Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2016

Peniaga Di Bazar Perlu Jujur , Jangan Hidangkan Makanan Basi



Assalamualaikum

Ramadhan ini banyak ujiannya terutama ujian soal nafsu makan. Puasa ini tentu yang menjadi tumpuan adalah soal makanan. Bila sebut pasal makanan tentulah bazarlah menjadi tarikan.



Acik pun sebenarnya jarang pergi bazar tetapi di sebabkan mak teringin mak makan. Jadi pergilah ke bazar di Kota, untuk mencari makanan yang kami nak.

Memang rambang mata, tengok banyak makanan, fuhh menyelerakan. 

Bila berniaga nie perlukan kejujuran dari peniaga. Sebab apa acik cakap kenapa macam itu ?

Sebabnya dah beberapa kali ini kami dapat lauk basi. 

Fikir mungkin sebab masak awal atau hangat untuk beberapa hari.

Putus selera nak makan, tolonglah.Bila meniaga itu jujurlah. Hampir semua lauk yang kami beli di kedai tersebut basi.

Sadis betul, Kejujuran dan ikhlas boleh diumpamakan seperti seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang kelam. Ia memang benar wujud tapi amat sukar untuk dilihat dan disedari. Latihlah diri kita agar sentiasa jujur dan ikhlas bukan kepada orang lain sahaja tetapi pada diri kita sendiri.

Tak ada gunanya berjaya sampai ke pintu langit sekalipun seandainya kejujuran dan keikhlasan langsung tidak wujud dalam diri. Hanya kejujuran dan keikhlasan yang dapat memandu kita ke arah lebih bertanggungjawab dan bertungkus lumus dalam melakukan jualan secara berhemah dan baik di mata bakal pembeli mahupun pelanggan.
Rasulullah s.a.w bersabda;

“Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepada ku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim).


Share This!


9 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Salam ramadhan acik....subhan Allah...sedih bila kita nak makan tapi basi...Allahu..tidak mengapa kalau nak berniaga dalam kuantiti yang sedikit pun asalkan berkualiti apa yang dijual..kerana keberkatan reeki itu paling pentingkan...kalau kita nak kejar untung banyak tapi aniaya pembeli akhirnya makan diri sendiri...baik untung sedikit terus rugi sebab hilang kepercayaan pelanggan..apa pun semua pasti berhikmah..hanya Allah yang tahu segala..

Puan Wawa berkata...

Nak selamat, pergi hari pertama je.. hihi

Sally Samsaiman berkata...

Ya Allah...sedih bila dengar...Sally dah beberapa tahun tak ke bazaar...sbb malas dan tak rasa nak membeli apa-apa

paridah berkata...

PERLU AMANAH DALAM BERNIAGA BIAR UNTUNG DI DUNIA N AKHIRAT

Khir Khalid berkata...

Hampa bila beli lauk dan tahu dah basi mcm tu... saya pun pernah terkena satu masa Ramadan dulu. Mmg smpi skrng ingat. Kdg2 ada segelintir yg tak peduli asalkn laris jualan... mmg tak patut.

Shiqeen Sattar berkata...

Setuju.. kenalah jujur bila berniaga.. baru berkat

Shiqeen Sattar berkata...

Setuju.. kenalah jujur bila berniaga.. baru berkat

cik violet berkata...

semalam beli kerabu dah basi.. huhu

Mrs Nelly berkata...

sebab tu sy jarang beli dekat bazar..... biasa masak je,sbb kes-kes mcm nielah perniaga x jujur , makanan ade telur lalat lah basi lah ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails