Ticker

6/recent/ticker-posts

Untuk Permudahkan Soal Jodoh Dan Rezeki Hubungan Ini Perlu Di Jaga

ehsan google

Assalamualaikum

Begitu jauh kau mengagahkan,
menjunjung panji cinta mengunung,
Mengejar jiwa kehulu kehilir,
tanpa ada kau arah tujumu,
Hatimu terluka,terpatah dek perasaan,
hilang pendoman hilang tuhanmu,
takdir kau tuntun di mana keadilan,
sedangkan dirimu jauh dari cahaya.

Semua orang pastinya mahu bertemui dengan jodohnya. Tetapi penuh dengan tanda tanya sehingga berkali-kali terluka, bertemu orang yang salah.

Umur makin bertambah, tetapi semakin dia di kejar semakin jauh dia pergi.Dalam tak sedar bila jodoh kita menjauh ada beberapa hubungan yang kurang kita jaga.


Pernah tak buat sesuatu itu tak menjadi ? Seakan nak berjaya tetapi ada halangan sehingga kita give up. Pernah tak rasa dia dah benar jodoh kita, tetapi akhirnya dia kawin dengan orang lain. Kadang kita banyak leka, tak jaga hubungan dengan Allah.  


Nak solat jarang-jarang lagi nak doa. Zikir kadang-kadang dan bila bercinta lupa Allah. Bagaimana Allah nak ingat kita ? Sedangkan kita kurang ingat dia. Dekatkan diri padanya, zahirkan melalui doamu. Allah itu Maha Mendengar.

Kedua: Hubungan Dengan Mak Ayah

Bersama kekasih hati kita, ya Allah lembutnya suara. Cakap baik-baik dengan mak, meninggi suara. Kata kasar dengan mereka. Hati mereka terguris, terasa dengan perkataan kita. Ingat redha Allah adalah redha mak ayah kita. Bila kita jaga hubungan dengan mereka tentu doa yang baik-baik untuk kita. Tentunya mak ayah kamu nak jodoh yang baik untuk kamu.

Ketiga : Jaga hubungan dengan adik beradik.

Mereka juga darah daging kita. Mereka tegur bersebab mungkin tak nak kita hanyut dalam lamunan cinta kita. Abang dan Kakak mana nak tengok adiknya menderita di sakiti dan di permainkan perasaan ?

Jagalah hubungan dengan mereka, doa mereka kita perlukan. InsyaAllah namamu pasti terselit dalam doa mereka.

Keempat : Jaga hubungan dengan sesama insani.


Dalam al-Quran al-Karim Allah swt telah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat”. (Surah al-Hujurat: 10). Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. Maka kita dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan umat.

Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah swt. Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah ra, Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya hubungan silatul rahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata : “Sesiapa yang menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia”. (Hadith Muttafaq ‘Alaih). 

Pemahaman daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga kukuh ikatan silatul rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia ini sehinggalah bertemu-Nya.

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw turut bersabda: “ Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim”. (Hadith riwayat al-Bukhari). Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.

Bila sesuatu berlaku cuba check hubungan-hubungan diri kita seperti di atas 

Catat Ulasan

3 Ulasan

paridah berkata…
SEBAIKNYA BEGITULAH SENTIASA MENJAGA HUBUNGAN SILATURAHIM DGN YG TERDEKAT N SESIAPA SAJA....
Siti Yang Menaip berkata…
insyallah..
baik dgn tuhan Dia akan jaga..