Pengikut

Khamis, 24 Disember 2015

Menyaji Makanan Dan Minuman Hanya RM 1 Sahaja


Assalamualaikum


Rezeki itu dari Allah, jika kita ikhlas inshaAllah di permudahkan urusan kita oleh Allah. Terkejut sendiri apabila melihat harga yang di tawarkan.Pada acik ianya sangat murah dan tidak hairan orang ramai dan sanggup tunggu.

Hanya RM 1 bagi semua jenis hidangan termasuk nasi, lauk pauk serta air dan paling istimewa pada hari khamis air percuma.

Paling mengembirakan hati ianya terletak di Kota  Tinggi.Niat seorang pengusaha kedai makan di tingkat dua Terminal Bas Tun Seri Lanang dekat sini, bagi membantu gelandangan membeli makanan mencetuskan idea menawarkan harga serendah RM1 di kedai makannya.


Tindakannya itu membuatkan kedai makannya, Salam Sajian Seringgit popular malah menjadi tumpuan selepas viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Pemilik kedai

Pemiliknya, Abdul Salam Hamed, 52, berkata, niatnya untuk membantu mereka yang susah ternyata berjaya menarik ramai pelanggan terutama orang awam untuk menjamu selera di kedainya.

Rata-rata pelangan dan pelayar laman sosial memuji tindakan beliau membantu rakyat di kala kita di himpit dengan pelbagai masalah.

Walaupun harga murah,  kualiti makanan dan minuman di jaga dengan baik.

Kalau kamu datang memang akan penuh dengan orang. Alhamdulilah bangga acik apabila orang Kota Tinggi pemurah seperti ini.

Semoga perniagaan Cik Salam Suksess dan di murahkan rezeki oleh Allah.

Lokasi kedai : Tingkat 2 Terminal Sri Lanang Kota Tinggi.

Waktu operasi 8 pagi - 8 malam

Di samping itu acik ingin mengucapkan salam maulidur rasul. Mari kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Share This!


10 ulasan:

  1. Wahhh..terbaiklahhh..semoga usaha murni pak cik ni diberkati olehNya..semoga dilimpahkan lagi rezeki berlipat kali ganda..amiiinn.

    BalasPadam
  2. Semoga di murahkan rezeki pak cik ini...

    BalasPadam
  3. Bagi kak ain, siapa yg betul2 susah memang ni satu rahmat dan nikmat drpd Allah s.w.t. la kan sebab Allah bagi rezeki mereka melalui pakcik yg baik hati ni..

    Tp bagi mereka yg mampu, bayar la lebih dari RM1 tu sebab hakikatnya pakcik tu perlukan keuntungan jg utk teruskan usaha murni ni. Jgn la buat2 tak faham dan buat2 mcm org susah juga. Kalau kita mampu apa salahnya bayar lebih dan niat sedekah.. mudah-mudahan makin maju kedai pakcik ni, dan dia dpt bantu lebih ramai org susah yg lain... :)

    apapun.. semoga pakcik Abdul Salam dimurahkan lagi rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat.. Aamiin.. :)

    BalasPadam
  4. tulah..dah nampak kat fb..ingat balik kota nanti nak gi bandar la...

    BalasPadam
  5. First time dengar. Murahnya ! :D

    BalasPadam
  6. bagusnya pakcik ni, mudahan dia dapat rezeki berlipat gandan.

    BalasPadam
  7. Masya Allah... Semoga diberkahi Allah ya Pak Cik...Dan semoga bisa menginspirasi yang lainnya :)

    BalasPadam
  8. perghhh seronok kalau dekat uni lela. jimat duit

    BalasPadam
  9. Moga Allah murahkan lagi rezeki pak cik

    BalasPadam
  10. bagusnya ada kedai makan macam ni.

    jom tukar link blog.
    saya dah masukkan blog tuan ke bloglist
    http://www.kembaraminda7.com/
    terima kasih

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails