Pengikut

Rabu, 7 Disember 2016

Di Sengat Lipan Dan Langkah Yang Perlu Di Lakukan

gambar hiasan
Assalamualaikum

 Mak !! kena sengat lipan.

Teriakan tu buatkan mak dan adik aku terbangun. Cepat-cepat cari lipan tersebut dan terus kerjakan lipan itu.

Macam mana tahu ?nampak lipan merayap di bantal.

Besar lipannya, bisanya berdenyut-denyut.

Kena sengat lipan boleh sebabkan kita pening kepala, dan ada kejadian boleh sebabkan pitam.

Tetapi tidaklah membawa maut, kesan sengatannya hanya di kawasan sekeliling dan tidaklah seteruk di sengat kala jengking.


Tapi ketika itu tangan ini sakit betul, tak boleh nak bawa kereta. Jadi acik gunakan ubatan secara tradisional.

Caranya bagaimana ? 

Ambil asam jawa dan bijinya.

Kemudian biji tersebut hendaklah di ketuk atau di hancurkan dan letakkan  di tempat kena sengat. 

Letakkan asam jawa di sekeliling tempat tersebut. InshaAllah akan kurang bisanya dan kurangkan rasa sakit.

Biji asam jawa dia sejuk dan membantu melegakan sakit. 

Tetapi andai dah buat masih rasa sakit dan pening cepat-cepat ke hospital. Dapatkan rawatan segera. 

Lagi-lagi sekarang musim hujan, mereka kerap keluar.Jadi hati-hati.

Share This!


2 ulasan:

Abam Kie berkata...

sgt berguna tip achik ni. tq

Nieyl berkata...

terima kasih tips yang sangat berguna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails