Pengikut

Khamis, 6 Julai 2017

Tiada Halangan Sambung Belajar Asalkan Jangan Give Up !


Setiap orang mesti ada impian dan harapan untuk kejar cita-cita mereka.Tetapi tak semua dapat berpeluang. Macam adik acik, walaupun keputusan agak baik tapi peluang untuk sambung ke IPTA dan kos yang di mahu tak di dapatkan.

Adik : Acik, masa depan aku gelap! aku tak dapat masuk U yang aku nak !

Aku : Tidak semestinya, banyak peluang lain yang terbuka luas, antara dan tak nak je.Buka mata, buka minda.

Aku faham perasaan mereka kerana aku pernah lalui di mana menjadi harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya  berjaya   dalam   hidup,   pasti  semangat   untuk   menyambung   pelajaran  masih   tinggi  dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama tidak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Memang rasa kecewa kan?

Pada ketika itu, ada yang mula hilang minat untuk menyambung pelajaran dek kerana kecewa apatah lagi, apabila melihat rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading.

Bagaimana pula dengan diri kita?

Tidakkah kita mahu menyambung pelajaran sama seperti rakan-rakan yang lain.Hanya termenung dan menerung nasib ?

Tentu tidakkan, kita perlu lakukan alternatif lain.

Usah risau, walaupun tiak berjaya mendapat tempat di IPTA, adik-adik masih berpeluang melanjutkan pelajaran   di   Lake   View   College   (LVC)   yang   ditubuhkan   pada   tahun   2006   dan   terletak   di   dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya  menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan   yang   kondusif.





LVC   menawarkan   program   pengajian   di   peringkat   Diploma   di   bidang Kejururawatan,   Keselamatan   dan   Kesihatan   Pekerjaan,   Kesihatan   Persekitaran,   Pengurusan   Hotel,Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.

Ahh untuk makluman semua, LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma.

Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal.



Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak.Pada acik ianya sangat penting.

Bantuan kewangan?

Usah risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan hasrat adik-adik   untuk   menyambung   pengajian.   Bantuan   zakat   turut   disediakan   bagi   yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian keperingkat  yang  lebih tinggi  di mana-mana universiti awam mahupun  swasta   di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.

Untuk makluman adik-adik lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut  ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti  di Singapura, Dubai,  Jeddah  dan Kanada.



Bagaimana syarat-syarat kelayakan ?

  • All submitted applications must be accompanied by the SPM/Matriculation/STPM results and a copy of the National Identity card (IC)
  • Processing application. Acceptance of application is based on academic qualifications that have been certified.
  • Applicants will be required to pay the Registration Fees
  • Students accepted to the college will receive a Full Offer Letter. Students would have to follow the instructions given in the offer letter.
  • On Campus Registration. Students will be required to register at college on the Registration Day.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh kunjungi 

Facebook :  Lake   View   College   (LVC) Facebook
Laman Wev : http://www.lvc.edu.my/
Contact   : 05-8908070/71/72

 Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalanNya. Jika berminat boleh terus klik apply now di bawah. 



Share This!


10 ulasan:

Eintan Nurfuzie berkata...

Bgus ni.. jgn rs kecewa.. de peluang blaja yg lain..

Lisa Nurulain berkata...

bgus gka ni kan.. boleh smbung belajar takyah bzir masa ke next upu

paridah berkata...

LA NI MUDAH NK SAMBUNG BLJR MAHU R TAK SAJA

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

NICE SHARING

Jueliza Jamani berkata...

sekarang ni nak belajar macam2 boleh mahu atau tak mahu jer kan.. tp kalo mama jue suruh study balik tobat otak tepu ni.. hahahhaa

Hasliynda Umairah berkata...

terima kasih infonye

Norliza Nordin berkata...

orang kate belajar biar smpai ke negeri china hihi

Usry Norie berkata...

Belajarlah sedari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Ilmu tidak pernah habis. Semakin dicari, anda akan merasa semakin kerdil dan semikin sedikit yang anda ketahui.

Nina Mirza berkata...

Peluang nak sambung belajar sekarang ni banyak. Dengan Ada nya LVC ni pasti ramai boleh berjaya

Akif Imtiyaz berkata...

Sama2 merebut peluang untuk belajar ke peringkat yg lbh tinggi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails