Pengikut

Sabtu, 17 Oktober 2015

Jangan Mempersia-siakan Orang Yang Banyak Berkorban Untuk Kita



Assalamualaikum

Aku lelaki,
Mungkin andaian itu terlalu banyak bagi kaumku,
Pada aku tidak seharusnya di salahkan kerana jantina semata.
Sama juga jika sekaumku membicarakan perempuan itu sama semua suka mempermainkan perasaan dan kaki kikis dan sebagainya. Pada aku tak patut di salahkan gender tetapi harus di salahkan pada individu tersebut.

Ramai yang bertanya kepadaku, kenapa kau tak nak seperti anak muda yang lain brecinta, bertunang mahupun bernikah ?

Jika di ikutkan hati dan nafsu pasti mahu sahaja aku bawa lari anak gadis untuk aku kahwini jika ibu bapa terlalu letakkan hantaran yang tinggi. Tapi tidak tergamak aku lakukan seperti itu seolah aku tidak menghormati ibu bapanya dan menghormati doseorang perempuan.

Buat masa ini biarlah aku berbakti kepada ibuku, biarlah aku bahagiakan hidupnya dahulu. Cukuplah beribu duit yang di habiskan untukku, cukuplah masa yang di gunakan untuk mendidikku menjadi insan berguna.

Ketika kaki ku mula melangkah dan terus dapat berlari bebas. Takkan aku biarkan dia di tinggalkan kesepian. Usia kian di telan waktu , sampai bila harus dia berkorban lagi untukku ?

Aku lelaki..

Tanggungjawabku besar, aku kena buktikan padanya aku mampu jadi anak yang baik padanya.Aku mampu jadi suami yang baik kepada isteriku dan menjadi ayah yang baik untuk anak-anakku nanti.

Sosok seorang wanita itu boleh di cari tetapi ibu tiada ganti. Biarlah aku berbakti dahulu.

Biarlah aku dapat tengok senyuman di wajahnya. Biarlah aku dapat memenuhi impiannya yang tak dapat di tunaikan sewaktu menjagaku.

Tanggungjawabku pada mereka sehingga hembusan nafasku yang terakhir

Teringat satu kisah yang membuatku terkesan.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Taatlah selagi segalanya adalah kebaikan dan jangan mempersiakan mereka apa jua keadaan.

Soal jodoh itu aku serahkan pada keluargaku dan Aku yakin dengan Jodoh dari Allah, jodohkan rahsia tersembunyi dari Allah. Jadi bersabarlah.

Share This!


4 ulasan:

anazarin dotcom berkata...

Sebelum kahwin tanggungjawab terhadap ibu bapa, lepas kahwin tanggungjawab tetap pada ibu dan bapa tapi ada tambahan iaitu pada isteri, anak2 dan ibu bapa mertua.

Zahratunnur berkata...

Acik, kalau Acik yang lelaki pun orang asyik bertanya, apatah lagi Nur yang perempuan ni...rasanya jika ditanya pasal umur, Nur lebih tua daripada Acik..penat sebenarnya ingin menjawab semua persoalan orang sekeliling terhadap kita berkenaan urusan pernikahan..kadang2 Nur senyapkan je..kadang2 Nur aminkan je..kalau kita cakap banyak2 pun Acik, orang takkan faham dan malas nk memahami..

Julia Johari berkata...

Kak julia baca nukilan achik....
Akak letak diri akak ibu tersebut...alangkah nikmatnya jika semua anak seperti kamu wahai achiek...kak julia hati seorang ibu, tak meminta untuk dibalas, cukup sekadar mendoakannya sejahtera hari2....sedih baca achiek tulis...moga Allah memberkatimu

paridah berkata...

jadilah anak yg soleh beriman bertanggungjawab kpd ibubapa walau setelah berumahtangga n beban tanggungjawabnya bertambah...pasti hidup berkah sentiasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails