Ticker

6/recent/ticker-posts

Peluang Kerjaya Dan 4 Kelebihan Bekerja Di Singapura

Assalamualaikum

Keluhan demi keluhan ramai lepasan ijazah , diploma tak ada kerja. Susahnya sekarang nak cari kerja. 

Orang kata alternatif paling besar adalah bekerja di Singapura.Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar  - Ringgit Malaysia  ialah sekitar 1SGD = RM3.10


Sebab itulah saya katakan, anda mampu mendapatkan gaji 3X ganda lebih besar apabila anda bekerja di Singapura.
Mari saya tunjukkan  anda beberapa contoh tawaran kerja di Singapura yang ada.

Patutlah banyak orang berlumba-lumba nak kerja di sana.


Jauh Nak Pergi Kerja?

Tahukah anda! Jarak antara Singapura dan Johor Bahru.. hanyalah sekitar 1km sahaja.

Orang yang tinggal di Seremban dan pergi bekerja di Kuala Lumpur setiap hari (sekitar 70km).... jarak perjalanan mereka sebenarnya lebih jauh berbanding orang yang bekerja di Singapura dan tinggal di JB! (sekitar 20km).

Jadi, ianya bukanlah perkara asing dan pelik untuk bekerja di Singapura dan tinggal menetap di Johor Bahru.

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.


1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. 

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Jadi acik nak memperkenalkan Ebook Panduan Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura!

Nak kerja sana kena ada ilmu juga tau, dokumen apa yang di perlukan.Terdapat 5 Bab Utama di dalam ebook ini! Berikut adalah bab-bab yang terkandung di dalam ebook ini!

BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA
BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING
BAB 3 : PENGANGKUTAN
BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN
BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN

AWAS! Bukan Semua Orang Sesuai Bekerja Di Singapura!

Biar saya berterus terang dengan anda!. Walaupun bekerja di Singapura ini nampak glamour dan berpendapatan besar, namun, ianya bukanlah sesuai untuk semua orang. Ini kerana, suasana kerja dan persekitaran di Singapura adalah berbeza dari Malaysia.


Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah!  Anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ebook ini dan tidak digalakkan mencari kerja di Singapura.


  • MANJA. Jika anda seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Sentiasa mengharapkan orang lain melakukkan semua perkara untuk anda. Anda tidak di galakkan untuk bekerja di Singapura.



  • TIDAK SABAR & TIDAK TAHAN TEKANAN. Bekerja di Singapura memerlukan tahap kesabaran yang sedikit tinggi. Jika anda seorang yang tidak penyabar, tidak tahan dengan tekanan, panas baran dan mudah melenting. Bekerja di Singapura tidak sesuai untuk anda.

  • TIDAK MENEPATI WAKTU. Suka datang lambat dan suka buat perangai "janji melayu"? Anda tidak layak untuk bekerja di Singapura.

  • BLACKLISTED. Jika anda termasuk dalam senarai hitam akibat hutang PTPTN atau hutang-hutang lain, serta termasuk dalam senarai individu yang tidak dibenarkan ke luar negara. Maka anda juga tidak boleh bekerja di Singapura. Anda boleh menyemak status sama ada anda di blacklist atau tidak disini!


Jika anda tidak mempunyai ciri-ciri diatas, maka.. TAHNIAH! Anda mempunyai peluang yang cerah untuk beroleh pendapatan yang lumayan dengan bekerja di Singapura! Anda boleh dapatkan ebook ini sekarang dan mulakan hidup baru anda!


Catat Ulasan

5 Ulasan

paridah berkata…
BEZA SEKALI NILAI MATA WANG NEGARA KITA N SINGAPURA KENAPA YA
ramai yang bekerja di singapura dan lebih suka bekerja di sana berbanding di negara kita sendiri. matawang sememangnya membezakan gaji yang diterima...
wawa zulkefli berkata…
kannnn . good infoooo terbaik ! 😉 http://blognajwazulkefli.blogspot.my/
hoxn123 berkata…
however, with the Watches Replica up-and-coming Zenith-powered ref. 16520 starting to generate a following of its own. With the ref. 116520 replacing it in 2000, the 1988 revamp is starting down the road to collector’s paradise, and makes a safe bet for Hermes handbags investors looking to get a healthy return in a few decades time (although not perhaps at the scale early Replica Rolex Watches vintage examples enjoyed).