Pengikut

Sabtu, 20 Ogos 2016

Bahaya Wechat Kepada Remaja Tanpa Pantauan


Assalamualaikum

Laman sosial menjadi sahabat yang paling rapat dalam dunia modenisasi. Bangun tidur apa yang di cari dulu ?

Mesti telefon bimbit, untuk update status sama ada di facebook, moment di wechat dan sebagainya. Teknologi ini memudahkan kita dan memperluaskan jaringan.

Ianya terpulang pada cara kita menggunakannya. Kalau tanya laman sosial yang manakah remaja antara 14-21 tahun sukakan ?

Jawapan acik mudah iaitu Wetchat.

Jadi aku cubalah sendiri aktif kembali untuk wechat dan buka akaun baru. Sangat memeranjatkan dalam waktu 72 jam ramai yang add di kalangan remaja.


Apa yang mereka post memang memeranjatkan. Sangat berani lagi-lagi soal "orang dewasa " ada yang berani mesej untuk ajak berjumpa dan sebagainya.

Lagi-lagi sekarang kes pedofilia semakin meningkat dan mereka mencari mangsa melalui laman sosial.

Ibu bapa kena pantau anak-anak mereka.

Ibu bapa kena pantau apa yang di layari anak-anak kamu. Tengok history laman web apa yang di layari, perbualan mereka di laman sosial.

Jika di desktop komputer boleh download salam browser untuk mengekang dari di layari laman web tidak sepatutnya.

Ada juga yang menghantar gambar yang tidak sepatutnya.Bagi kamu remaja untuk kamu rasa itu satu kepuasan. Tetapi apakah kamu lupa, Allah maha Melihat ?

Kasihanilah mak ayah mereka berkerja, kita bantulah diri kita. Tahu kadang kita perlukan perhatian tetapi cubalah belajar berdikari jaga maruah diri.

Share This!


8 ulasan:

  1. salam singgah bahaya tu acik.. x pernah nak download we chat.. entah apa yg seronok tak tau.. tapi boleh lah tu buat sebagai social experiment...tengok gelagat remaja sekarang

    BalasPadam
  2. this is crazy huhuhu

    first thing fae buat bila bangun dari tido adalah main game hehe

    BalasPadam
  3. WAH MENAKUTKAN SGT TU...IBU BAPA MESTI CEMBURU N SERING PANTAU AKTVT ANAK2 GUNAKAN WECHAT NI.

    BalasPadam
  4. memang remaja suka sangat guna wechat..moga anak2 kita nanti kita dapat memantau apa yang mereka lakukan setiap hari.

    BalasPadam
  5. Sebab tu akak mmg kawal anak akak bab media sosial ni...no fb, no Ig, no twitter or we chat...takut ke lain plak nanti..

    BalasPadam
  6. Mmg anak2 ni kena kawal... risaulah mcm2 medium sekarang ni.. wechat ni pun mmg kena berjaga2 kan... thanks sharing Acik.

    BalasPadam
  7. mcm2 skrg kan... kita pon ke up to date

    BalasPadam
  8. Nasib baik sy takda wechat hihi

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails