Pengikut

Khamis, 14 Mei 2015

Di Tipu Bus Selat Keris !!



Assalamualaikum

Kecewa betul acik !!

Pada hari rabu iaitu semalam 13/05/2015 acik pulang ke Shah Alam kerana hari Khamis iaitu hari ini acik akan ambil jubah untuk konvo.

Biasalah dari Kota Tinggi tiada Shah Alam jadi pergilah ke Larkin untuk beli tiket. Memang ramai orang turun sahaja dari bus couseway link ramailah berlari-lari untuk mendapatkan pelanggan.

Selalu memang acik tak layan, nak di jadikan cerita semua ke Shah Alam untuk waktu itu semua dah habis. Jadi tiba-tiba seorang lelaki tarik acik ke belakang ke kuanter tunjukkan bus Selat Keris ada kosong pukul 1 dengan harga RM 40. Rasa hati tak sedap bus tu memang tak pernah naik.Siap acik pesan lagi, janganlah menipu sebab dulu dah terkena.

" Saya pertama kali naik bus nie, jangan ada masalah dan di tipu sudah "

Lelaki itu cepat-cepat jawab tidaklah kita sesama islan"

Legalah dengar.

Bila naik bus itu acik tak syak apa-apa. Siap tanya pada lelaki india tu, saya nak ke Shah Alam , jadi macam mana ?

Ok nanti dia berhenti di bemban untuk transit bus ke Shah Alam nanti naik bus ini, sambil menghulur no plat.Dia bagi tiket lagi menunjukkan tiket yang lain.

tiket kali ke 2 di beri selepas naik bus
Biasanya acik gambar bus yang acik naik, entah mengapa acik tak amik tiket bus ini sebelum dia tukar yang lain.

Dekat 30 minit juga dia behenti menunggu orang di Tampoi. Lepas itu behenti rehat 30 minit di Yong Peng. Teruskan perjalanan dan turunkan orang di seremban.

Lepas itu terus ke TBS, lepas itu pemandu itu kata Okey TBS kuala Lumpur. Awak ini nak pergi ke mana ?

Dengan yakin , Saya nak ke Shah Alam, dan beberapa orang lagi juga nak ke Shah Alam dan Klang.

Bus ini tak ke Shah Alam atau Klang , station terakhir ke Pudu. Lepas tu you naikalah bus rapid KL ke Shah Alam.

Dengan hati yang marah , Ini satu penipuan !! awak jangan main-main dengan saya !! saya buat aduan polis.

Dia ketakutan dan kata ini bus saya, kalau apa-apa you dakwa itu ulat tiket.

Kena tipu hidup-hidup bila tengok plat yang lelaki india bagi tu adalah sama dengan plat bus yang acik naik.

Kesian ada seorang mak cik tua nak ke Shah Alam juga jadi mangsa. Paling kesian warga asing terdiri dari warga Indonesia di tipu dengan kadar bayaran yang Mahal RM 80. Memang mahal dan sampai hati mereka menipu kami.

Acik harap sangat pihak berkuasa membuat pantauan di Larkin berkenaan dengan Ulat Tiket dan pemandu sewaan ini. Bayangkan warga emas di tipu, naseblah acik bawa sama-sama mak cik tersebut naik KTM  bersama dengan acik.

Bila acik google rupanya ada juga jadi mangsa..







Share This!


16 ulasan:

  1. sabar ye acik.... Ada hikmahnya lah tu.... Mungkin Allah saja nak bagi acik buat amal kebaikan dengan menolong makcik tersebut :)

    BalasPadam
  2. kesiannya....ada hikmah tu...zaman sekarang ni memang semua tak leh percaya

    BalasPadam
  3. Allah. Memang sakit hati kalau kena macam tu

    BalasPadam
  4. Bagus juga acik share. Sekurang-kurangnya buat kami yang tak tahu ni masa akan dtg beware. Takutnyaaa kalau kene

    BalasPadam
  5. ALLAH .. sabar acik. takpela halalkan. Ada hikmahnya tu. Pengalaman yg buatkan kita lagi berhati-hati lepas ni. Memang takleh percaya sangat pun dengan orang yg jual di luar kaunter tiket. tapi Alhamdulillah sampai gak ke KL. kalau dia tak berhenti di KL lagi kes naya .

    BalasPadam
  6. Astaghfirullah.. memang naya Acik dan yang lain-lain, bayangkan kalau terkena kat orang-orang tua yang memang dah janji anaknya tunggu di Shah Alam, apa akan terjadi agaknya nak sampai ke sana..

    BalasPadam
  7. alahai... kurang ajar btul la diorang ni...

    BalasPadam
  8. Kutu-kutu berkeliaran di pudu....banyak sangat sekarang.

    BalasPadam
  9. acik,bahaya tau kalau kat larkin tu..banyak sangat bonzer..tuari ada member ni kena tipu sbb dia ckp bus pukul 12,tapi sampai ke pukul 2 tunggu..ayah member tu tak puas hati terus mengamuk,lepas tu,ramai ler bonzer² keluar dan ada skit pergaduhan..tp yang sedihnya semua dikalangan melayu.Sampai ada satu brother tu pesan kat ayah member tu jangan datang ke larkin ni lagi sbb takut diorang pukul.isk..masa tu akak takut sangat sbb tak sangka begitu ramai geng diorang keluar.Ulat tiket ni tak dapat dibendung kerana mereka bersekutu dengan pihak kaunter bus tau..

    BalasPadam
  10. Mmg ada yg amik kesempatn... bus2 yg mcm ni biasa buat cmni... Seeloknya kna tgk syarikat bas yg besar mcam bas kkkl, plusline dan sbgainya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengajaran juga.. Sbb sy pun pnh kena tipu mcm ni wpun bukan syarikat bas yg sama..

      Padam
  11. Pihak berkuasa sudah ambil tindakan. Macam saya pun kurang percaya pada ulat tiket

    BalasPadam
  12. sebbaek ada acik untuk tolong tengokkan makcik tua tu...

    BalasPadam
  13. kes naya ni kan... adoi sabar je lah...

    BalasPadam
  14. pergh, sy yg baca pn sakit ati...jahat btl guna nama Islam...ish mmg x berkat la keje mcm tu.kuang ajar btl

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails