Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu ?


Assalamualaikum


Dari kejauhan hati rasa rindu mula tatkala teringan pada si rembulan yang sering memapar sinarnya. Setiap hari dan setiap waktu dia tak lekang dalam ingatanku dan dia adalah penawar kehidupanku . Dia adalah ibuku

Mesti biasa dengar orang cakap Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

Dari kecil lagi acik di beritahu hal tu, kadang buat acik confuse , adakah benar syurga itu di bawah telapak kaki ibu ? ingat lagi masa kanak-kanak masa ibu sedang tidur ,acik check kaki dia sebab nak tengok macam mane syurga tu.

Dan perasaan "eager" nak tahu itu membuak sampailah acik dah besar sekarang. Acik cari tahu sendiri. Kenapa mereka katakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Acik lihat sendiri bagaimana kakak acik mengandung.Dia kemain suka lagi

bila mengandung 

pemakanan di jaga dan mulalah mencari tahu apa yang boleh dan tak boleh dalam mengandung. Dia mula merubah pemakaian yang dulu suka high heel dah tukar jadi jenis yang kasut  "lower".dia berhenti melakukan aktiviti yang dia suka buat.Dia pergi ke doktor kerap kali, hanya untuk memastikan bayi dalam keadaan sihat.Dia menjaga kata-kata beliau, supaya bayi tidak akan mendengar apa-apa kecuali perkataan yang baik.Dia sangat gembira untuk melihat tubuhnya berkembang kerana bayinya semakin membesar.Dia mencari nama yang terbaik untuk memberi kepada anaknya.Dia tidak peduli tentang loya, sakit perut, sakit belakang, breast 'bengkak', dan lain-lain selagi bayi itu OK.Dia mahu memberikan yang terbaik untuk bayi, makanan terbaik, pakaian terbaik, katil terbaik, mainan terbaik, dan lain-lain walaupun dia tidak pernah mengambil berat tentang diri sendiri.

Bila sudah melahirkan 

Dia jaga siang dan malam, Dia kadang tak tidur kerana menjaga dan memberikan susu bila tiba masanya.Hiudpnya lebih di utama bayi yang comel itu, kalau berbelanja pekara yang selalu di ingati adalah keperluan di kecil.


lihat pengorbanan yang besar di lakukan untuk kita. Dan sakit saat melahir itu adalah rasa sakit yang utama rasa sakit di dunia ini. Baru acik faham, kenapa ada orang cakap seperti itu.Mak pernah berkata pada acik, ibu ini walau bagaimanapon anaknya ,jahat atau baik dia tetap sayang dan terima seadanya.

Ye kalau tak ada ayah , macam mana anak terhasil , ayah juga penting dalam hidup kita, Dia yang akan selalu bantu ibu kita untuk menjaga kita. Kita kena Hormat mereka berdua.

Bila dah besar nie acik dah faham sebenarnya "Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu " ini adalah satu pautan kata yang ingin kita fahami bahawa ibu adalah segalanya untuk kita, ibu memberikan pengharapan dalam hidup dan doa ibu itu adalah lebih mujarab.Dan salah satu tanda kita perlu hormat ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.

Ustaz pernah berkata dengan acik, kalau redha seorang ibu tiada untuk anaknya maka tiadalah redha dari Allah, jika murka seorang ibu terhadap kita , begitu juga murka Allah terhadap kita. kata kata ibu dan doa mereka bagaikan penawar dalam hidup kita. Merekalah penenang hidup kita.

Wahai kaumku jangan pula kalau rasa tak puas hati kerana kenapa asyik ibu saje di berikan keutamaan ? sedangkan kita juga turut membantu dan ayah juga perlu di hormati.

Memang betul ayah sangat perlu di hormati dan di kasihi seperti kita sayang ibu.
Perempuan jangan terlalu berkuasa daripada lelaki. Kerana walau apa yang terjadi, syurga tetap di bawah tapak kaki suami. Jadi lelaki walau syurga isteri di bawah tapak kakimu, jangan terlalu bermegah diri. Walau sebesar mana pangkatmu, syurgamu etap di bawah tapak kaki ibu.

Catat Ulasan

36 Ulasan

Unknown berkata…
Hormatilah dan sayangilah ibu kita..jgn sesekali meninggikn suara.. teringat ibu sy jgk..
Hana berkata…
tiba2 sedih baca entri ni
Unknown berkata…
Tela...tetiba rs mcm nk blik umah jerk jumpa mak. Thanks yek... :)
BinMuhammad berkata…
Salam Acik...
Baru jer baca kisah ini http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1012-8-pembohongan-ibu-kepadaku.html Rasanya sesuai utk kesinambungan artikel ini.

Sayangilah dan hargailah ibu kita selagi hayatnya masih ada, jgn menyesal dikemudian hari.

Nory Zoulkefle berkata…
sebak baca entry ni...
hargailah dan sayangi lah ibu kita selagi mereka bernyawa..
Yasmin Fairoz berkata…
Besar jasa seorang ibu..kte blh praktik kn ape yg ibu kte lakukan pada kte..x kire la sejahat mana ibu kte, seburuk mana ibu kte..dia tetap ibu kte, insan yg melahirkan kte ke dunia ni..sbg ank, kte prlu mnjaga dia pula sewaktu ibu dah xlarat utk menguruskan diri lg..
Ibu orang yang banyak bersusah payah dan berkorban demi anak2nya... ^_^
Unknown berkata…
walau seumur hidup untuk kita balas jasa mereka. Belum tentu akan setara dengan apa yang telah mereka korbankan buat kita..

~terlalu besar pengorbanan seorang insan bernama IBU..
miss yatie berkata…
pengorbanan ibu tidak mungkin terbalas...hanya dengan menjadi anak yg soleh dan doa sentiasa buat mereka...hanya itu yg mereka mahukan bukan harta benda...

itulah pengorbanan wanita yg bergelar IBU..
Unknown berkata…
betul tu, pengorbanan ibu mmg tak tertanding. Ada jgk pernah bca ibu boleh membesarkan 7 org ank tp 7 org ank itu tak pasti lgi boleh jga ibu mereka. *ayat tunggang langgang* :)
Unknown berkata…
setuju sangat dengan entry acik ni..tersentuh sgt baca pasal ibu ni.. sungguh banyak pengorbanan ibu lakukan utk anak2nya kan...so, jgn pernah sesekali mengecilkan hati ibu, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu..
Unknown berkata…
terasa mengalir airmata bila baca entri nie...memang terbuai perasaan tatkala membaca entri yang berkisahkan ibu...ibu memang insan yang paling cik akak hormati & sygi...

Yang paling penting hargailah ibu...
Akupenghibur.com berkata…
betul tu.. sayangilah ibu kita :)
Akupenghibur.com berkata…
klau rindu ibu ,telefonlah mereka
Akupenghibur.com berkata…
ada masa jenguk mak yer :)
Akupenghibur.com berkata…
thanks BM sharing link tu :)
Akupenghibur.com berkata…
kita semestinya harus menghargai mereka :)
Akupenghibur.com berkata…
wahh min :) bijak berkata2 ..sokong :)
Akupenghibur.com berkata…
ibu tak penah merungut untuk membesarkan kita :)
Akupenghibur.com berkata…
terlalu besar pengorbanan seorang insan bernama IBU... anak yang soleh di perlukan untuk doakan kebahgian mereka di dunia dan di akhirat
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali!!! ibu adalah wanita yang hebat
Akupenghibur.com berkata…
is okey ..itulah ,semoga kita terglong dari kalangan mereka yang menjaga ibu bapa kita
Akupenghibur.com berkata…
kalau nak di listkan terlalu bnyk jasa mereka pad kita.. jadi kita bersyukur dan hargai :)
Akupenghibur.com berkata…
tept sekali!! terima kasih kerana sudi membaca
AM berkata…
Terbayang muka mak Arol masa baca entri nie. Tak ternilai pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak. Kita kena sentiasa jaga hati ibu jangan sampai terluka, takut nanti tak cium bau syurga.
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... Akak teringat satu hari tuh kakak ipar berkata pada anaknya , " syurga tu di bawah tapak kaki ibu tau " . Anaknya menjawab , " Kat bawah tapak kaki ayah apa ? Neraka ? " Maka akak ipar yg seorg ustazah tuh pun terdiam ... budak sekrg petah sungguh . kena ada penjelasan yg munasabah kat mrk nih ...
Akupenghibur.com berkata…
betul arol ... jangan sampai hati mereka terluka
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. betul tu kak ..memang kena bagi penjesalan yang baik untuk mereka
PCL berkata…
terus col ibu kat kpg..tadi siang tak sempat...terima kasih.
iha berkata…
ibuku adalah kembarku.. mak kata saya adalah kawan dan kembarnya.. jadi syurga berada di bawah telapak kaki kembar saya.. :)
Unknown berkata…
besar jasa seorg ibu ni....memang cantik ulasan dan pandangan dalam entri di atas...
Nur Nainis berkata…
Ibu..umi mahupun mama, tak kira panggilan jasa mereka tak ternilai..Allahuakbar..kalau ganti kan dengan wang ringgit pun tak kan sama dgn nilai kasih sayang dan pergorbanan seorang ibu. Anak2 jagalah ibu..ibu ayah dapat jaga 10 orang anak..tapi seorang anak belum tentu dpat jaga seorang ibu. Sayanglah ibu bapa..tak ada mereka, tak ada kita.
Maria Firdz berkata…
Org pmpuan untung..klu khwin blh rasa pngorbna ibu, tapi lelaki x.leh rasa, tapi blh thk.pngorbanna seorg wanita iaitu isteri sendiri..
Unknown berkata…
saya syg emak saya..hehe..=)

itulah pengorbanan seorg ibu kan..terlalu byk sehingga kita xkan terbalas smpai bila pun..=)
reenapple berkata…
Ibu... hurmm. Aku dah hilang satu nikmat itu. :(
wawa zulkefli berkata…
bersyukur dikurniakan nikmat merasai kasih sayang seorang mak walaupun ayah telah tiada :) . dua dua saya sayang ,insyaAllah selagi masih ada nyawa.