Pengikut

Selasa, 8 Ogos 2017

Hakikatnya kita sahaja sering mencintai tanpa berpaksi pada landasanNya



Assalamualaikum

Setiap insan pasti ada kisahnya tersendiri, kau lihat di kanan dan kirimu. Mereka begitu hebat, berjaya lalu kamu rasa diri kamu kurang bernasib baik. Hakikatnya dirimu tidak tahu betapa besarnya dugaan hidup pernah dia alami.

Aku pernah lalu satu ketika, aku rasa semua orang tak faham aku. Susahnya berbulan lama mencari kerja, belajar tinggi-tinggi tapi akhir tiada kerja.

Bukan aku tak berusaha, bukan aku tak cuba segala kudrat aku lakukan. Hutang PTPTN makin melambung, pergi PTPTN  siap perlu pengesahan bahawa kita tidak bekerja dari pegawai.

Ya Rab, bantulah aku.

Lalu aku kerjalah tanpa mengira tahap pelajaranku. Aku kerja biasa-biasa gaji bersih dapat 700 lebih di tahun 2017. Terpaksa cover security dan operation dan pelbagai lagi.

Sedih itu pasti !

Dulu aku tak fikir tetapi sekarang setiap kali dalam doa aku mengadu pada Allah. Aku rendahkan hati dan ego berbicara dengan Allah. Air mata mengalir dengan deras.

Ujian demi ujian, sakitnya hanya mereka yang pernah rasa akan tahu rasanya. Sehingga kau rasa terduduk dan bagaikan ingin terlentang dan menjerit puas.

Begitu juga soal jodoh, dulu aku memikirkan sehingga aku di uji, di pertemukan dengan pelbagai orang. Sehingga satu tahap aku malas nak fikirkannya.

Ruginya bagi mereka yang terlalu mencintai. Kerana apa ?

Bila sudah mencinta, hati keciwa. ulang kembali dan berkali-kali tersakiti. lalu hati tawar, anggap  lelaki dan perempuan semua sama !

Hakikatnya kita sahaja sering mencintai tanpa berpaksi pada landasannya.

Lelaki dugaan terbesarnya adalah wanita dan duit.
Manakala dugaan terbesar soal pangkat dan harta.

Itu hanya andaian aku, betul atau tidak tepuk dada tanya iman.

lalu tertusuk dengan kata-kata, leka , lalai mengejar dunia fartamogana. Jauh dari tuhan, mengikut kata hati yang kadangkala tidak bergerak secara waras.

Tapi tahu kamu, makin kamu jauh semakin akan di uji dengan 2 situasi berbeza iaitu di uji dan dekat padanya ataupun terus di biarkan kamu lalai dengan harta berlimpah ruah dengan kesenangan dan kesusahan.

Ujian itu pahit di terima, sakit untuk di telan. Tetapi ianya adalah guru terbaik untuk pengajaran hidup kamu. Aku pun tak pernah sangka dulu aku seorang yang pendiam, orang kata kalau aku tak ada orang anggap aku tak pernah wujud.Sehingga aku jadi aku yang sekarang. Tidak hebat tetapi hanyalah manusia yang ingin jadi lebih baik.

Bila kau rasa kau hebat di uji, di luar sana lebih banyak orang di uji dengan pelbagai.

Jangan dendam, jangan dengki. Setiap manusia ada kisahnya, ada rezekinya dan ada jodohnya.

Adakah kamu tidak percaya dengan janji tuhanmu ? 

Jangan biarkan hati kita terus sangsi,maka makin gemuklah syaitan dan bertepuk riang kerana di berjaya buat kita ragu. 

Aku pun masih di uji, doakan aku kuat untuk laluinya dan semoga iman sentiasa terpelihara. Andai aku terleka, pasti aku baca berkali-kali apa yang aku tulis.

Share This!


3 ulasan:

  1. REDALAH DGN UJIAN-NYA SELAGI HIDUP TIDAK PERNAH HABIS.

    BalasPadam
  2. Semoga Acik diberi kekuatan utk terus bertahan.. setiap.yamg hidup tak twrlepas dari ujian Allah Swt .. Allah uji kita tanda Allah sayang kita ... Akak doakan acik terus kuat dan sentiasa mencari yang terbaik dalam hidup..

    BalasPadam
  3. tabah&sabar setiap ujian yg mendtg jln terbaik
    hanya pada Allah yg maha mendengar&memberi

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails