Ticker

6/recent/ticker-posts

Virus Zika Kini Di Malaysia ! Pekara Tentang Virus Zika Yang Perlu Kamu Tahu


Assalamualaikum

Satu Malaysia di kejutkan dengan kes pertama di laporkan di Malaysia. Kes ini di kesan di Klang apabila wanita berusia 58 tahun pulang melawat anaknya di Singapura.

Sedikit infomasi yang perlu kita ambil tahu dari Sumber: Laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Apakah virus Zika itu?
Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus Zika adalah virus bawaan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit pada hos manusia apabila terkena jangkitan.
Kesannya boleh terdiri daripada sakit ringan kepada keadaan kesihatan lebih buruk dan juga membawa kepada kematian.
Bagaimanakah virus Zika merebak?
Virus Zika lazimnya disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti, termasuk menyebarkan chikungunya, denggi dan demam kuning.
Penemuan terbaru menunjukkan bahawa nyamuk Culex juga mungkin menyebarkan Zika.
Virus ini juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks dan telah dikesan dalam air mani, darah, air kencing, cecair amnion, air liur dan cecair badan di otak dan saraf tunjang.
Apakah gejalanya?

Virus ini biasanya menyebabkan sakit ringan.
Gejala yang mungkin muncul beberapa hari selepas digigit adalah:
  • Sakit kepala;
  • Demam;
  • Ruam;
  • Konjunktivitis (radang bahagian bawah kelopak mata);
  • Sakit badan;
  • Keletihan.
Gejala biasanya berlangsung dua hingga tujuh hari, walaupun tempoh pengeraman mungkin berbeza.
Tidak ada perbezaan dikenali dalam gejala wanita hamil dan yang tidak mengandung.
Apa lagi kesan Zika?
Selain daripada simptom, konsensus saintifik adalah virus Zika boleh menyebabkan microcephaly, atau kanak-kanak yang dilahirkan dengan kepala yang luar biasa kecil, dan sindrom Guillain-Barre, gangguan saraf yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian.
Bagaimana mengelakkan penyebaran virus Zika?

dijangkiti virus Zika, pelancong dan mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat perlu mengambil langkah asas berjaga-jaga.
  • Elakkan gigitan nyamuk.
  • Pakai pakaian berwarna cerah bagi menutup sebanyak mungkin bahagian tubuh.
  • Gunakan halangan fizikal seperti skrin tingkap atau pastikan pintu dan tingkap tertutup.
  • Tidur di bawah kelambu.
  • Gunakan penghalau serangga yang mengandungi DEET, IR3535 atau icaridin (Ikut arahan label produk).


Catat Ulasan

3 Ulasan

minta di jauhkan...sgt2 bahaya
Nieyla Nadia berkata…
salam jumaat...
nieyl singgah sini...
bahaya....minta kita semua dijauhi penyakit ini..