Assalamualaikum
Membuat stereotype dan bersikap prejudis itu mudah bagi sesiapa sahaja. Melantun suara dengan nada membisik, memberitahu siapa dia.
Membuat andaian sahaja tanpa mengenali itu tidak adil, jadi teruskan membaca untuk mengenali blogger misteri ini.
Sebelum itu, kamu mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.
Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada direview. Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.
Siapa Pemilik Nota Purba ?
Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.
Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang itu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.
Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian
Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.
Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.
Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "move on!"
Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada fr. EFG dah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. Haha
What is chemistry in academic words (not less than 200 words)
"chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.
Kekuatan blog FR adalah melalui penulisannya. Penulisannya cukup sampai ke dalam hati setiap pembaca dengan setiap butir perkataannya ada makna yang tersendiri.
Tulisannya pada 6 september 2012 memaparkan jiwanya terhadap cinta blognya yang mendalam seirama dengan penulisannya.
Jadi apa tunggu lagi ? cuba terjah ke blog Nota Purba untuk merasakan penulisan yang memberi kesan kepada kamu.
26 ulasan:
jom terjah blog Nota Purba. mesti xkering gusi dibuatnya....
hohoho..puitis neh
hanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR
Penulisan FR lain daripada yang lain...
Fr seorang yang kelakar tapi pcl sekadar permerhati di kopitiam...tak sempat nak mencelah .
nota purba yang tak jemu baca & mencuit hati.
best baca blog FR ni!!!
Sama la kita. Nak mencelah, depa borak laju sangat kat kopitiam
FR yang misteri. Jum terjah blog FR :)
Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome
FR Awesome :)
untung direview di sini... 4K ++ manusia telah dapat membongkarkan kemisterian & kepurbaan fr
Wah menarik review tambahan acik..mesti fr suka ni
kalau abg fr cite hantu lagi real..hihi.. :D
jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi
bagus petikan tu Achik... :)
membawa kita kepada sisi lain dalam diri FR..
rupa-rupanya dalam kelakar2 dan lawak2 FR tu ada sisi serius-puitis-matang-tua-bangka-tapi-perasan-kacak-dan-muda dalam diri FR tu yang ramai tak tahu.....
ya.... FR kelakar.......!! :)
Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)
awesome,....
Segala persoalan akan terjawab di nota purba
Nice review..
Exercise jari di kopitiam
Sememangnya FR memiliki kebolehan menulis
blog Nota Purba yg awesome ;)
mcm saka?? mmg sgt misteri..
kadang bunganya dipetik, kadang rantingnya ditebas, kadang tanahnya kering, kadang cahaya mataharinya terlindung..dugaan seorang blogger :)
puitisnya acik..menariknya entry yang di karang,tidak jemu di baca dan sentiasa menarik minat pengunjung di luar sana..keep it up...terbaikk EFG
Catat Ulasan