Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Darah Anak Malaysia !


Aku darah anak Malaysia,
Berpegang pada Al Quran dan Hadis,
Mengibar panji-panji pejuang,
Tersemat kata keramat,
Walau bukan senjata atau parang,
Tetapi penulisanku menjadi nadi perjuanganku,

Aku Darah anak Malaysia,
Tidak ku biarkan budaya buli maya berlaku,
Tidak ku izinkan mereka menginjak Negaraku,
Tidak ku berdiam diri membiarkan jari-jari pendusta menghina Negaraku,
Demi negaraku tercinta,
Biar terhenti nafas perjuangan harus di teruskan.

Aku darah anak Malaysia,
Walau jasaku sekecil kuman,
Akan ku pertahankan rukun negara,
Cakna pada keadaan semasa,
Menjaga keharmonian,
Menghormati dan menjaga hubungan setiap bangsa,
Agar dapat bersatu pertahan negara.

Aku darah anak Malaysia,
Jangan biarkan penjajah mula kembali bertahta,
Jangan biarkan ada musuh dalam selimut,
Jangan biarkan kata-kata nista bercabang tiga,
Pertahankan!
Pertahankanlah,
Demi Negaraku Malaysia.

Aku darah anak Malaysia,
Suburkan kembali rasa yang telah hilang,
Kemajuan yang semakin hilangkan jati diri,
Manusia mula lupa asal usul,
Hilang nasionalisme yang lantang bertiup berabad lamanya,
Kini menanti hilangnya sirna sang mentari Ogos,
Untuk kembali bernyawa,
Kini kian terpadam di arus duniawi,
Erti kemerdekaan kian kabur di minda anak-anak kini.

Bangkit jiwa pejuang negara,
Sematkan di dada cintakan negara,
Sebarkan tauladan erti kemerdekaan,
Kerana Aku Darah Anak Malaysia !!

Nukilan akupenghibur.com

Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
Salam Kemerdekaan Achik!
Unknown berkata…
Salam Kemerdekaan Achik!
paridah berkata…
SALAM MERDEKA ..PUISI BERMAKNA PENUH BERSEMANGAT PATRIOTIK
Suria Amanda berkata…
salam kemerdekaan Acik
Aishah berkata…
Jangan biarkan kata-kata nista bercabang tiga,

NICE sangat.

I'm organising AKU DAN PUISI NOVEMBER
Jemput ke blog saya...
jom sertai my online event.

http://denganredhaallah.blogspot.my/2016/11/aku-dan-puisi-november.html