Ticker

6/recent/ticker-posts

Untuk Kaum Adam Hargailah Wanita Yang Selalu Ada Untukmu

Ehsan google


Assalamualaikum

Ramai pula yang menghantar mesej kepada acik, meminta pandangan berkenaaan lelaki yang tidak tahu menghargai isteri mereka.Kadangkala di sakiti tanpa memikirkan mereka juga peneman setia walau apa jua keadaan.Anak-anak di jaga dengan baik. Jadi nasihat kepada lelaki dan suami.


1. Hargai isterimu sebagaimana kamu menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.

2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya membentaknya & memukulnya.

3. Jantung rumah adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada gurau senda, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia & kamu akan merasa seperti di syurga.


4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin diperhatikan. Mereka juga membantu untuk mengukuhkan ekonomimu dengan cara bekerja membantumu, balik kerja uruskan anak-anak dan menyediakan keperluanmu.

5. Dua orang yang tinggal 1 tempat yang sama (menikah) tidak perlu ego tinggi, tunjuk siapa hebat, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

6. Di luar sana banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkan mu dan punya lelaki idaman lain di belakangmu.Isterimu tetap setia bersamamu apa jua keadaan.

7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan, sebab ia akan sulit sekali untuk kembali.

8. Ajarkan anak lelaki bagaimana berlaku terhadap ibunya, sehingga kelak mereka tahu bagaimana memperlakukan isterinya.
Mari kita belajar dari kehidupan Rasulullah Saw dalam membangun rumah tangga yang sakinah mawaddah dan rahmah, dengan kelembutan dan keharmonian dalam memberlakukan hak dan kewajiban suami dan isteri.

Kitalah yang mencorakkan anak-anak kita ,bagaimana didikan kita itulah yang akan di persoalkan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

NuSaNa NoSa 91 berkata…
jika dia bersama kamu ketika waktu susah, hargailah dia.. kerana susah nak cari orang yang sanggup bersama-sama kita ketika susah kan..
paridah berkata…
ISTERI YG BERSAMA SUAMINYA SAAT SUSAH N SENANGNYA SEORANG ISTERI YG SGT SETIA CINTANYA..HARGAILAH DIA.
Ana Jingga berkata…
semoga kita tergolong dikalangan mereka yang diredhaiNya ,amin.
ummul azkee berkata…
moga mereka yang buta dlm melihat kebaikan seorang isteri, sedar akhirnya..
yoorinmelacolea berkata…
untung kalau ada lelaki diluar sana memahami & menghargai isterinya..