Assalamualaikum
Alhamdulilah hari nie masih lagi dapat bernafas... Fuhh perjalanan yang jauh dari ini , dari klang ke subang dan subang ke Shah Alam. Geram kadang kadang dengan tipikal perangai segelintir orang malaysia yang sangat "annoying" .Fuhh pagi pagi dah buat tangan nie mengigil., rasa dah lama tak tumbuk muka orang.Tarik nafas panjang panjang ...nasiblah mampu bersabar.
Pertama sekali , bila tima beratur nak beli tiket, kita nie kemainlah lama menunggu .Tunggu punya tunggu, ada manusia tak geti bahasa nie, dah lah lambat datang lepas tu buat muka seposen terus potong dan beli tiket. Tanpa mengiraukan kita nie yang berjam jam menunggu.
Kedua , Bila nak masuk ke seven eleven, dahlah lapar pagi pagi nie. Lepas tu adalah seorang awek melayu tu , pintu tu dah jelas jelas tulis "Push" tapi apa ke pandai sangat lepas tu tarik pintu tu, tak boleh bukak boleh pulak nak maki maki pintu tu. Apa lagi acik terus potong awek tu dan tolak pintu terus masuk sambil senyum pada awek .Muka awek tu terus berubah ,malu kot.
Ketiga dalam kedai , ada mak cik beli barang, tengok banyak juga yang di beli, dan siap mak cik tu cakap . Dik tak ada discount ehh beli kat sini . Tipikal malaysia yang suka tawar menawar di mana saje.
Lepas tu melepak kejap kat kedai mamak, nak online sekejap sebab nak validate subjek untuk sem nie. Kebetulan ada juga seorang abang nie pon nak online juga. Dia panggil ane kenapa tak boleh nak "ko nek" internet nie.. Kang ada kena tampar laju laju nie. Dia sebenarnya nak cakap "Connect". Adehhh cakap melayu jelah.
Dan lastly, perangai yang menjadikan nyawa acik hampir melayang, apabila di atas lebuh raya, acik nak balik ke kolej jati dengan menaiki teksi. Motor tu kat tepi dan tanpa beri signal terus potong dan membelok. Naseb pak cik teksi dapat mengelak. Kalau tidak semesti dah terlibat kemalangan. Pak cik tu break emergency dan memang jantung nie rasa nak gugur rasanya.
Inilah perangai orang di sekeliling kita, kadang kadang nak tergelak ada , nak marah pon ada , nak menjerit2 pon ada .. Apa pon jangan jadi selfish, fikir fikirkan orang sekeliling .
43 Ulasan
Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...
Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...
Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...
Amboi kucing tua..
biasa lah tu.. nasib baik mampu bersabar..
#teringat ofcemate pompuan,dia ni kalau sebut words in english mmg kdg2 salah skt.ms tu bos tgh pggl staff TM dtg utk psg unifi.then bos tyalah kt ofcemate ni PC dia ok ke?
kwn saya tu dgn bangganya menjawab dgn kuat2 "belum boleh ko....nek lah bos,puas saya klik xda ko...nek pun!"Hah saya dh lari laju2 msk bilik depan,bos n staff Tm yg semuanya lelaki ketawa terbahak2 alahai malunyer......
Tak dapat nak elak...
nice entry acik :D so typicall..
Teman wanita yang sangat setia
Filem Hollywood yang kini berusia 20 Tahun!!!
Usia tidak menghalang wanita ini terus melacur
Wow >>NAK FB,TWITTER,WHATSAPP & BANYAK LAGI TANPA LIMIT CLIK SINI
Jenayah >>BAHAYA BAGI TUNAI DUIT HANTARAN KAHWIN
ehem.. hem >>Ini Untuk 18 Tahun keatas & dah lepas SPM je boleh tengok
Menarik >>PENGGUNA BROADBAND KENA TAHU KALAU TAK ANDA DALAM KERUGIAN
tapi yg bab tawar menawar kat 7e tu mmg la lawak...hihi tak pernah dibuat org....
*tak dinafikan org melayu akan cepat melenting kalau org lain tegur salah.. itu satu kelemahan org melayu termasuk aida. hehe. ^^
Susah juga ye... Nak komen pun payah takut nanti dianggap "annoying" pula...hehe
p/s: Hanya kita perlu Sabar, toleransi dan berhati2lah, tiada apa yg mampu kita lakukan utk mengubahnya.