Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada Siapa Dapat Melawan KetentuanNya Dia Sebaik Perancangan


Assalamualaikum

JDT tidak layak ke separuh akhir, rata-rata aku melihat peminat JDT terima dengan hati yang terbuka,begitu juga aku. Sekian lama juga JDT tewas di laman sendiri di mana ianya menjado tugu kuat dan tak pernah kalah.

Jika tidak pasti semalam masih lagi bertarung untuk layak ke final. Tetapi ia tidak berlaku, kami menerima keputusan itu berlapang dada.

Allah itu Maha Mengetahui segala yang terjadi di luar kemampuan kita.


Sebelum perlawanan pemain JDT memakai baju "Fight Like Jalil"  untuk memberi sokongan dan kekuatan untuk terus berjuang. Tetapi JDT tewas.

Dan di kejutkan dengan berita kemangkatan Tuanku Laksamana Johor.

Sesungguhnya Allah maha pengatur alam semesta.Mungkin inilah hikmahnya JDT tidak dilayakkan ke semi final Piala Malaysia,rupanya telah diatur bahawa rakyat Johor akan berduka dan berkabung.Bayangkan kalau JDT ke semi final,tentulah kesuraman yang bakal mengiringi pemain dan penyokong JDT,kekalahan tempohari memberi ruang rakyat Johor iaitu kelapangan dan ketenangan untuk sama-sama berdoa dan menghormati pemergian Tengku Jalil.

Kita kehilangan permata yang berharga dan kehilangan putera raja yang berjiwa rakyat.



Almarhum dalam kenangan kita semua.Al Fatihah 

ALLAH sebaik perancangan mungkin ini sebagai asbab.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Sofie Adie berkata…
terasa kesayuannya...alfatihah untuk beliau...
Nurul Shahira berkata…
Innalillahiwainnailaihirrojiun.
May Allah ease and placed among pious..
paridah berkata…
KETEBTUAN ALLAH SEGALANYA N HARUS TERIMA DGN REDHA..
Tanpa Nama berkata…
Kan? kathy pun pelik kali ini kathy tak rasa hampa dgn kekalahan JDT,tak seperti masa lalu. Dan mmg terasa sayu bl mlihat tshirt yg di sarung sblm prlawanan btulis FIGHT LIKE JALIL. Sebak :(