Pengikut

Isnin, 14 September 2015

Dari Keterpaksaan Kita Belajar Mencintai

Gambar dari drama cinta jangan pergi
Assalamualaikum

Dalam kehidupan kita tak semua pekara kita mahukan kita dapat. Kadangkala sesuatu yang kita benci itulah yang akan menjadi sesuatu yang paling kita sayang.

Orang kata benci dan sayang itu setipis perasaan. Dari keterpaksaan itu kita belajar mencintai.

Kenapa acik kata bergitu ?

Lihat sahaja orang bercinta, pada mulanya sering bergaduh, membenci tetapi kerana satu kebaikan dia buat kita nampak ada positif aura dalam dirinya dan mulai rasa sesuatu tetiba tulang rusuk jadi bergetar-tegar. Bila melihat dia seolah masa berhenti seketika.. siulan burung berkicauan, di iringi bunyi biola..haha drama sangat.

Begitu juga melihat mengapa orang dulu-dulu yang di kawin tanpa mengenali, mula-mula tak suka akhirnya jatuh cinta , anak 15 orang.

Dari keterpaksaan itulah kita belajar menerima seseorang dalam hidup kita sedikit demi sedikit dan lama-lama kita mula ikhlas menerima dia.

Perasaan cinta dan sayang itu mampu di pupuk sedangkan batu jika di titikan air setiap hari berlekuk juga.Begitulah juga kita, keras-keras kerak nasi di limbah air lunak juga.

Dari ketidaksempurnaan seseorang itu kita belajar menerima dia seadanya, tidak pelik melihat orang yang biasa memiliki pasangan yang cantik.Kerana cinta itu bukan hanya soal kecantikan semata tetapi banyak pekara yang di pertimbangkan.

Begitu juga soal solat, puasa dan sebagainya. Dari kecil kita di paksa oleh mak ayah kita, mula memang terpaksa lama-lama kita akan fahami kenapa kita perlu melaksanakan semua itu.Ianya juga ada proses untuk kita mengenal Maha Pencipta kita.

Dia tahu yang terbaik untuk kita, sebab itu orang dulu-dulu selalu kata jangan terlalu membenci takut nanti dialah jadi orang yang paling kita sayangi. Sekadarnya sahajalah.

Jadi belajarlah memahami dan menerima sesuatu itu dengan hati yang terbuka. Boleh jadi sesuatu yang terbaik pada kita tetapi tidak pada Allah.Allah Maha Mengetahui segalanya bersangka baik setiap kejadian pasti ada hikmah yang di luarkan jangkaan kita.



Share This!


4 ulasan:

  1. Salam singgah dari nieyl :)
    Betul...yg penting belajar menerima segalanya dgn hati yg terbuka..dan niat yang baik..Insya'Allah...segalanya Allah akan permudahkan :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails