Pengikut

Sabtu, 31 Oktober 2015

Muka Nampak Garang Ini Sebenar Hati Dia Baik

gambar hiasan
Assalamualaikum

Setiap orang mempunyai persepsi yang tersendiri bila berkenalan atau berjumpa dengan seseorang yang asing padanya.

Memang kita akan biasanya membuat andaian dari pandangan pertama melihat seseorang itu.

"Muka bengis betul mesti kaki pukul orang nie "

Muka garang betul , mesti kaki maki orang ini"

Perghh muka macam pecah rumah, gangster betul.

Itu sebahgian dari pandang sesetengah orang. Mereka gemar membuat pandangan pertama dahulu sebelum kenal.

Tapi bila kenal dengan seseorang itu barulah tahu:

Ehh dia tak macam itu, muka je ganas tapi hati baik.

Sebab itu ada pepatah kata tak kenal maka tak cinta, dah kenal jangan pula tertawan.

Didiklah hati kita untuk selalu bersangka baik dengan sesiapa sahaja kita kenal. Berhati-hati tak salah tapi janganlah menghukum seseorang itu kerana rupa parasnya. Belum tentu elok rupa parasnya elok juga perangainya.

Selalunya orang yang muka nampak garang ini hati dia baik, mulut sahaja kadang kasar tapi hati ada taman. Tengok ombak rindu pun menangis tersedu-sedu.

Allah ciptakan seseorang itu ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Jadi ianya ada proses mengenali satu sama lain.

Share This!


6 ulasan:

  1. Alala..ombak rindu. Teringat kat Aaron Aziz :D

    BalasPadam
  2. teringat seorang kakak kat sekolah nii. muka garang tapi rupanya baik aje..

    BalasPadam
  3. alololo....
    yg nampak garang ni sweet sbenarnya
    dia cuma pemalu tu ter shown rupa garang :)

    BalasPadam
  4. rupa bukan gambaran hati tu...xsiapa tahu rupa hati sebelum saling mengenali....

    BalasPadam
  5. lela selalu kena macam ni taw. orang yang baru kenal mesti takut sebab depa kata lela cengei (garang)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails