Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Yang Terbaik Patut Kita Lakukan Dalam Menyukai Seseorang

ehsan google

Assalamualaikum

Kembara cinta tidak hanya terhenti di sini kerana ianya di cari oleh ramai pengembara perasaan. Soal cinta itu tetap menjadi perbualan yang evergreen yang tidak akan luput walaupun ribut dan tsunami berlaku.


Ramai yang tanya acik, adakah perbuatan mereka itu salah dalam mencari cinta yang sejati ?

Pada acik itu bukan kesilapan hanya teralih arah cara mencari cinta tersebut yang kurang tepat.

Bagaimana jika kita menyukai seseorang itu ?

Pertama : Berdoalah

Berdoalah dan mengadu pada Allah apa yang telah berlaku hari ini. Berdoalah jika dia jodoh kamu maka perkenankan dan dekatkanlah dan jika dia bukan jodoh kamu maka jangan biarkan hati terus terleka dalam permainan perasaan.

Kedua : Proses Taaruf

Taaruf itu adalah proses pengenalan antara kamu dan dia. Tidak bermakna kamu perlu dating berdua-duaan tetapi boleh berlaku kamu bertanyakan pada kenalan rapat dia bagaimana dia dan jika ingin bertemu bawalah orang ketiga dan pergi tempat yang terbuka di khuwatiri timbul fitnah. Jaga jarak antara kamu dan dia.

Ketiga : Jangan terlalu berhubung

Maksud acik tidaklah hampir setiap malam bertelefon, bermesej kerana ianya akan menggangu rutin harian dia dan kita. Kita terbuai mimpi dengan mendengar pekara yang manis sahaja. Seeloknya berkomunikasi sekadarnya.

Keempat : Jika berkenan maka merisiklah dia.

Jika kamu benar rasa dialah selayaknya untuk kamu, maka merisiklah dia untuk bertanyakan bahawa dia sudah berpunya atau belum ? Jika green light dan kamu sudah bersedia maka teruskan ke alam perkahwinan.

Tetapi acik suka ingatkan bahawa cubalah betulkan niat mencintai kerana Allah. Ianya bukan sekadar lafaz tetapi ianya perlu selari dengan perbuatan ke arah tersebut.

Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :

1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.

2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.

3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia dapat mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.

4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.

5) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia dapat hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.



6) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu dapat menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

Catat Ulasan

5 Ulasan

wardahannesa berkata…
Nice sharing acik :)
paridah berkata…
n3 yg menarik...berkasih syg dgn niat yg betul demi Allah...
I N A A I N A A berkata…
thanks for sharing... suka sangat dengan entri ni.. nice
jie susanos berkata…
huhu..ramai yg kecundang kerana cinta..INGATI LAH..
Unknown berkata…
Berkasih sayang kerana allah lebih diberkati