Pengikut

Ahad, 12 Jun 2016

7 Hidangan Lauk Yang Mudah Di Sediakan Untuk Bersahur



Assalamualaikum

Sudah ramadhan hari ke 6 tetapi carian tentang makanan sahur tetap jadi carian tertinggi. Jadi acik pun semangat nak kongsi makanan yang biasa acik makan sahur.Simple tapi sedap.

Lauk Sahur yang paling mudah untuk bersahur.



1. Ikan bilis goreng kentang dan bawang.

Pernah makan tak ? 

Simple je goreng ikan bilis, lepas itu angkat ikan bilis tersebut dan goreng bawang sampai masak kekuningan dan goreng kentang. Lepas itu di gaulkan dan nak sedap tambah dengan kicap. 

2. Sardin Masak Asam

Kalau tak sempat itu, amik sardin, kuah dia jangan buang. Potong lada ciri,kentang dan bawang.Masukkan dalam kuah sardin, Didihkan letak asam keping dan letak air sikit dan letak perasa. Biarkan sampai didih.Haha mudahkan ?

3.Oat je

Nak cepat?

ambil oat, air panas letak susu nak lagi sedap tambah sikit pisang. Sedap betul.

4. Telur Dadar Hot Dog

Kadang mak acik pun pening nak masak apa, sebab kadang tak ada selera. Paling mudah pecahkan telur 2 biji,potong lada cili, bawang, letak mayonis dan hot dog. Gaul semua dan goreng. Haha itu pun dah sedap. 



5. Maggie pizza. 

Acik pernah,kongsikan satu ketika. Mudah sangat.Cara Memasak Pizza Maggie Paling Senang Klik di sini 
Sedap dan kenyang betul.

6.Roti Bakar Telur

Kadang itu tak selera nak makan nasikan.Ada roti, pecahkan telur lepas itu sebatikan dia. Letak sikit perasa, ambil roti sapukan di permukaannya. Panaskan kuali, letak minyak sikit dan goreng.Masa goreng itu kena tekan-tekan sikit rotinya bagi kering. Balikkan hingga warna keemasan dan angkat.


7. Ayam goreng kunyit.

Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.

Harap dapat membantu kamu untuk sedikan hidangan sahur yang mudah.

Share This!


7 ulasan:

  1. Orait, banyak tu memang membantu. Akak pun kengkadang mati kutu nak masak apa.

    BalasPadam
  2. Heheheh .. Betoi .. Sahur selalunya lauk2 yg simple pon ah ckup . Sebab bukan nak makan sangat pon . Just nak amek syarat sahur je . Hee selamat berpuasa Acik .. ^_^

    BalasPadam
  3. salam ramadan ke 7 bro..sahur dengan half bow egg pun ok jugak..itu bagi yang nk jaga badan..kalau duk bujang tu jelah makanan sahur yang sihat..huhu

    BalasPadam
  4. ayam goreng kunyit tu sedap. menarik je maggie pizza tu, nk tengok resipi jap

    BalasPadam
  5. WAH BANYAK RESEPI SAHUR SEDAP SEMUANYA TU..

    BalasPadam
  6. masak sardin, telur dadar atau hotdog goreng mmg menu bersahur kami sekeluarga. Satu hari satu lauk je, nasi panas tuang kicap..dah cukup mengenyangkan

    BalasPadam
  7. Maggie pizza tu nampak sedap. Hehe nk try la

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails