Pengikut

Selasa, 6 Disember 2016

Lelaki Biasanya Lebih Mendahulukan Akal,Manakala Sifat Wanita Lebih Mengutamakan Perasaan


Assalamualaikum

Beberapa minggu ini memang sibuk dengan pelbagai pekara, dalam sedang sibuk. Tetiba aku di hubungi seseorang.

Acik !! tolong aku !!, aku tak percaya pada semua !! semua sama suka mainkan perasaan!.


Aku hanya diamkan diri sahaja, kerana apabila seseorang sedang kecewa, jangan di siram dengan minyak panas, maka terbakar nanti. Biarlaj dia tenangkan dulu. 

Jangan mainkan perasaan, maka hati kita akan lebih terluka dan melemahkan diri.Dalam menangani situasi ataupun membuat keputusan, lelaki biasanya lebih mendahulukan akal.Manakala sifat wanita lebih mengutamakan perasaan.

Sifat mengutamakan perasaan, tanpa mengira lelaki ataupun perempuan, adakalanya menjadi kelemahan dalam diri.
Bila emosi memuncak terlalu, akal di kawal emosi itu sebab kita sering lakukan apa sahaja tanpa kita sedari buruk dan baiknya.

Maka jangan bermain dengan perasaan!
Ini kerana, ia akan menjadikan diri kita lemah dan berasa seolah-olah tiada yang lebih baik daripada dirinya, dan tiada yang mampu menggantikan kedudukannya, dan tiada yang dapat mengisi relung hati kita selain dirinya.
Begitu yang terjadi apabila perasaan memainkan peranan.
Apa yang timbul adalah rasa kerdil, pandangan sempit, dan sikap-sikap yang membuatkan diri menjadi lemah dan dikasihani, seperti mengeluh, bersedih dan meratapi kegagalan.Sering menyalahkan takdir dan mempersoalkan tentang ujiannya.
Mari sejenak kita mengamati kisah Ummu Salamah apabila beliau kehilangan suami tercinta, iaitu Abu Salamah Al-Makhzumi.
Beliau merasakan tiada orang dapat menggantikan tempat suaminya.
Apabila para pembesar daripada kalangan sahabat masuk meminang, semua pinangan ditolak.
Allah SWT tidak pernah lalai kepada janji-Nya.
Doa wanita mulia itu dimakbulkan selepas Allah SWT memilih beliau sebagai seorang daripada Ummul Mukminin, apabila Rasulullah meminangnya.
Beliau akhirnya mendapat seorang pengganti yang jauh lebih baik daripada suaminya.
Tidak lain tidak bukan, semulia-mulia manusia yang turut dipuji oleh Allah SWT, iaitu Rasulullah SAW.
Oleh itu, keyakinan perlu sentiasa ditanam dalam hati.
Walaupun apa pun yang menimpa diri, kita perlu berlapang dada. Lihat semua masalah dengan kaca mata iman, bukan perasaan.
Ini penting kerana, ada kalanya iman dikalahkan oleh perasaan, sehingga timbul penyesalan kepada apa yang menimpa diri sekali gus menyalahkan takdir.
Didiklah hati untuk bersangka baik dengan segala ujian dan sentiasa yakin sepenuh hati dengan Allah.
Firman Allah SWT:“……..barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. Dan diberikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya”.(QS. At-thalaq 2-3)

Share This!


6 ulasan:

  1. betul tu..kene tenang dulu..baru berfikir

    BalasPadam
  2. setuju...sebab tu Allah jadikan perempuan itu berpasangan dengan lelaki. Bagi melengkapi kehidupan lebih bahagia . Insyaallah

    BalasPadam
  3. betul tu...sebab tu lelaki diperlukan oleh setiap wanita...

    BalasPadam
  4. nk mendidik hati tuk bersngka baik tu yg agak sukar...tapi tetap kena cuba lakukan...

    BalasPadam
  5. Salam acik, dlm bab ni sebagai lelaki dan ketua keluarga, pcl bersyukur sebab selalu fikir yg lebih tinggi dari pemikiran wanita dlm rumah pcl sendiri.. Kadang ada saja perkara yg menduga akal kita utk buat sesuatu keputusan.
    Kena bergaul dengan orang yang lebih matang pemikrannya.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails