Kesilapan Yang Sering Di lakukan Anak Muda Baru Start Kerja! | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 10 Julai 2017

Kesilapan Yang Sering Di lakukan Anak Muda Baru Start Kerja!


Assalamualaikum

Zaman sekarang ini zaman berlumba-lumba untuk tunjukkan siapa lebih berjaya, siapa lebih hebat dengan berbekal segulung ijazah.

Yakin habis belajar, dapat kerja tetap dan turn on the music ! enjoy !

Jangan pelik, jika di keluarkan senarai ramai remaja yang sudah muflis di usia muda. Kesilapan mereka yang sering di lakukan adalah.

Pertama : Buat pinjaman untuk beli Telefon Bimbit.

Nak bergaya tak salah tetapi ukurlah baju di badan sendiri. Sering terjadi beli iphone tetapi berhutang mengambil pakej-pakej yang di tawarkan bayar bulan-bulan. Ada itu pakej pinjaman sehingga 5 tahun. Tak sampai setahun, telefon bimbit rosak. Bila rosak, anggap biarlah dan abaikan pinjaman tersebut tak tak bayar.

Kedua : Beli kereta "high class"

Kita baru je mula kerja, masih belum stabil. Tapi perasaan memiliki kereta idaman itu membuak. Masalahnya beli kereta yang mahal-mahal. Kereta Honda Civic, Vios dan pelbagai lagi. Setiap bulan hampir 1 ribu jumlah yang perlu di bayar. Hakikatnya gaji kita tidak setinggi mana. Ye acik tahu kereta itu satu keperluan tetapi belilah ikut kemampuan membayar. Jangan sampai kita tak mampu bayar dan nama di blacklist. Susahlah lepas itu.

Ketiga : Baru kerja sudah pakai kredit kad.

Trend zaman sekarang ini, pakai kredit kad itu sebagai satu keperluan. Baru kerja 2,3 bulan sudah berani pakai kredit kad, memang senang swap je. Tapi hutang beribu-ribu. Hakikatnya kita tak mampu nak bayar balik. Nasihat acik tak payah pakai jika tahu kita ini kaki boros. Nak berbelanja gunalah kad debit. Senang, duit habis, senyaplah nanti.

Keempat : Buat pinjaman peribadi untuk pekara bukan keperluan.

Masa acik kerja bank, ramai anak muda nak buat pinjaman hanya untuk suka-suka. Acik siap nasihatkan tetapi mereka bertegas juga untuk buat pinjaman. Kebiasaannya buat pinjaman untuk bercuti, untuk shopping, tukar handphone baru dan macam-macam lagi. Jika ianya bukan satu keperluan, tak perlu rasanya.

Kelima : Masuk Skim Cepat Kaya.

Anak muda sekarang semua benda nak "segera". Mudah terperangkap janji dengan jutaan ringgit dengan hanya bayar jumlah yang sedikit. Ada skim duit dari gua dari cinalah, jemaah hartawanlah dan pelbagai lagi.

Nasihat acik pada anak muda, beringatlah dan jangan ambil mudah untuk buat hutang dan tidak melunaskan mahupun tidak membayarnya. Bila nama dah di senaraihitam susah di nak buat pinjaman apa jua seperti beli rumah, kereta mahupun perniagaan. 



Share This!


13 ulasan:

paridah berkata...

NASIHAT YG BAIK UTK DIAMBIL JADI PANDUAN RANG MUDA

Anisa Anuar berkata...

Good advice

Ainim Rashihah berkata...

saya dh masuk thn ke-10 kerja baru ada credit card itu pun tak activate lagi. btw, certain office mmg require their officer to have credit cards for certain reasons

Delimasari berkata...

berhati-hatilah anak222 muda semua
dan berhati222 juga dalam berbelanja

Mimin Adam berkata...

susah nak manage. zaman skrg tak reti beza dah mana kehendak mana keperluan

Izyan Balqis berkata...

nak buat macam mana acik, kadang nak cakap orang muda ni darah panas kang ada yang marah...susah nak nasihat...last2, bior je la dorang..tak ley ditegur

dorsett pink berkata...

Betul tu saya setuju semua yg dinyataka. Sebab saya dulu pun terjebak dgn pekara ni. Huhu. Last2 sendiri yg menyesal, nasib baik skrang semus hutang tu dah langsai

Tunsha Ayunie berkata...

Awal kerja dulu, lebih suka menabung. Sebab tak tahu apa berlaku dikemudian hari.

@mnsiabrubah berkata...

kesilapan yang nombor 5 tu kak ain pernah buat. dari niat nak tolong kawan, akhirnya diri sendiri terjebak. memang menyesal tapi anggap itu pengalaman dan pelajaran hidup. sekarang dah lebih bijak buat pilihan, InsyaAllah.

:)

...

hasliynda umairah beauty berkata...

zaman sekrg budak muda ingin cepat kaya

Siti Sharini berkata...

betul sangat tu acik..

Mardhiyyah Rosli berkata...

info yang menarik. boleh jadi teladan untuk mya

Lya Akif Imtiyaz berkata...

Semoga ingatan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh anka muda di luar sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails