Pengikut

Isnin, 13 Jun 2016

Jodoh Dalam Perjalanan Dan Kadang Tersesat, Bersabarlah Dalam Penantian


Tatkala hati rindu akan kasih sayang seorang insan.Janganlah terlalu berharap balasan dari dirinya.Namun berharaplah kepada Allah.



Kerana hati setiap insan ada dalam genggaman Allah.Sehingga hanya Allah lah yang mampu membolak balikkan hati dari benci menjadi sayang demikian pula sebaliknya..

Dengan berharap kepada Allah, hati yang rapuh menjadi kuat.Hati yang galau menjadi tenang.Hati yang risau menjadi tenteram.Teruslah istiqomah dalam kebaikan,Agar Allah memilihkan yang baik pula untuk menjadi teman seperjuangan kita..

Setulus manapun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, Kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. kerana Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah.

Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan sentiasa berdoa agar diberikan insan yang terbaik buat diri kita dan berusaha menjadi yang lebih baik. Bukanlah pengakhiran cinta itu satu hukuman tetapi hikmah yang diberikan oleh Allah, kerana dia lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita.

Ingatlah, Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik dan begitu juga Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik. Itulah janji Allah yang tidak perlu ada keraguan padaNya.

Bagaimana pula jika dia sedang baiki diri ?

Dia di jalan kebaikan inshaAllah ada jodoh yang baik juga.

Jodoh itu tetap rahsia Allah,



yang namanya rahsia, sekalipun kita mampu merobohkan gunung, mengeringkan lautan, kalau tidak berjodoh, tidak akan pernah terjadi. Sebaliknya, mahu benci setinggi bulan, mahu menghindar ke ujung dunia, kalau memang berjodoh, tetap akan terjadi, ada saja jalannya.

Banyak sekali yang paham dan setuju saat membaca kalimat itu. Sayangnya, lebih banyak yang cuma setuju di dunia maya, di dunia nyata tetap saja sedih, memaksakan cerita, tidak sabar, malah couple, menghabiskan waktu sia-sia.Selagi ada masa  terus belajar banyak hal, memperbaiki diri sendiri.

Jodoh kalian sudah menunggu dengan manisnya. Tinggal seberapa kuatnya keyakinan kalian pada Allah.bersabarlah. jodoh kalian sedang dalam perjalanan.

Ya Allah,andai dia Engkau takdirkan menjadi jodohku,Satukan hatinya dan hatiku dalam pernikahan yang barokah.Namun bila dia bukan Engkau ciptakan menjadi jodohku.Beri kami jalan yang terbaik agar tidak saling menyakiti..
Aamiin ya Rabbal'alamin.

Share This!


2 ulasan:

  1. Singgah pagi. Amboii lama betoi tak singgah sini.

    BalasPadam
  2. Saya tertarik dengan kata-kata ini, "Setulus manapun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, Kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. kerana Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah."
    ia pernah terjadi kepada diri saya tahun 1992 dulu. Tiga tahun kami bercinta dan saya memang menyintainya setulus hati.

    Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Si dia ditakdirkan untuk merosakkan hubungan kami. Jalan yang patut diambil ialah dengan membuat keputusan berpisah. Sedih tu memang sedih,lebih-lebih lagi banyak masa diperuntukkan dalam menjaga hubungan kami.

    Adalah tipu jika saya tidak sedih dan menangis. Selang beberapa minggu saya terpaksa menerima hakikat bahawa si dia tidak akan kembali kepada saya dan saya perlu meneruskan kesinambungan hidup. Mungkin ada hikmah dariNya.

    Ternyata apa yang saya fikirkan itu betul. Rupanya Allah ingin memberi seseorang yang terbaik untuk saya. Selang 5 tahun kemudian, saya dipertemukan dengan seorang gadis dan beliau menjadi penyeri dalam hidup saya sehingga kini. Alhamdulillah kami telah melayari bahtera rumah tangga selama 19 tahun dan dikurniakan 3 orang puteri.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails