Pengikut

Selasa, 20 Oktober 2015

Kerana Pemandu Degil Nyawa Boleh Melayang

Gambar hiasan
Assalamualaikum 

Bunyi ambulans kedengaran di pagi hari. Aku lihat 2 ambulans dengan berkejaran tuju ke hospital. 

Dah di ajar oleh mak bila nampak ambulans lalu berikan laluan. Kesian pada pesakit lagi-lagi mereka dalam keadaan teruk.

Aku perlahan kereta dan ketepian jalan begitu juga beberapa pemandu yang lain.Tetapi ada juga pemandu yang tak ambil kisah bila ambulans makin laju dia pun makin laju bukan membiarkan ambulans tersebut.

Degil betul pemandu nie, memang dia tak bagi ambulans itu potong dia.Ramai yang hon perbuatan dia tu. 

Mungkin dia tak fikirkan, jika pesakit dalan keadaan kritikal dan perlukan rawatan segera.

Atapun ahli keluarganya mungkin sedang bertarung dengan nyawa.

Tak rasa rugi pun jika kita berikan laluan.Jadilah rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab kepada sesama insani.

Ingat lagi, dulu arwah abah lambat dapat rawatan kerana ambulans lambat dan ini mungkin salah satu punca dari pemandu degil.

Dan satu lagi, bila ambulans lalu jangan ambil kesempatan sama mengekori ambulans tersebut. Biasanya motor dan pemandu kereta yang degil. 

Bayangkan kalau tiba-tiba ambulans itu brek kecemasan. Bukankah bahaya ?

Fikirlah, Allah berikan akal dan fikiran itu gunakan sebaiknya.

Share This!


7 ulasan:

  1. kejam nye manusia. cube dia yang ada dlm ambulans tu, baru dia faham bahasa

    BalasPadam
  2. semoga kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin.

    BalasPadam
  3. KAKPUN PERNAH MERASA NAIK AMBULAN KE HOSPITAL NI..INSYAALLAH TIBA DGN SELAMAT TKSH KPD PEMANDUNYA YG BERHATI-HATI MEMANDU N RAKYAT KITA TAHU PERANAN MEMBERI JLN UTK KELANCARANNYA...MOGA KESEDARAN N SIKAP ITU ADA PADA SEMUA KITA...

    BalasPadam
  4. saya pun selalu nmpk camtu...rasa nak bagi penampar kat pemandu yg degil tu...

    BalasPadam
  5. Pemandu macam inilah patut kena cangkul kat kepala sebanyak 100 kali sampai putus selepas ditampar kiri kanan depan belakang tanpa henti. Huhu

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. Memang ada sesetengah pemandu yang keras kepala macam ni. Haihhh

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails