Pengikut

Isnin, 28 Disember 2015

Kongsi Rahsia Untuk Bakal Berkahwin Dengan Gadis Johor


Assalamualaikum

Hujung-hujung tahun ini semestinya isu hangat di perkatakan adalah soal perkahwinan. Pelbagai ragam dan adat yang berbeza di setiap negeri.

Kadangnya kita tidak di beritahu tentang hal tersebut sehingga menjadi "panas" semasa majlis di lansungkan.

Untuk lelaki yang kawin dengan gadis johor perlu ambil tahu tentang hal ini.

Pertama : Di johor untuk bersanding tentu sekali banyak halangan iaitu tol. Ada sampai 4 tol kena hadapi seperti 
Tol 1 masuk halaman rumah
Tol 2 kaum lelaki ada laluannya
Tol 3 di tangga 
Tol 4 di atas pelamin dengan mak andam RM 80.

Ianya bukan niat menyusahkan tetapi biasanya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Penjaga tol biasanya ahli keluarga dan nilai duit tol itu seikhlas hati.

Kedua : Selepas majlis biasanya pengantin lelaki kena basuh periuk-periuk bekas masakan. Aktiviti ini di lakukan bersama bapa mertua dan adik beradik lelaki. 

Ketiga : Mesti ada berzanji dan karoke 

Di majlis perkahwinan biasa di belah pagi mesti ada berzanji dan petangnya nyanyian dan hidangan halwa telingga nyanyian dari warga kampung mahupun sanak saudara.

Ahh 3 dulu acik sertakan, bila ada lagi acik akan tambah. Kalau kamu ada pengalaman kawin dengan orang Johor , boleh kongsikan.


Share This!


11 ulasan:

  1. ingatkan achik yang nak kawin. hihi..

    selalu dengar saudara yang berkahwin dengan orang johor cerita tentang 'tol' ni. Ada yang boleh terima dan ada yang tak boleh nak terima. Apa2 pun niat 'tol' ini di adakan adalah untuk memeriahkan majlis.

    BalasPadam
  2. Adik akak pernah kena...sebab dia kahwin ngan orang johor...masak weh nak siapkan tol...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak SA, even kitorang orang johor tp tak amalkan pn tol tol ni..sian pihak lelaki nak kena tunggu berdiri lelame.. huhu

      Padam
  3. hahaha...start tahun depan tol dah kena GST, so pengantin lelaki kena prepare ongkos lebih na.. :)

    BalasPadam
  4. adat yg baik tu elok teruskan...kalau rasa menyusahkan bolehlah dirunding kot...

    BalasPadam
  5. Saya org Johor :)

    Tol ni depends pd tuan rumah. Kadang tu tuan rumah tak tetapkan tol pun, tapi org yg ada sekeliling tu yg saje2 buat tol. Yg mak andam tu, kat Johor mmg 'wajib' kot. Hehe

    BalasPadam
  6. Saya pon org Johor:)
    Bab tol dan bayar mak andam tu rasanya memang tak dapat nak mengelatlah..heheh,saya tak tahu ini tradisi atau apa, tapi semua abang ipar dan suami saya sendiri memang akan sama-sama cuci periuk lepas kenduri.Bagi saya ia perkara baik kepada ahli keluarga supaya dapat saling mengenali antara satu sama lain:)

    BalasPadam
  7. saya pun orang Johor.

    cuci periuk tu jangan masa lepas majlis yer kawan2, lepas isteri masak sekali yer.. hehe..

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum... achik,

    mselim3 pun orang johor (pontian).. adat biasa tol dan cuci periuk belanga.. takper moga achik ceria2 selalu k.

    mselim3

    BalasPadam
  9. adat pun biarlah berpada2. jgnlah sampai menyusahkan pihak lelaki. kalau setakat rm10 tu biasalah. tp kalau sampai rm80 tu kira cekik darah la..

    BalasPadam
  10. uish baanyak betul tol nye.. tapi adat kena la ikut nanti takot ditelan zaman. nanti adat entah kemana, kahwin semua nak tiru org putih

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails