Pengikut

Selasa, 26 Mac 2013

Kenapa Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu ?


Assalamualaikum


Dari kejauhan hati rasa rindu mula tatkala teringan pada si rembulan yang sering memapar sinarnya. Setiap hari dan setiap waktu dia tak lekang dalam ingatanku dan dia adalah penawar kehidupanku . Dia adalah ibuku

Mesti biasa dengar orang cakap Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

Dari kecil lagi acik di beritahu hal tu, kadang buat acik confuse , adakah benar syurga itu di bawah telapak kaki ibu ? ingat lagi masa kanak-kanak masa ibu sedang tidur ,acik check kaki dia sebab nak tengok macam mane syurga tu.

Dan perasaan "eager" nak tahu itu membuak sampailah acik dah besar sekarang. Acik cari tahu sendiri. Kenapa mereka katakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Acik lihat sendiri bagaimana kakak acik mengandung.Dia kemain suka lagi

bila mengandung 

pemakanan di jaga dan mulalah mencari tahu apa yang boleh dan tak boleh dalam mengandung. Dia mula merubah pemakaian yang dulu suka high heel dah tukar jadi jenis yang kasut  "lower".dia berhenti melakukan aktiviti yang dia suka buat.Dia pergi ke doktor kerap kali, hanya untuk memastikan bayi dalam keadaan sihat.Dia menjaga kata-kata beliau, supaya bayi tidak akan mendengar apa-apa kecuali perkataan yang baik.Dia sangat gembira untuk melihat tubuhnya berkembang kerana bayinya semakin membesar.Dia mencari nama yang terbaik untuk memberi kepada anaknya.Dia tidak peduli tentang loya, sakit perut, sakit belakang, breast 'bengkak', dan lain-lain selagi bayi itu OK.Dia mahu memberikan yang terbaik untuk bayi, makanan terbaik, pakaian terbaik, katil terbaik, mainan terbaik, dan lain-lain walaupun dia tidak pernah mengambil berat tentang diri sendiri.

Bila sudah melahirkan 

Dia jaga siang dan malam, Dia kadang tak tidur kerana menjaga dan memberikan susu bila tiba masanya.Hiudpnya lebih di utama bayi yang comel itu, kalau berbelanja pekara yang selalu di ingati adalah keperluan di kecil.


lihat pengorbanan yang besar di lakukan untuk kita. Dan sakit saat melahir itu adalah rasa sakit yang utama rasa sakit di dunia ini. Baru acik faham, kenapa ada orang cakap seperti itu.Mak pernah berkata pada acik, ibu ini walau bagaimanapon anaknya ,jahat atau baik dia tetap sayang dan terima seadanya.

Ye kalau tak ada ayah , macam mana anak terhasil , ayah juga penting dalam hidup kita, Dia yang akan selalu bantu ibu kita untuk menjaga kita. Kita kena Hormat mereka berdua.

Bila dah besar nie acik dah faham sebenarnya "Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu " ini adalah satu pautan kata yang ingin kita fahami bahawa ibu adalah segalanya untuk kita, ibu memberikan pengharapan dalam hidup dan doa ibu itu adalah lebih mujarab.Dan salah satu tanda kita perlu hormat ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.

Ustaz pernah berkata dengan acik, kalau redha seorang ibu tiada untuk anaknya maka tiadalah redha dari Allah, jika murka seorang ibu terhadap kita , begitu juga murka Allah terhadap kita. kata kata ibu dan doa mereka bagaikan penawar dalam hidup kita. Merekalah penenang hidup kita.

Wahai kaumku jangan pula kalau rasa tak puas hati kerana kenapa asyik ibu saje di berikan keutamaan ? sedangkan kita juga turut membantu dan ayah juga perlu di hormati.

Memang betul ayah sangat perlu di hormati dan di kasihi seperti kita sayang ibu.
Perempuan jangan terlalu berkuasa daripada lelaki. Kerana walau apa yang terjadi, syurga tetap di bawah tapak kaki suami. Jadi lelaki walau syurga isteri di bawah tapak kakimu, jangan terlalu bermegah diri. Walau sebesar mana pangkatmu, syurgamu etap di bawah tapak kaki ibu.

Share This!


36 ulasan:

  1. Hormatilah dan sayangilah ibu kita..jgn sesekali meninggikn suara.. teringat ibu sy jgk..

    BalasPadam
  2. Tela...tetiba rs mcm nk blik umah jerk jumpa mak. Thanks yek... :)

    BalasPadam
  3. Salam Acik...
    Baru jer baca kisah ini http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1012-8-pembohongan-ibu-kepadaku.html Rasanya sesuai utk kesinambungan artikel ini.

    Sayangilah dan hargailah ibu kita selagi hayatnya masih ada, jgn menyesal dikemudian hari.

    BalasPadam
  4. sebak baca entry ni...
    hargailah dan sayangi lah ibu kita selagi mereka bernyawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita semestinya harus menghargai mereka :)

      Padam
  5. Besar jasa seorang ibu..kte blh praktik kn ape yg ibu kte lakukan pada kte..x kire la sejahat mana ibu kte, seburuk mana ibu kte..dia tetap ibu kte, insan yg melahirkan kte ke dunia ni..sbg ank, kte prlu mnjaga dia pula sewaktu ibu dah xlarat utk menguruskan diri lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh min :) bijak berkata2 ..sokong :)

      Padam
  6. Ibu orang yang banyak bersusah payah dan berkorban demi anak2nya... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibu tak penah merungut untuk membesarkan kita :)

      Padam
  7. walau seumur hidup untuk kita balas jasa mereka. Belum tentu akan setara dengan apa yang telah mereka korbankan buat kita..

    ~terlalu besar pengorbanan seorang insan bernama IBU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terlalu besar pengorbanan seorang insan bernama IBU... anak yang soleh di perlukan untuk doakan kebahgian mereka di dunia dan di akhirat

      Padam
  8. pengorbanan ibu tidak mungkin terbalas...hanya dengan menjadi anak yg soleh dan doa sentiasa buat mereka...hanya itu yg mereka mahukan bukan harta benda...

    itulah pengorbanan wanita yg bergelar IBU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali!!! ibu adalah wanita yang hebat

      Padam
  9. betul tu, pengorbanan ibu mmg tak tertanding. Ada jgk pernah bca ibu boleh membesarkan 7 org ank tp 7 org ank itu tak pasti lgi boleh jga ibu mereka. *ayat tunggang langgang* :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. is okey ..itulah ,semoga kita terglong dari kalangan mereka yang menjaga ibu bapa kita

      Padam
  10. setuju sangat dengan entry acik ni..tersentuh sgt baca pasal ibu ni.. sungguh banyak pengorbanan ibu lakukan utk anak2nya kan...so, jgn pernah sesekali mengecilkan hati ibu, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak di listkan terlalu bnyk jasa mereka pad kita.. jadi kita bersyukur dan hargai :)

      Padam
  11. terasa mengalir airmata bila baca entri nie...memang terbuai perasaan tatkala membaca entri yang berkisahkan ibu...ibu memang insan yang paling cik akak hormati & sygi...

    Yang paling penting hargailah ibu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tept sekali!! terima kasih kerana sudi membaca

      Padam
  12. Terbayang muka mak Arol masa baca entri nie. Tak ternilai pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak. Kita kena sentiasa jaga hati ibu jangan sampai terluka, takut nanti tak cium bau syurga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul arol ... jangan sampai hati mereka terluka

      Padam
  13. assalamualaikum ... Akak teringat satu hari tuh kakak ipar berkata pada anaknya , " syurga tu di bawah tapak kaki ibu tau " . Anaknya menjawab , " Kat bawah tapak kaki ayah apa ? Neraka ? " Maka akak ipar yg seorg ustazah tuh pun terdiam ... budak sekrg petah sungguh . kena ada penjelasan yg munasabah kat mrk nih ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam.. betul tu kak ..memang kena bagi penjesalan yang baik untuk mereka

      Padam
  14. terus col ibu kat kpg..tadi siang tak sempat...terima kasih.

    BalasPadam
  15. ibuku adalah kembarku.. mak kata saya adalah kawan dan kembarnya.. jadi syurga berada di bawah telapak kaki kembar saya.. :)

    BalasPadam
  16. besar jasa seorg ibu ni....memang cantik ulasan dan pandangan dalam entri di atas...

    BalasPadam
  17. Ibu..umi mahupun mama, tak kira panggilan jasa mereka tak ternilai..Allahuakbar..kalau ganti kan dengan wang ringgit pun tak kan sama dgn nilai kasih sayang dan pergorbanan seorang ibu. Anak2 jagalah ibu..ibu ayah dapat jaga 10 orang anak..tapi seorang anak belum tentu dpat jaga seorang ibu. Sayanglah ibu bapa..tak ada mereka, tak ada kita.

    BalasPadam
  18. Org pmpuan untung..klu khwin blh rasa pngorbna ibu, tapi lelaki x.leh rasa, tapi blh thk.pngorbanna seorg wanita iaitu isteri sendiri..

    BalasPadam
  19. saya syg emak saya..hehe..=)

    itulah pengorbanan seorg ibu kan..terlalu byk sehingga kita xkan terbalas smpai bila pun..=)

    BalasPadam
  20. Ibu... hurmm. Aku dah hilang satu nikmat itu. :(

    BalasPadam
  21. bersyukur dikurniakan nikmat merasai kasih sayang seorang mak walaupun ayah telah tiada :) . dua dua saya sayang ,insyaAllah selagi masih ada nyawa.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails