Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai Orang Berjaya Amalkan Ini Untuk Menjemput Rezeki


Assalamualaikum

Apa yang mak dan guru-guru acik selalu pesan untuk menjemput rezeki dengan pelbagai cara. Selain kita berusaha mencari rezeki dengan bekerja, kita harus juga melakukan seperti di bawah.


1. DHUHA. Solat sunat yang di lakukan di awal pagi, mungkin di waktu pagi kita ada masa boleh lakukan.Perinciaannya di sini.Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah.

klik sini


2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun tidur awal dan bangun pagi jangan buka handphone tengok facebook dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab  bermula dengan 100 hari sekali, lepas itu boleh di tambah bilangan 1000 sekali mah40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Seeloknya solat awal waktu. Kita sama-sama baiki diri. Dengar azan kita segerakan waktu solat.

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..Sedekahlah,walaupun 10 sen, RM 1 pun tak masalah.

8. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Yakini hati bahawa dialah pemberi rezeki, dan ada perancangan terbaik denganNya.InshaAllah. Jaga hubungan dengan Allah.

9. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Semoga bermanfaat dan di permudahkan rezeki kita.Kita berusaha, berdoa, tawakal dan serahkan pada Allah

Catat Ulasan

5 Ulasan

nini berkata…
Aamiin moga murah rezeki kita
paridah berkata…
PERKONGSIAN YG BAIK UTK DIJADIKAN ANALAN INSYAALLAH
jie susanos berkata…
amalan yg harus dilakukan jika nak rezeki murah..
insyallah...terima kasih
semoga rezeki kita semua, diberkati olehnya
amin
Suria Amanda berkata…
Terima kasih diatas perkongsian acik..