Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada Jalan Shortcut Ke Syurga


Assalamuaalaikum

Jauh kakiku melangkah demi sebuah perjalanan yang jauh dan sepi. Sepanjang perjalanan tersebut pelbagai pekara telah di lalui. Pelbagai jenis manusia telah aku jumpai, semua manusia mendambakan tempat indah yang di namakan syurga.

Berhitung amalan yang kita lakukan, adakah layak untuk aku pergi ke syurga ?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran. Aku melihat manusia menggunakan pelbagai cara untuk di pandang mulia oleh manusia agar seisi langit turut rasakan begitu.

Mata ini menjadi saksi, telinga ini menjadi bukti mendengar apa yang di pertuturkan mereka.

Tiada jalan shorcut ke syurga tanpa amalan dan takwa.

Ada yang aku tengok mereka bayar sejumlah wang kepada seorang tok guru agar mendoakan dia masuk syurga. Semakin banyak duit di labur semakin tinggi kedudukan kita.

Mereka kata islam itu mudah jadi di ambil mudah dengan cantumkan solat menjadi satu waktu. Hanya perlu solat sekali dan di niatkan pada semua waktu.

Jika semudah itu pasti hanya si kaya hanya masuk syurga bagaimana si miskin ?

Nauzubillah,  jangan di biarkan hati dan fikiran kita terpesong demi mencari jalan singkat. Jangan kerana cara kita yang salah mencari syurga akhirnya kita di campakkan ke neraka. Jalan ke syurga itu kadang berliku dan onak berduri. 

Ingat !!

Iblis dan syaitan itu tidak akan berhenti dari melakukan kerja yang menjadi sumpahannya itu. Agar terus kita sesat dalam mencari jalan yang lurus.

Pintu taubat sentiasa terbuka.Tetapi, kita sendiri yang memilih untuk terus berdiri didepan pintu atau masuk kedalamnya.Jika kita memilih untuk berdiri, kita akan terus berdiri dan melihat pintu itu terbuka sehinggalah tiba detik pintu itu ditutup maka yang tinggal hanyalah sesalan semata.Jika ingin masuk pasti kita akan ambil tindakan untuk berubah.

Apakah kita merasakan syurga Allah yang tidak tergambar nikmatnya oleh akal itu boleh kita beli dengan bayaran kita yang murah?

Tika mana Bilal bin Rabbah sanggup memilih dihempap batu besar di dadanya dan dilantarkan diterik matahari arab yang menggelegak demi keimanan pada Allah dan demi balasan syurga, apakah kita beranggapan dengan hanya melakukan solat, puasa, zakat yang acuh tak acuh sudah cukup membeli tiket ke syurga yang didalamnya ada 1001 nikmat yang tak terbeli didunia?



Tika mana para sahabat dan tentera syuhada ditikam dadanya, dipotong anggotanya , dicincang badan nya demi mengharapkan syurga Allah .Apakah kita jamin dengan hanya dengan amalan kita harini yang murah dapat membeli syurga Allah yang mahal?


Kita mengharapkan bertemu dan berjiran dengan nabi , tetapi selawat ke atas nabi kita sebut jarang sekali

Kita mengharapkan dijamu dengan makanan syurga , tetapi menjamu orang miskin dan anak yatim kita berkira.Kita mengharapkan kasih allah kepada kita setiap masa , tetapi ingatan pada Allah lenyap ketika kita gembira.Kita mengharapkan Allah makbulkan segala permintaan kita disyurga nanti , tetapi permintaan Allah agar kita sentiasa beribadah dan mentaatinya tidak kita turuti..


Fikirkan kembali amalan kita ..
Musahabah diri kita yang hina ..
Apakah amalan kita harini adalah amalan-amalan  ahli-ahli syurga ...
Apakah amalan kita harini adalah amalan-amalan kekasih Allah?

Catat Ulasan

8 Ulasan

ajuyarashid berkata…
terima kasih atas ingatan
Ziana Eunos berkata…
bertul2.. tq atas ingatan
salam jumaat ^_^

*jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com
paridah berkata…
salam jumaat acik mengharapkan syurga penuh nikmat dengan banyak2 bertaubat...insyaAllah...
sitirohaida berkata…
sharing is caring acik..itulah yang sering kita lupa sedangkan DIA tak pernah lupa akan umatnya.
Eina Md Ali berkata…
Salam Jumaat. T.kasih atas ingatan. Nice sharing :)
beat berkata…
nama islam belum tentu syurga...Allah da bg syarat..kita kena terima dugaan
Inani Hazwani berkata…
Betul tu. Jom sama sama beramal untuk ke syurga :)