Pengikut

Ahad, 27 Disember 2015

Binalah Keyakinan Diri Dari Masalah Rendah Diri Dan Tak Percaya Diri



Assalamualaikum

Setiap manusia ada impian dan harapan masing-masing.Berlari , mendaki, terjatuh dan bangun balik demi mengejar impian itu menjadi realiti.

Ada yang dapat tiba ke puncak
Ada yang jatuh bergolek-golek
Ada hanya mampu sekerat jalan
Ada yang telah hilang hela nafasnya.

Aku adalah sebahgiaan dari mereka yang hilang punca di pertengahan jalan yang masih mencari jalan yang lurus itu.

Selalu rasa sendirian, dahagakan kasih sayang dan perhatian orang yang kita sayang, berperang dengan jiwa sendiri hingga aku hayut dengan duniaku.

Aku tertekan dengan hidupku, membisukan diri, memerhati apa jua yang berlaku. Seringkala silap langkah tetapi manusia menghukumku seolah tiada hari esok untukku. Bukan jalan kebenaran di beri tetapi hukuman di laksanakan tanpa bertanya.

Aku selalu rasa kurang percaya diri sendiri dengan apa yang aku pakai, bila berbicara dan mahupun berdepan dengan orang ramai. Mereka mengkritik dan membinasa dengan kata-kata yang membuat aku terpelusuk ke jiwa yang dalam.

Tapi aku tak mengalah, bangkit dari kata-kata nista. Membina dari kata-kata mereka agar mereka terdiam dengan bicara sendiri. Mereka tak tahu bertapa payahnya untuk keluar dari rasa rendah diri.

Berhadapan dengan orang ramai , mengigil, terketar-terketar dan lidah kelu untuk berbicara.

Manusia masih menghukum dengan fizikal , gemuk ,hitam dan sebagainya. Tapi tidakku toleh kebelakang lagi, untuk buktikan bahawa aku mampu jadi "sesuatu" yang boleh di banggakan mak.

Blog inilah menjadi tempat aku membina semangat diri, tempat aku mengubah pendirian. Di hati ini hanya Allah yang ada, dialah yang beri kekuatan dan keberanian untuk aku melangkah meninggalkan sisi penakutku.

Diamku bukan kerana salah, diamku kerana bila perlu berbicara sahaja. 

Andai kawan-kawan kamu ada yang hilang keyakinan diri, rasa rendah yakinkan dia bahawa Allah itu ada, dia akan bantu kita. Kita kena lebih positive dari orang yang lain. Tepuklah dada yakinkan diri bahawa aku boleh jadi seseorang yang boleh di banggakan oleh keluargaku dan agamaku keranamu Ya Allah.

Jangan mudah memperkecilkan orang lain, suatu masa nanti bila berada di tempat mereka baru kau tahu. Langit itu tak selalu rendah, awan itu tak selalu mendung. 

Bagaimana untuk pulihkan keyakinan diri?

1.Kuatkan mindset untuk berubah
2. Kuatkan hati agar cepat tak terasa dengan apa yang orang katakan.
3.Percaya dengan ketentuan Allah dan percaya Allah selalu ada untuk kita.
4.Ambil alternatif untuk ubah penampilan diri kita.
5. Cuba untuk berbicara depan ramai orang bermula dari kelas hingga skala penonton besar.

Share This!


3 ulasan:

  1. Walau siapa pun kita sebelum ni, masa depan kita tetap tanggungjawab kita sendiri.

    BalasPadam
  2. SAYANGKAN DIRI N BERBANGGA DGN KEUPAYAAN DIRI SENDIRI PASTI SEMANGAT N KEYAKINAN DIRI MENINGKAT TINGGI INSYA ALLAH...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails