Pengikut

Khamis, 18 Ogos 2016

Perempuan Chubby Itu Sebenarnya Comel


Assalamualaikum

Cantik itu subjektif, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Ada yang melihat menggunakan nafsu, maka begitulah perempuan yang dia suka. Ada yang pandang menggunakan hati maka bagaimana pun dia terima seadanya.

Dalam hidup kita ada pilihan dan kemahuan berbeza. Adilnya Allah jadikan kita mempunyai cukup anggota badan tetapi mempunyai rupa yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing. 


Ada yang sering tertanya-tanya dan merendahkan diri serta beranggapan bahawa kekurangannya tidak melayakkan dia untuk sesiapa.  Mengapa menghukum diri? Tidak percaya pada keadilan Allah?
Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.  Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza!
Ada yang kata dengan acik, pernah dia ejek dan di malukan dari kecil kerana dia berbadan chubby atau gempal.
Orang "chubby" ada pipi pau comel tau sebenarnya. Jangan rasa rendah diri bila kita mempunyai badan gempal. Kamu sebenarnya ramai yang suka. Janji badan kita sehat dan tiada penyakit itu sangat bagus.
Satu fakta penting kamu perlu tahu, orang berbadan chubby ini orangnya penyayang dan baik hati.
Mereka sememangnya akan jadi tumpuan mata-mata memandang. Jadi cubalah hiasi diri dengan akhlak yang baik. 
Berpegang pada agama Allah..
Akhlak yang baik , budi pekerti yang baik lebih jauh cantiknya dari rupa paras yang cantik.Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan. 
Tetapi mereka yang memuja  meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.  Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.  Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan.
Kerana itu tatkala memilih jodoh, maka pilihlah yang beragama.   Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri. 
Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga. 
Paling utama juga jaga kesihatan dan pemakanan di samping hiasi peribadi.

Share This!


11 ulasan:

sayidah napisah berkata...

terima kasih puji kc comel acik hahahah.

betulbetul. kecantikan itu subjektif. kita seharusnya bersyukur dengan fizikal kita yang sempurna jika nak dibandingkan dengan OKU.

yanie yusuf berkata...

haah betul tu acik.. cantik itu adalah subjektf kan..hihi

Shark Kay berkata...

saya stuju dgn kenyataan ini.

TunSha Ayunie berkata...

Adakala kita rasa kita cantik, tapi orang tak nampak kita cantik sebab akhlak kita. Actually biarlah selari. Sha memang suka dalam keadaan Sha chubby dulu, sekarang ni sakit dah macam jerangkung pulak. Terus rasa down..

paridah berkata...

SEMUA WANITA ADA KECANTIKANNYA TERSENDIRI...LEBIH2 LAGI CANTIK JIWA AKAN SERLAH DI WAJAH

Cahaya Hayati berkata...

akak ler tu. kihkih

Pojiegraphy Journal berkata...

Setuju! hehehe!

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

nice sharing

Azura Mendezz berkata...

Errr...nk diet ke xnak..nak diet ke xnak ni??Hehe!

Normi Nieza berkata...

yeayy..setuju dgn entry ni..:)

Nory Zoulkefle berkata...

terus tak jadik nak diet....kehkehkehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails