emergency dan memang jantung nie rasa nak gugur rasanya.

 Inilah perangai orang di sekeliling kita, kadang kadang nak tergelak ada , nak marah pon ada , nak menjerit2 pon ada .. Apa pon jangan jadi selfish, fikir fikirkan orang sekeliling .

Share This!


43 ulasan:

  1. yeala kan acik..lagi2 kat jalan raya..main terjah aje..

    BalasPadam
  2. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...


    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    BalasPadam
  3. Haa..tu dia..bila marah tangan pun rasa ringan je.. hahaha lawak entry Acik kali ni terutama pasal connect tu..

    Amboi kucing tua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe jiwa muda .. naseb mrh di hati saje tak terkeluar mrhnye

      Padam
  4. memang so typical acik... dan perangai serta sikap ni kita boleh jumpa kat mana2 ajer...it's all around us...

    BalasPadam
  5. jiwa muda ^_^
    biasa lah tu.. nasib baik mampu bersabar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe alhamdulilah mampu bersabar

      Padam
  6. bagus2... memang itulah lumrahnya... ;)

    BalasPadam
  7. slm pagi yg tak blues hehehe...wah2 mmg pttlah naik angin ye.hurmm sllu ada kat situasi di atas tu.tang pintu tu mmg betul..dah tulis PULL yg gi PUSH bak pa?

    #teringat ofcemate pompuan,dia ni kalau sebut words in english mmg kdg2 salah skt.ms tu bos tgh pggl staff TM dtg utk psg unifi.then bos tyalah kt ofcemate ni PC dia ok ke?

    kwn saya tu dgn bangganya menjawab dgn kuat2 "belum boleh ko....nek lah bos,puas saya klik xda ko...nek pun!"Hah saya dh lari laju2 msk bilik depan,bos n staff Tm yg semuanya lelaki ketawa terbahak2 alahai malunyer......

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe klau gitu ceritanye mmg kelaar kah kah

      Padam
  8. mmg kdg2 tu mencabar kesabaran dan keimanan betul kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. betl tu.. kadang mmg mencabar betul

      Padam
  9. Part yang motosikal tu paling ngeri. Suka suki je nak menyusup di jalan raya. Nanti kena langgar, meninggal, baru tahu. Huhu. :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan ... itulah kadang dia ingat macm dia seorang kat jalan raya tu .geling kepala jadinya

      Padam
  10. Typical Malaysians :) Sabar je lah, selagi masih duduk di Malaysia mmg itulah yang kita akan hadapi. Sememangnya banyak yang suka mencarut padahal salah sendiri. So.. We make a difference lah. Dorang mencarut, dorang buat kita hilang sabar,kita jangan buat macam tu kat orang lain cos we know how it feels. Ahakk :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehee betul tu ... so biarkan mereka dengan cara mereka sendiri

      Padam
  11. Orang macam ni ada je kat mana2 Acik..
    Tak dapat nak elak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang betul.. tak meragui lagi

      Padam
  12. hehe, lawak laa yg kt kedai mamak tu, slalu dgr org ckp prkataan tu, kalo xreti cakap melayu sudah la kan..haishh....
    nice entry acik :D so typicall..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... lebih mudah cakap connect.. senang jer ..

      Padam
  13. hahaha...memang tak heran lah cik akak acik...memang hampir semua orang cam tu...syukur juga Allah jauhkan kita dari perangai yang tak betol cam tu...:)

    BalasPadam
  14. sebenarnya bnyk lgi kan? Tp kalu nak list mmg tak habis lah sbb lain org lain perangai. Hehehe. ;3

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang betul .. nie baru sikit yg terjadi dalam wakktu beberapa jam ...kalau hari2 ..wow

      Padam
  15. waduh2.. memang menyakitkan hati... semua pernah kena dengan Nina. tapi kalau pasal pintu tu,memang tak boleh senyum dah, kena gelak kaw2 depan2 jugak tu.haha Sabar ekh Acik... Manusia ramai y selfish tapi kita jd y baik2 jer..jgn ikut mcm mereka tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sama sama kita muhasabah diri

      Padam
  16. Aku stuju bro dgn apa yg ko luahkan. Mmg mana pun sama jerk. Kebaykkan rakyat malaysia masih mempunyai mentaliti yg sengkat. Itula masalahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah ...cakap lebih2 nnti marah pulak ..adehh

      Padam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. connect tu biasa jer org guna & sebut ko net.. biasala.. perkataan tu dh jd mcm bahasa melayu jer.. bila nak translate dlm bhsa melayu dorang jd keliru skit.. pasal tawar menawar pn benda kecik. den pun suka menawar tp xde la buang tebiat dok menawar rega barang kat supermarket dgn salesgirl kat sana.. tempat yg membolehkan menawar pasti eden akan buat.. jgn jd bodoh terus tanya barang & bayar sbb kadang2 peniaga ni dia tau org nak nak menawar dia dh up dulu harga jualan dia.. bila org menawar nampak mcm dia bg diskaun yg byk padahal memang harha jualan dia pun.. kalau tak menawar langsung.. korang yg bodoh sebab dia untung berlipat kali ganda
    Wow >>NAK FB,TWITTER,WHATSAPP & BANYAK LAGI TANPA LIMIT CLIK SINI
    Jenayah >>BAHAYA BAGI TUNAI DUIT HANTARAN KAHWIN
    ehem.. hem >>Ini Untuk 18 Tahun keatas & dah lepas SPM je boleh tengok
    Menarik >>PENGGUNA BROADBAND KENA TAHU KALAU TAK ANDA DALAM KERUGIAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. rileks bro..dari benda kecil la kita kena baiki... bila cakap lebih sikit dan nak melenting... hehehehe dan ye pon nak tawar menawar ..di 7 eleven kot.. aku pon sua tawat menawar tapi biar bertempatlah

      Padam
  19. hihi setuju dgn lekat lekit punya komen kat atas ni....mmg connect tu la bahasa paling afdal...kalau cakap melayu "kenapa tak boleh sambung internet ni?" mcm lg pelik bunyinya dan takut ane tu plak yg blur kang...
    tapi yg bab tawar menawar kat 7e tu mmg la lawak...hihi tak pernah dibuat org....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe afdal cakap yabg betulkan laebih elok.. silap dengar boleh jadi lucah

      Padam
  20. whoa...yang cerita pasal connect tu..betul teramat sgt ..huhu

    BalasPadam
  21. tang beratur tu selalu kena.. buat muka tak bersalah tu yang paling geram tu. Adesh malunya kalau jadi awek tu, mungkin nak cepat kot awek tu sampai tak perasan kena pull ke push. haha. Tang tawar menawar tu kalau kena pada tempatnya boleh je kot.. :P ko nek? haha.. mohon sebut bebetul.. tapi kalau ane tu paham releks je la, niatnya memang nak sebut connect kan. hehe.. yang last tu tak dinafikan selalu jadi.. tak sayang nyawa betul.

    *tak dinafikan org melayu akan cepat melenting kalau org lain tegur salah.. itu satu kelemahan org melayu termasuk aida. hehe. ^^

    BalasPadam
  22. Salam Acik,
    Susah juga ye... Nak komen pun payah takut nanti dianggap "annoying" pula...hehe

    p/s: Hanya kita perlu Sabar, toleransi dan berhati2lah, tiada apa yg mampu kita lakukan utk mengubahnya.

    BalasPadam
  23. memang sengal je kalau org suka potong memotong ni...yg sy tak faham kadang2 yg buat macam gini golongan tua...bukan org muda...tu yg sy tak faham...nak marah kita perlu hormat mereka yg lebih tua...apa boleh buat...sabo jelahhh

    BalasPadam
  24. tu belum lagi tang masa accident, jalan sesak sbb ramai org tolong (tolong tengok).. waktu tu rasa mcm nak dukung kenderaan2 tu pastu letak kat tepi jalan.. hehe..

    BalasPadam
  25. Bahayalah..nyawa orang bukan patung..Kalau kita tak kena, dia pula yang melayang..sangat2 bahaya..Hehe..yang connect tu selalu gitu. Ermm..7e pun nak tawar menawar..hehe..mesti adik yang jaga tu pelik.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails