Pengikut

Ahad, 25 Oktober 2015

Dia Setia Bersamaku Walaupun Aku Tiada Apa-Apa

Ehsan google

Assalamualaikum

Khamis lepas acik dapat berjumpa dengan beberapa orang kenalan masa zaman kecil. Seronok bila dapat berjumpa dan berbual bersama dan paling penting seorang dari kami berlima akan berkahwin tak lama lagi.

Jadi berkumpul dan beri jemputan kawin.

Luqman : Ziz , aku nak tanya tapi kau jangan marah eh.

Aziz : Apa dia man ?

Luqman : Macam mana kau boleh terpikat dengan dia, yelah kau businessman , bergaya.Tapi !!

Rayyan : (menyebuk ) Tapi dapat bakal isteri "sehat" itu maksud kau man ?

Luqman : ahh itu maksud aku !!

Aku lihat aziz hanya tersenyum dengan tenang dia jawab.

Aziz : Jangan kau tengok apa yang aku ada sekarang. Tapi tengoklah aku aku yang 5 tahun lepas.Ketika aku tak ada apa-apa. Dialah orang yang paling setia bersamaku dan selalu bagi sokongan. 

Yelah nak mula business bukan senang , kami sama-sama naikkan business sekarang. Dia jadi orang kuat kejayaan aku. Takkan aku dah senang aku nak tinggalkan dia ?

Ada apa pada kecantikan jika hanya ada pada kau ketika kau ada segalanya. Apa gunanya ada ketika ada duit berkebuk, masa kau susah semua lari tinggalkan kau.Aku sayang dia kerana Allah maka aku terima dia seadanya. Kalau dapat yang cantik itu bonus, jika tidak baik akhlaknya pun cukup bagiku.

Luqman : Aziz jangan kau amik hati, aku sekadar bertanya, inilah baru kawan aku. Buat Pilihan yang betul.

Aku mampu tersenyum tengok kerenah kawan-kawanku. Inilah realiti kehidupan bukan seperti apa yang di papar di televisyen.

Share This!


7 ulasan:

  1. Baca kisah ni teringat dekat kawan yang kisah dia agak sama macam ni, tapi reverse situation, which is tunang dia tinggalkan dia bila dah berjaya. Dugaan.

    Nice story!
    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. Ada terbaca post pasal ni kat fb ! salute ar!

    BalasPadam
  3. Erm..bagus..xlupa diri...tpi yg sedihnya ada juga yg tak bersyukur dan menghargai apabila ada yg setia di sisi diwaktu susah..:'(

    BalasPadam
  4. hati budi yg baik adalah seindah-indah kecantikan wanita n kukuh agamanya layak dijadikan teman kehidupan..

    BalasPadam
  5. kalau lah jumpe lelaki mcm ni kan bagus. ade jugak lepas dah senang tinggalkan perempuan yang same2 ssh degn dia dulu

    BalasPadam
  6. Cerita macam nilah yang best didengar. Ni tak, sikit-sikit cerita pasangan kena tinggal bila dah kaya. Lupa diri. Lupa daratan. Jadi takut pulak nak kawen.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    BalasPadam
  7. Menarik.....Setia itu bukan setakat pada kata-kata..tapi perbuatan... :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails