Ticker

6/recent/ticker-posts

Menguji Kelajuan Blog Dan Website Kamu Dengan Bitcatcha Server Speed Checker

Assalamualaikum

Bila orang datang ke blog dan website kita, pekara penting yang mereka ambil kira adalah kelajuan blog dan website.

Dulu acik tak ambil soal kelajuan blog dan website kita. Pada acik, cukup entri yang berkualiti itu memadai orang datang. Tetapi tanggapan silap bahawa kelajuan website dan blog memain peranan penting. Bila blog dan website kita terlalu lambat dan loading pastinya mereka tidak akan datang ke blog dan website kita.

Bayangkan Amazon boleh kehilangan 1.6 billion dolar setiap tahun jika mereka lambat walau sesaat.Hampir separuh pelayar internet mahukan laman blog dan website yang ingin di kunjungi di bawah 2 saat. 40 % akan tinggalkan website dan blog yang loading di bawah 3 saat.

Ingat Google sangat suka blog dan website yang cepat loading.

Bayangkan kerana blog dan website kita lambat kita kehilangan pelanggan dan pembaca berpotensi. Betapa ruginya kita. Guna apa boleh ukur kelajuan blog kita melalui kelajuan server kita ?

Jawapannya adalah melalui Bitcatcha’s Server Speed Checker


Apa itu Bitcatcha Server Speed Checker ?

Bitcatcha adalah laman web yang menguji dan menunjukkan kelajuan atau lambatnya server kita berfungsi. Ianya mempengaruhi 2 faktor utama iaitu :

Nombor 1: Pelayan (server) kelajuan disampaikan oleh hosting anda.

Nombor 2 : Reka bentuk kamu, pembersihan kod, Cache, Plugin dan media visual

Bagaimana Bicatcha Server Speed Checker beroperasi ?

Klik Di Sini

Caranya mudah, masukkan url blog dan website kamu di Bitcatcha’s Server Speed Checker.

Bitcatcha segera menyelesaikan DNS dan mencari alamat IP sebenar .Memberitahu kita dengan tepat di mana pelayan (server) kamu.

Seterusnya , bitcatcha akan menghantar lapan ping berbeza untuk pelayan(server) kamu. Ini bermakna kita mencontohi proses lapan orang yang berbeza melawat laman web kamu.


Terdapat lapan lokasi global. Iaitu , New York, LA, London , Brazil , India, Singapura, Jepun dan Australia.

Dengan cara itu, kita akan mendapat gambaran global lengkap kelajuan pelayan (server) kamu.

Bagaimana Blog akupenghibur.com ?




B+ , Nampaknya masih banyak lagi yang harus di baiki. Nasib baik check di bitcatcha jadi tahulah kelajuan blog dan website kita bila orang lain kunjungi.




Acik turut cuba blog www.denaihati.com . Wow mengagumkan dapat A+ .

Tahniah !!

Jadi , Bagaimana Keputusan Speed ​​Server yang Baik?

Google telah mendedahkan bahawa mereka mencari laman web dengan masa tindak balas pelayan kurang daripada 200 saat.

Itulah matlamat kamu.Speed yang baik adalah dibawah 200 ms. Jadi semakin kecil nilai response speed, semakin cepat loading website tersebut dan semakin menjadi kesayangan Google. 


Blog dan website kamu bagaimana?


Catat Ulasan

17 Ulasan

Sally Samsaiman berkata…
Bagus ni...Sally nak cuba kejap..thanks tau Acik share...yg before ni cuba banyak yg tak complete sgt details nyaa
Tanpa Nama berkata…
saya dapat A. thanks acik share benda ni :)
paridah berkata…
boleh juga dicuba check ni tksh sharing acik
Wani Sukarno berkata…
thanks acik share ,,nak tahu jugak dah chek dapat B+ hii..
AbgferOz berkata…
dah cuba dia berubah2 bergantung pada speed tenet kita juga..

Akupenghibur.com berkata…
sebab itu dia compare mengikut negara..dia bg suggestion lagi di bahagian bawah.. bila bertukar tu..mean blog kita up next level 😊😊
jie susanos berkata…
thank info ini acik..

tgk macm mana kelajuan blog jie..
Fieza Sani berkata…
Okey tu acik dpt B+..blog saya dapat E...byk lgi kena improve...
Unknown berkata…
Bagus info yg di sharing.. Alhamdulillah check td dpt A+.. Xtau la valid ka x..
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
anazarin berkata…
Baru tau kepentingan blog yang cepat dilayar nie... selalu abaikan je...kena try nie
anazarin berkata…
Baru tau kepentingan blog yang cepat dilayar nie... selalu abaikan je...kena try nie
Khairul Bariah berkata…
Terima kasih atas perkongsian ni. Akak dpt A+ hehe.
Mmg betul pun, mana2 blog yg lembap dibuka terpaksa akak tinggalkan.