Pengikut

Sabtu, 8 Julai 2017

Istikharah itu bukan hanya soal jodoh tetapi soal ketika kita ada pilihan.



Assalamualaikum

Sejak dari kecil di benak fikiranku banyak benda di persoal. Tetapi aku tak tahu nak tanya siapa. Lalu aku pendamkan.

Bila aku tanya pada orang mereka meremahkan pertanyaanku. Anggap ianya hal biasa tetapi noktah tanpa penjelasan.

Satu hari aku berjumpa dengan seorang lelaki tua. Dia berkata kepadaku"

aku tengok terdapat banyak persoalan di wajah kau. Kau ada masalah ke ? , tanyanya.

Aku hanya angguk dan lalu berkata.

Terlalu banyak benda fikiran saya dan saya tak dapat jawapan yang sana nak.Balasku.

Kalau ada banyak pilihan istikharahlah,luangkan sedikit bercerita dengan Allah dengan seikhlas hatimu.Balasnya.

Sejak itu, bila aku ada persoalan pasti aku buat istikarah, walhal untuk masuk sambung belajar aku buat istiksrah.Aku nak beli kereta aku buat istikarah, aku nak nak pergi praktikal aku juga mohon istikharah.

Sehingga ada satu saat aku rasa pilihan aku salah, tetapi satu persatu aku lihat di sebalik kejadian tersebut. Penuh dengan hikmah dan sebab dan musibabnya. Aku manusia hanya mempersoalkan, hakikatnya Allah tahu yang terbaik buatku.

Istikharah itu bukan hanya soal jodoh tetapi soal ketika kita ada pilihan.

Pilihan untuk menguatkan hati, memberi ketenangan pada kita ketika membuat keputusan.Begitu juga saat aku terpaksa melepaskan orang yang aku sayang demi kebahagian dia. Allah beri kekuatan hati.

Pernah satu ketika, aku rasa sangat kecewa.Terasa dunia ini kejam,Allah tak mendengarkan doa-doaku ?

Sehingga air mata itu mengalir, meminta pertolongan dari Allah.

Seolah dunia ini sepi, hanya aku dan hati yang sedih. Tetapi di balik itu, Allah hadirkan orang yang baik-baik sebagai penenang jiwa.

Mungkin hati kita akan sangsi, tetapi itu permainan syaitan yang akan selalu buatkan hati kita tergelincir, lalu kecewa pada tuhan kita.

Lalu ku rundukkan hati, bangun sepertiga malam. Bercerita pada Allah, tentang perjalanan hidupku.

Segalanya, Ya Allah rasa tenang yang selama ini aku dambakan. 

Kalau tak percaya, cumalah. Malam ini  semua orang dah tidur. Buatlah solat taubat dan solat hajat. 

Lalu berdoalah, berceritalah dengan Allah dengan bersungguh hati. Menangislah jika ianya buatkan mu lebih tenang.

InshaAllah kamu akan rasakan.. Semoga Allah lindungi kamu semua. 



Share This!


6 ulasan:

  1. ada jugak dlu org share, buat istikharah bkn hanya time tu je...sbb hari2 kita buat pilihan dan mana tahu dgn istikharah tu dpt bantu kita waktu tu jgk...wallahualam

    BalasPadam
  2. Isthikarah mohon petunjuk Allah tentukan setiap keputusan dgn yakin

    BalasPadam
  3. Bagusnya cerita awak... Semoga cerita ini menjadi inspirasi kepada orang lain juga untuk terus menyerahkan segalanya kepada Allah, biarlah Allah beri petunjuk pada kita untuk melakukan apa yang terbaik. InshaAllah

    BalasPadam
  4. Betul.. kalau Ada apa2 pilihan nk buat moholah pertolongan Allah dgn istikharah

    BalasPadam
  5. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT .. Aaamin aamin

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails